Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Berita Baik Untuk Mommy Sekeluarga! Lebih Banyak Masa Dengan Anak-anak Di Hujung Minggu, Bermula September Ini

Syukur Mommy! Bermula 1 September 2022, ada perubahan besar untuk pekerja yang pendapatannya RM2,001 hingga RM4,000. Untuk pengetahuan Mommy, sebelum ni, Akta Kerja hanya terpakai untuk mereka yang RM2,000 kebawah sahaja. Kini, pekerja yang bergaji RM2,001 hingga RM4,000 akan menikmati manfaat-manfaat dalam Pindaan Akta Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 ini juga~

So, ada beza ke? Apa yang Mommy perlu tahu tentang perubahan ini? Jom kita tengok sama-sama. 

Manfaat Untuk Mommy Sekeluarga 

Highlighted


Pindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Ini bermaksud semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di Jabatan Tenaga Kerja tanpa mengira tangga gaji.

Bagi meningkatkan kebajikan perkerja golongan B40, gaping gaji telah dinaikkan kepada RM4,000 berkuatkuasa 1 September 2022. Ini juga termasuk:

  • Gaji dan kerja overtime
  • Gaji dan jika kerja pada hari rehat & cuti
  • Tidak boleh disuruh kerja lebih dari 12 jam sehari jika kerja syif

Selain itu, berdasarkan Pindaan Akta Kerja yang baharu ini, Mommy dan Daddy juga layak untuk mendapat bayaran overtime sekiranya bekerja lebih masa dari waktu bekerja biasa. Dan, anda juga boleh mendapat manfaat lain jika diberhentikan kerja selaras dengan Employment (Termination & Lay-Off Benefits) Regulations 1980*.

Manfaat-manfaat Lain

Manakala semua pekerja (tanpa mengira gaji) akan menikmati perkara-perkara berikut:

  • Cuti materniti kepada semua pekerja wanita dinaikkan daripada 60 ke 98 hari dan juga Elaun Bersalin 98 hari.
  • Cuti paterniti sebanyak 7 hari (maksimum sebanyak 5 kelahiran sahaja).
  • Jam bekerja maksimum setiap minggu dikurangkan dari 48 ke 45 jam.
  • Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:
    • Pelanggaran syarat Kontrak Kerja.
    • Misconduct atau salah laku, tetapi mesti mengikut prosedur yang betul
    • Syarikat tutup seperti bankrupt.
  • Boleh memohon pada majikan untuk kerja secara fleksibel dan lain-lain.
Cuti bersalin yang dipanjangkan buat Mommy dan Daddy memberi peluang kepada mereka meluangkan lebih banyak masa bersama si manja yang baru lahir.

Untuk pengetahuan Mommy, pindaan kepada Akta Kerja 1955 telah diwartakan untuk berkuatkuasa bermula 1 September 2022. Turut diwartakan adalah perintah pindaan kepada Jadual Pertama Akta yang memperluaskan pemakaian Akta Kerja kepada semua pekerja.

Bagi Mommy yang bergaji RM4,000.01 keatas, Mommy tidak layak mendapat faedah elaun kerja lebih masa (OT) 1.5, OT 2.0 dan OT 3.0 kerana seksyen-seksyen tersebut tidak terpakai kepada mereka sebagaimana perenggan 2(b) perintah pindaan jadual pertama tersebut.

Kini, Mommy yang pekhidmat domestik layak menerima cuti rehat sebanyak sehari seminggu. Take note ya Mommy.

Semoga dengan pindaan ini, memberi peluang untuk ibu bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak terutamanya pada hujung minggu. Gunakan peluang ini untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dengan mereka!