Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ikut 13 Panduan Mudah Ini Untuk Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Yang Kecil

cara beli rumah pertama dengan gaji kecil

Kredit gambar: istockphoto.com

Terdapat beberapa panduan mudah cara beli rumah pertama dengan gaji kecil yang boleh anda ikuti untuk memiliki kediaman impian anda sendiri. Bagi anda yang bergaji besar mungkin tidak ada masalah untuk beli rumah tetapi untuk mereka yang mempunyai pendapatan kecil tentu ingin tahu bagaimana cara beli rumah dengan gaji kecil kan?

Masih terdapatkah peluang untuk anda memiliki rumah sendiri dengan keadaan gaji yang rendah ini? Jangan risau! Walaupun pendapatan anda adalah kecil itu tidak bermakna anda tidak layak untuk memiliki rumah sendiri.

Hanya ikuti beberapa panduan yang kami kongsikan di bawah ini akan membantu anda memahami dengan lebih jelas cara untuk membeli kediaman yang menjadi impian anda selama ini.

Jom kita semak panduan di bawah!

Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil

#1. Analisa Kewangan

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Apa yang perlu anda buat adalah dengan menganalisa kewangan diri termasuklah pengiraan Debt Service Ratio atau DSR, Net Disposable Income atau NDI dan hutang yang anda lakukan dengan bank.

Analisa kewangan ini penting untuk anda ketahui sama ada layak atau tidak anda membeli rumah dengan gaji sedia ada. Untuk mengetahuinya, buat semakan dengan bank berdekatan anda dengan membawa 6 bulan slip gaji terkini.

#2. Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Melalui Kemampuan Kewangan

Beli rumah adalah satu komitmen yang sangat besar dan perlukan kewangan yang stabil dan mencukupi untuk memilikinya jika anda ingin membuat loan dengan bank.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai segala dokumen sokongan seperti statement duit keluar masuk dari bank, simpanan wang dan sebagainya untuk dibuktikan kepada pihak bank.

#3. Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Melalui DSR

Langkah seterusnya adalah pastikan DSR anda adalah bawah 60% untuk anda yang bergaji RM3,000 jika ingin membeli rumah. Tetapi sekiranya DSR anda adalah tinggi, pastikan hutang yang anda buat telah selesai atau tambah pendapatan anda.

#4. PTPTN

Jika anda pernah membuat pinjaman PTPTN sebelum ini dan bayaran anda pula tidak cantik, pastikan anda menyelesaikannya terlebih dahulu. Bayar segala tunggakan yang telah anda lakukan agar bayaran setiap bulan anda cantik semula.

Kebiasaannya pihak bank akan membuat semakan bayaran segala hutang anda untuk 6 bulan terkini adakah baik atau sebaliknya.

#5. Nilai Hartanah

Kredit gambar: istockphoto.com

Buat pilihan bijak dengan membuat kajian nilai hartanah terlebih dahulu. Cari hartanah yang bulanannya tidak melebihi RM1,000 sebulan. Formula mudah untuk membuat kiraan adalah seperti di bawah:

Ansuran bulanan x 200 = Anggaran Harga Rumah

#6. Lokasi Strategik

Lokasi yang tepat dan strategik juga memainkan peranan yang penting. Banyak kelebihan yang akan anda peroleh jika memilih kawasan perumahan yang strategik.

#7. Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Untuk Aset Masa Depan

Ramai menganggap rugi jika awal membeli rumah kerana masih lagi hidup sendiri. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah. Semasa anda masih lagi bujang dan tidak banyak komitmen lain, perkara pertama yang perlu anda dapatkan adalah aset rumah. Apatah lagi jika pihak bank telah membuktikan bahawa anda layak.

Hartanah yang tidak ada susut nilai ini mampu membantu anda untuk masa depan yang lebih cerah. Jadi elakkan persepsi negatif mengenai pemilikan rumah di awal usia kerana ia akan merugikan diri anda sendiri.

#8. Jana Pendapatan

Bagi golongan bujang khasnya, anda boleh jadikan rumah ini sebagai satu pelaburan mudah. Anda boleh sewakannya kepada orang lain di mana dengan melakukannya anda sudah mampu menjana pendapatan sampingan dengan mudah dan tidak perlu runsing lagi memikirkan mengenai ansuran bulanan rumah anda.

Lagi untung jika anda membuat sewa untuk setiap bilik. Kebiasaannya, pelaburan jenis ini sangat menguntungkan dan anda berpeluang tinggi untuk membeli rumah yang kedua pula.

#9. Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Melalui Perbandingan Harga

Apa yang penting buat survey dan bandingkan harga, kawasan, kemudahan dan komitmen bulanan rumah yang anda ingin beli. Pilih rumah di mana bersesuaian dengan kelayakan kewangan anda.

#10. Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Menggunakan Khidmat Peguam Hartanah

Bagi memudahkan urusan pembelian rumah, pelantikan peguam adalah sangat tepat untuk anda memahami dengan lebih jelas mengenai proses dan dokumen yang diperlukan dan tidak terlepas mengenai perkara-perkara penting dalam perjanjian.

#11. Kategori Pinjaman

Anda perlu faham dan jelas mengenai kelebihan beberapa kategori pinjaman yang akan anda pilih untuk pinjaman perumahan anda nanti. Terdapat beberapa kategori yang boleh anda pilih iaitu Pinjaman Perumahan Konvensional, Pinjaman Perumahan Fleksi dan Pembiayaan Perumahan Islamik.

#12. Pindah Milik Rumah

Kredit gambar: istockphoto.com

Seterusnya adalah proses pindah milik rumah di mana ia merupakan proses pertukaran milikan daripada penjual kepada pembeli. Antara dokumen yang diperlukan ketika proses ini adalah Notis Pemilikan Kosong (Vacant Possession), Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan Memorandum Pemindahan (MOT).

#13. Tuntutan Ganti Rugi (LAD) dan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)

Anda perlu tahu ketika membeli rumah terdapat tempoh jaminan daripada pemaju untuk membaiki sebarang kecacatan yang terdapat pada rumah anda selepas sesuatu kerja diperakukan siap. Semua kerosakan ini ditanggung oleh pemaju dan pemaju tidak boleh mengenakan sebarang kos tambahan kepada anda.

Kebiasaannya, tempoh jaminan ini akan bermula pada tarikh serahan milikan kosong atau tarikh di mana anda menerima kunci sehinggalah 24 bulan daripada tarikh tersebut.

Tuntutan Ganti Rugi (LAD) pula boleh dibuat sekiranya pihak pemaju lewat menyerahkan milikan kosong hartanah seperti yang telah dipersetujui mengikut klausa dalam Perjanjian Jual Beli (SPA).

Kesilapan Ketika Membeli Rumah 

Kredit gambar: istockphoto.com

#1. Pinjaman Lebih Dari Kemampuan Diri

Hal ini selalu dipandang enteng oleh ramai orang. Pinjaman yang melebihi kemampuan diri akan menjerat diri anda sendiri. Kebiasaannya, pihak bank akan membuat penilaian terhadap laporan kredit anda dan sekiranya layak mereka akan menawarkan pinjaman yang lebih tinggi untuk anda ambil. Sebagai pemohon yang bijak, elakkan dari terpedaya dengan tawaran ini.

#2. Tidak Melakukan Pemeriksaan Rumah Yang Rapi

“Terlalu percaya” itulah ungkapan yang sesuai diberikan. Disebabkan kepercayaan yang tinggi, ramai orang tidak ambil peduli keadaan fizikal rumah yang ingin mereka beli. Akhirnya mereka akan menyesal di kemudian hari apabila melihat keadaan rumah yang ada kerosakan dan perlu diperbaiki.

#3. Tandatangan Dokumen Tanpa Memahaminya

Kredit gambar: istockphoto.com

Perasaan teruja untuk memiliki rumah kadang-kala membuat kita alpa dan tidak ambil kisah mengenai isi kandungan dokumen yang bakal kita tandatangan.

Apa yang penting adalah rumah yang diidam sudah ada dalam genggaman. Disebabkan kecuaian ini, berlaku salah faham di kemudian hari atas sebab kesalahan dan kelalaian diri kita sendiri.

#4. Status Pembelian Rumah

Antara kesalahan paling ketara ketika membeli rumah adalah ramai di kalangan pembeli yang tidak mengikuti perkembangan mengenai status pembelian rumah dengan pihak bank atau peguam.


Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada anda. Ketahui juga mengenai tips beli rumah yang mudah dengan klik di SINI!