Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Hias Beranda Rumah Untuk Jadi Lebih Selesa, Cantik dan Mesra Tetamu

beranda rumah

Kredit gambar: www.homestratosphere.com

Beranda rumah atau juga digelar anjung yang cantik dan penuh gaya serta mesra suasananya pasti akan membuat sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah kita lebih senang hati dan berasa dialu-alukan.

Selain hiasan dalaman rumah yang cantik, Mommy juga perlu titikberatkan permandangan yang mempesonakan mata memandang di bahagian luar rumah.

Beranda yang dihias cantik dengan pelbagai dekorasi dan disertakan perabot yang ngam dengan gaya pasti akan lebih menonjolkan kediaman anda.

Bukan sahaja untuk dapatkan gaya yang menarik, anjung rumah yang dihias indah juga antara salah satu cara untuk menyambut kedatangan para tetamu dengan lebih mesra lagi.

Oleh itu, dalam perkongsian kali ini Mommy boleh ketahui pelbagai idea yang menarik dan kreatif dalam menampilkan anjung rumah agar kelihatan sangat cantik dengan gaya yang terkini.

Jom lihat!

Beranda Rumah Dengan Pelbagai Idea Kreatif

#1. Idea Beranda Rumah Tambahkan Watak

Highlighted

Kredit gambar: www.lanternandscroll.com

Wujudkan watak anjung rumah anda dengan pilihan reka bentuk serta skala dengan perincian yang khusus.

Kalau Mommy sukakan gaya kedesaan, bina anjung rumah yang menampilkan reka bentuk yang penuh klasik.

Bermula dari situ, Mommy sudah boleh gambarkan keseluruhan watak yang ingin dihidupkan di ruangan berkenaan.

#2. Idea Beranda Rumah Cipta Ruang Rehat

Kredit gambar: onekindesign.com

Tak lengkap rasanya kalau anjung rumah tidak mempunyai ruang untuk duduk beristirehat.

Oleh itu, selitkan perabot yang sangat selesa dengan reka bentuk menarik untuk jadikan ruang tersebut mesra dan tenang.

Tidak perlu letakkan banyak perabot, cukup sekadar kerusi atau sofa dengan meja kopi.

#3. Padanan Warna Cat Yang Berani

Kredit gambar: www.houzz.com

Macam mana hendak jadikan ruang tersebut sebagai titik tumpuan?

Mudah sahaja, tekniknya adalah dengan mengecat pintu rumah dengan warna yang kontra dan terang. Pasti setiap mata akan terus tertumpu di ruang tersebut.

#4. Bingkai Pintu Yang Penuh Gaya

Kredit gambar: www.southernliving.com

Selain mewarnakan pintu dengan cat yang terang dan kontra, Mommy juga boleh pilih bingkai pintu dengan rekaan yang sangat unik.

Ia turut memainkan peranan dalam menaikkan lagi seri ruang berkenaan. Pilih bingkai pintu yang bersesuaian dengan gaya dekorasi.

#5. Idea Beranda Rumah Dengan Cipta Permandangan

Kredit gambar: gonepickin.wordpress.com

Selain bunga, Mommy boleh juga cipta permandangan yang nyaman dengan tanaman hijau yang lain seperti sayuran herba dan pelbagai lagi.

Ia bukan sahaja menjimatkan kos pembelian barangan dapur tetapi turut menjadikan udara di ruangan tersebut lebih segar dan nyaman.

#6. Rekaan Lantai Yang Menarik

Kredit gambar: www.beneathmyheart.net

Daripada membiarkan lantai kosong tanpa rekaan menarik, apa kata kalau Mommy pilih jubin yang mempunyai corak yang sangat unik dan mempunyai warna yang cantik?

Jubin lantai yang unik ini mampu serlahkan anjung rumah dengan gaya minimalis. Boleh juga gunakan bahan lain seperti kayu untuk impak yang lebih menarik!

#7. Pilihan Gaya Dan Tema Yang Tepat

Kredit gambar: unsplash.com

Kontemporari? Minimalis? Hipster atau ladang? Mommy perlu buat pilihan yang tepat agar segala reka bentuk, pilihan warna dan pilihan perabot serta aksesori dapat berjalan dengan seiring.

Gabungan beberapa gaya juga dibolehkan tetapi itu jika anda adalah seorang yang pakar.

Tetapi jika berani, apa salahnya cuba cumanya perlulah juga berani menerima hasilnya nanti!

#8. Pencahayaan Yang Mantap

Kredit gambar: www.bobvila.com

Kalau siang hari, bantuan Matahari sangat diperlukan untuk jadikan anjung rumah lebih cerah dan cahayanya tidak terhalang sepenuhnya.

Jadi, ketika Mommy menyusun atur perabot dan lain-lain pastikan cahaya matahari masih boleh menyinari ruangan tersebut.

Begitu juga pada waktu malam, Mommy perlu pilih lampu yang terang dengan reka bentuk yang menarik untuk jadikan ruang tersebut bercahaya dengan sangat cantik.

Mommy perlu tahu bahawa anjung rumah merupakan titik tumpuan oleh itu pencahayaan adalah sangat penting.

#9. Naikkan Seri Dengan Pilihan Bunga

Kredit gambar: www.homedepot.com

Nak hidupkan ruang? Mudah sahaja! Apa yang Mommy perlu buat adalah dengan membeli atau tanam pokok bunga di ruang beranda.

Mommy boleh gantungkan pasu bunga dengan pelbagai warna menarik atau letakkannya di dalam pasu besar di sudut atau pun pasu kecil di atas meja.

Perlu juga diingatkan, bagi pokok bunga yang digantung, ukuran ketinggian paling ideal adalah pada paras mata memandang.

#10. Ruang Anjung Yang Serba Guna

Kredit gambar: www.homesandgardens.com

Sebelum memikirkan bagaimana cara untuk menghias ruang anjung, Mommy perlu tahu apa yang ingin diletakkan dan dilakukan di ruangan tersebut.

Setelah mengetahui fungsi ruang berkenaan, baharulah Mommy bahagikan setiap ruang dengan fungsi yang berkesan.

Setiap sudut pastikan ia digunakan dengan sebaiknya baharulah ruangan tersebut tidak kelihatan serabut dan mengelirukan.

Semoga dengan perkongsian beberapa idea menarik mengenai dekorasi anjung rumah ini, mampu membantu Mommy menghias indah ruangan berkenaan.


Jom lihat juga pelbagai idea dan tips menarik yang lain mengenai dekorasi di SINI!