Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Khusus untuk Ibu Baru, Tips berpantang dengan Confinement Lady di rumah Sendiri

berpantang di rumah

Tinggal beberapa bulan je lagi nak bersalin. Dah fikir ke nak berpantang dengan siapa dan di mana? Tak payah la nak susahkan ibu atau mertua sendiri. Apa kata cuba menggunakan khidmat confinement ladies? Sekarang ni confinement ladies pun ramai je yang travel dan boleh tinggal dengan kita sepanjang tempoh berpantang tau!

Tapi boleh percaya ke?

Janganlah terlalu risau. Walaupun ramai antara mereka masih muda, tapi mereka telah dilatih dan diajar oleh supervisor yang lebih berpengalaman. Ada juga yang menyediakan khidmat jururawat bertauliah untuk penjagaan rapi ibu dan bayi.

Kebanyakan mereka ni masih menggunakan cara penjagaan wanita berpantang sama dengan orang dulu-dulu. Bezanya, sekarang lebih ramai orang muda yang menjadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan walaupun masih baru.

Highlighted


BACA disini untuk maklumat lanjut mengenai Confinement Centres.

Tips Memilih Pakej Berpantang

Kalau anda nak menggunakan khidmat confinement ladies, anda boleh baca tips-tips dibawah untuk memilih khidmat dan pakej yang terbaik.

  1. Survey pakej-pakej berpantang yang ditawarkan.

Sekarang kan semua hanya dihujung jari. Anda boleh buat survey di internet dan selidik dengan teliti setiap pakej yang ada. Jangan lupa untuk baca review dan testimoni untuk lebih kepastian sebelum membuat keputusan.

Tanya juga orang sekeliling yang pernah berpantang dengan confinement ladies. Dengar pendapat dan pandangan mereka. Nanti takdelah anda tersalah pilih pulak.

  1. Lokasi confinement lady dengan rumah kita.

Anda kena ingat, ada juga confinement lady yang duduk jauh dari rumah kita. Tapi ada je yang boleh travel jauh demi pelanggan. Cuma anda kena sediakan kos untuk caj perjalanan dia kalau melebihi kilometer yang ditetapkan.

tapi saya nak berjimat…

Kalau nak cut cost, lebih praktikal anda pilih pakej confinement lady yang paling dekat dengan rumah. Berbaloi untuk anda dan memudahkan confinement lady tu juga.

  1. Tetapkan pakej berpantang dan tempoh masa yang diinginkan.

Setiap perkhidmatan confinement lady ada menawarkan pakej-pakej yang bersesuaian dengan tempoh masa, rawatan untuk ibu dan bayi, dan juga khidmat-khidmat lain sepanjang tempoh berpantang.

  • Pakej stay-in
  • Pakej harian
  • Pakej lengkap
  • Pakej semi lengkap
  • Pakej asas

Jadi, selidik dengan teliti pakej yang anda inginkan dan bincang tempoh masa yang bersesuaian dengan bajet anda dan pasangan.

  1. Tahu terma, syarat, Hidden Cost dsb.

INI PENTING! Jangan main book je servis mana-mana selagi anda taktau T&C, hidden cost dan sebagainya. Takut nanti ada salah faham.

Make it clear. Tanya dengan detail setiap terma dan syarat, selidik hidden cost yang mungkin terlepas pandang, tanya khidmat yang tak ditawarkan dan sebagainya.

  1. Bajet yang bersesuaian.

Seperti peribahasa Melayu, ‘Ukurlah baju dibadan sendiri’. Walaupun sekarang GST dah dimansuhkan, tapi harga yang dikenakan mereka mungkin melebihi bajet anda. Buat kira-kira dulu sebelum anda book servis mereka. Jangan sampai makan diri sendiri di kemudian hari ye.

 

Selain kena cari pakej berpantang dengan betul, nama bayi pun kena cari yang betul-betul sesuai dengan bakal bayi tau. Ini ada beberapa idea nama anak lelaki dan perempuan sebagai rujukan. Manalah tahu ada yang berkenan di hati.

Akhir sekali, jangan lupa dapatkan kelengkapan bayi MURAH di motherhood!