Selain berurut dan bertungku, bertangas juga adalah salah satu amalan yang sering dilakukan oleh mommy semasa berpantang. Walaupun, mungkin tidaklah sepopular bertungku dan berurut namun, kini semakin mendapat tempat di hati Mommy-mommy yang sedang berpantang.
Bertangas bukanlah hanya sesuai kepada Mommy yang dalam pantang sahaja tetapi juga sesuai juga untuk wanita yang mempunyai masalah bau badan dan keputihan.
Apa itu bertangas? Bagi yang masih belum mengetahui apa itu bertangas, hari ini Motherhood ingin kongsikan berkenaan amalan tangas kering yang menjadi tradisi sejak dari zaman nenek moyang kita dahulu.
Untuk mengetahui berkenaan cara bertangas dan kebaikan bertangas ini dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah!
Apa Itu Bertangas?
Highlighted
Bertangas atau tangas pantang ialah proses ‘mandi wap’ yang melibatkan bahagian sulit wanita iaitu vagina. Kalau Mommy nak tahu bertangas selepas bersalin ini telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita, tetapi telah banyak dimodenkan untuk memudahkan Mommy semua.
Walaupun begitu, masih ada yang amalkan tangas secara tradisional. Tangas pantang ini banyak sangat kebaikannya untuk kesihatan dalaman Mommy selepas melahirkan anak.
Bertangas selepas bersalin ini bukan sahaja menjadi amalan di negara kita tetapi juga di Indonesia dan Thailand. Jika di negara barat pula mereka memanggilnya dengan panggilan ‘vaginal steaming’.
Tangas ini sangat mudah dan ia boleh dilakukan sendiri di rumah oleh Mommy.
Cara-cara Bertangas
Berikut ialah cara tangas kering di rumah. Sekiranya mommy ingin mencuba untuk bertangas boleh ikut cara tangas kering seperti yang berikut. Bahan-bahan yang diperlukan untuk tangas kering juga mudah didapati.
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tangas kering adalah:
- Batu sungai atau batu tanah liat
- Periuk atau mangkuk tanah liat
- Serbuk manjakani
- Daun inai
- Kunyit hidup
- Jintan hitam
- Halba
- Garam kasar
- Limau nipis
- Asam gelugur
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Panaskan batu sungai atau batu tanah liat dia atas dapur.
- Tumbuk herba-herba yang disediakan sehingga menjadi seperti paste.
- Alaskan periuk atau mangkuk tanah liat dengan daun sirih.
- Masukkan batu yang telah dipanaskan. Pastikan ianya betul-betul panas.
- Letakkan herba yang telah ditumbuk seperti paste di atas batu.
- Letakkan di bawah kerusi yang mempunyai lubang dan duduk di atas kerusi yang tersebutsambil badan diselubung dengan kain.
Mudah bukan? Mommy pun boleh buat sendiri di rumah. Tak perlu habiskan duit untuk upah orang atau pergi spa semata-mata nak bertangas.
Seperti yang dinyatakan di atas, bertangas selepas bersalin mempunyai banyak kebaikannya. Walaupun tiada kajian saintifik yang membuktikan kebaikan bertangas ini namun tidak salah rasanya amalan bertangas ini kerana bahan dan cara yang digunakan tidaklah boleh mencederakan tubuh atau vagina.
Kebaikan Bertangas
Antara kebaikan bertangas adalah:
#1. Membantu Mengecutkan Rahim dan Kuatkan Otot Vagina
Semasa proses mengandung rahim Mommy berlaku pengembangan bagi membolehkan bayi membesar. Apabila melahirkan rahim perlu mengecut semula ke bentuk asal bagi mengelakkan berlakunya pendarahan yang teruk. Oleh itu, tangas sangat membantu untuk membantu mengecutkan rahim.
#2. Kurangkan Bau Badan dan Bau Alat Sulit yang Tidak Menyenangkan
Sekiranya Mommy mempunyai bau badan yang kuat atau alat sulit yang berbau amalan tangas mampu membantu masalah Mommy. Dengan penggunaan pelbagai herba, bau-bau yang tidak menyenangkan dapat dikurangkan selepas tangas. Pastinya selepas ini suami makin sayang.
#3. Amalan Bertangas dapat Menyingkirkan Toksik Dalam Badan
Semasa proses tangas Mommy akan berpeluh hasil dari wap yang dihasilkan. Peluh yang keluar akan menyingkirkan toksik dari dalam badan mommy. Selepas tangas badan mommy akan rasa lebih segar.
Tetapi ingat tau Mommy, minum air dengan banyak selepas tangas kerana semasa proses tangas, badan Mommy kehilangan banyak air kerana berpeluh dengan banyak.
#4. Mempercepatkan Pemulihan Selepas Bersalin
Selepas berhempas pulas semasa proses melahirkan tidak kiralah samada secara normal atau pembedahan, organ peranakan pastinya mengalami luka. Oleh itu, apabila Mommy bertangas rahim akan cepat pulih.
Selain itu, khasiat dari herba yang digunakan juga mampu membantu untuk memulihkan luka bersalin dengan cepat.
#5. Amalan Bertangas dapat Melancarkan Darah Nifas
Tangas juga membantu melancarkan darah nifas. Penting untuk darah nifas keluar dengan lancar dalam tempoh berpantang kerana untuk mengelakkan dari masalah seperti perut kembung, alat sulit berbau dan lain-lain.
Oleh itu, bagi membersihkan bahagian dalaman Mommy amalan tangas ini sangatlah sesuai.
#6. Elak Masalah Kegatalan
Selepas bersalin ada Mommy yang berhadapan dengan masalah gatal-gatal di bahagian sulit. Oleh itu, wap herba dari proses bertangas membantu Mommy mengurangkan rasa kegatalan di bahagian sulit.
#7. Amalan Bertangas dapat Mengurangkan Berat Badan
Semasa proses tangas, Mommy akan berpeluh dengan banyak. Ianya sangat membantu untuk memecahkan lemak di badan Mommy.
#8. Kurangkan Masalah Rahim
Selain itu, kesihatan rahim Mommy juga dapat ditingkatkan dengan tangas. Rahim yang sihat menjamin hubungan suami isteri yang lebih berkualiti. Masalah seperti keputihan dan lendir kental dari faraj pastinya sangat mengganggu hubungan suami isteri bukan?
Oleh itu, tangas boleh membantu Mommy. Hal ini kerana, khasiat dari herba-herba yang digunakan membantu mengurangkan masalah di bahagian sulit serta rahim Mommy. Mommy boleh kembali menjadi ‘anak dara’ dengan tangas.
Amalan tangas ini bukan sahaja baik untuk Mommy yang dalam pantang sahaja tetapi juga sesuai untuk semua wanita samada sudah berkahwin atau belum dan mempunyai masalah dengan organ peranakan, masalah berat, bau serta lain-lain masalah.
Tiada salahnya kita berusaha, yang salahnya jika kita tidak berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Semoga bermanfaat!
Dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai kehamilan, kesihatan, kecantikan dan tips keibubapaan yang lain di SINI!