Adakah belon yang menggunakan gas helium selamat?
Hari yang menyeronokkan bertukar menjadi kejadian yang tragis kepada seorang kanak-kanak.
Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Karlton Donaghey telah ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya lalu disahkan mati selepas enam hari dari hari kejadian tersebut.
Sebelumnya, kanak-kanak itu sedang bermain belon helium dengan sepupunya di rumah pada waktu petang.
Akibat terhidu gas helium, Karlton mengalami sesak nafas dan kekurangan oksigen. Punca kematian Karlton adalah kecederaan otak hipoksia.
Belon Helium Berisiko Kepada Kesihatan Tanpa Disedari
Menurut American Academy of Physical Medicine and Rehabilitation, kecederaan otak iskemia hipoksik atau kecederaan otak anoksik (ABI) berlaku apabila otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi yang menyebabkan sel-sel otak mati.
Ia boleh disebabkan oleh strok dan keadaan paru-paru lain, seperti serangan jantung.
Apabila seseorang telah menghirup gas helium, maka ia akan mengurangkan oksigen dalam darah.
Ini bermakna apabila Mommy menyedut, badan Mommy hanya mengandungi gas helium.
Satu kajian menunjukkan bahawa dari 2000 hingga 2019, dianggarkan lebih 2000 kecederaan yang berkaitan dengan penyedutan helium di Amerika Syarikat.
Bahaya Menghirup Gas Helium
Highlighted
Gas helium sebenarnya tidak berbahaya bila digunakan secukupnya dan tidak sembarangan.
Bila tidak sengaja terhirup dalam jumlah banyak dan dalam jangka waktu lama, gas helium dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana kekurangan oksigen dan akan mengganggu fungsi paru-paru, dan bahkan mengakibatkan kematian.
Healthline mengatakan bahawa lebih banyak gas helium yang anda sedut, maka semakin hilang oksigen dalam darah.
Menghirup gas ini juga boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit sahaja.
Bukan sahaja belon bahaya, penyedutan gas helium dari tangki juga boleh menyebabkan embolisme gas atau udara.
Gas atau embolisme udara adalah keadaan di mana gelembung terperangkap dalam saluran darah dan menghalangnya berfungsi.
Salur darah kemudian boleh pecah dan berdarah. Gas helium juga boleh memasuki paru-paru dengan daya yang kuat untuk menyebabkan paru-paru pecah.
Simptom-Simptom Apabila Terhidu Gas Helium
Jika anak-anak atau Mommy telah menyedut helium daripada belon dan merasa agak pening atau sakit kepala, kemungkinan besar tiada perkara yang serious berlaku.
Hanya duduk dan berehat untuk menunggunya. Namun, jika simptom semakin teruk dan tidak sedarkan diri maka segera untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Antara simptom-simptom yang perlu diketahui:
- Tekanan darah rendah
- Masalah bernafas
- Kadar denyutan hantung tidak teratur
- Penglihatan kabur
- Sesak dada
- Sawan
- Batuk darah
- Bibir kebiruan
Pastikan Mommy sentiasa alert dengan perubahan yang berlaku apabila berhadapan dengan situasi seperti berikut.
Disarankan untuk menggunakan gas helium sesuai mengikut keperluan dan tidak berlebihan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu Mommy untuk lebih berhati-hati.
Dapatkan lebih banyak artikel tentang kesihatan dan keselamatan di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.