Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Sebab Bertungku Sangat Disyorkan Sejak Zaman Nenek Moyang Kita Kepada Kaum Hawa

Kredit gambar: tisasacademy.com

Bertungku  merupakan kaedah menekan atau mendemah ke beberapa poin keseluruh badan dan juga kaki. Ianya bertujuan melegakan, merehatkan otot dan urat serta menyingkirkan angin.

Bertungku adalah salah satu proses asas penjagaan tradisional yang baik kerana tidak menggunakan bahan terlarang atau yang mendatangkan risiko kepada kesihatan.

Bertungku juga merupakan kaedah penjagaan wajib dalam tempoh berpantang yang kebiasaannya diamalkan oleh wanita selepas bersalin.

Suatu ketika dahulu, amalan ini telah menjadi rutin bagi wanita dan juga si dara untuk menjaga kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.

Sehinggalah sekarang, terdapat pelbagai jenis alatan untuk bertungku seperti besi, dan ada juga yang didatangkan dengan bau aromaterapi.

Akan tetapi sebaik-baik bertungku adalah dengan menggunakan batu sungai yang dipanaskan diatas api dimana ia mempunyai banyak kelebihan kerana dapat memberikan kehangatan yang berpanjangan, dan ditambah pula diletakkan di atas daun herba seperti daun mengkudu, sirih, kaduk, lemuni dan juga pandan.

Segala kebaikan dari daun herba berkenaan akan meresap masuk ke dalam tubuh dan menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga. Di bawah ini kami telah senaraikan beberapa kebaikan dari amalan ini kepada tubuh, jom lihat!

Kebaikan Bertungku Kepada Tubuh Wanita

Highlighted

Kredit gambar: theparentstory.com

#1. Mengecutkan rahim

Kebaikan amalan ini diakui dapat mengecutkan rahim wanita selepas melahirkan anak. Kaedah ini wajib untuk merawat luka dalaman ibu setelah melahirkan.

#2. Melancarkan darah

Ianya juga dapat membantu melancarkan pengaliran darah nifas.

#3. Mengelak masalah bentan

Selepas bersalin, sangat penting si ibu untuk mengamalkan amalan tungku ini bagi menghangatkan badan dalam berpantang juga dapat mengelakkan terjadinya bentan.

#4. Menaikkan peranakan

Dengan melakukan amalan ini juga ia berupaya untuk menaikkan peranakan wanita yang sudah jatuh dan kembang.

#5. Melancarkan pengaliran susu badan

Kredit gambar: www.healthline.com

Tungku yang diletakkan di sekitar payudara secara perlahan-lahan membolehkan air susu keluar dengan lancar.

#6. Membuang angin badan

Kaedah ini dapat memberi kesan mujarab kepada kesihatan wanita, lebih-lebih lagi jika berdepan masalah seperti angin dalam badan, rahim longgar, keputihan dan kegemukan.

#7. Membuang mengeluarkan lendir darah kotor

Kredit gambar: bincangsyariah.com

Amalan ini juga sangat penting untuk melancarkan pengaliran darah bagi membuang ketulan atau lendiran darah kotor yang selama ini telah terkumpul di dalam rahim.

#8. Bertungku membantu mengurangkan sakit senggugut

Kredit gambar: headtopics.com

Amalan ini juga sangat berkesan mengurangkan rasa sakit semasa senggugut dan melancarkan perjalanan darah haid.

#9. Membantu meringankan urat

Jika terasa lesu dan sengal-sengal badan, eloklah cuba untuk melakukan tungku kerana ianya sangat melegakan dan membantu meringankan badan sekaligus dapat mengecutkan urat yang sudah kembang.

#10. Bertungku membantu memecahkan lemak badan

Ibu yang bersalin secara pembedahan tidak digalakkan bertungku di bahagian perut, namun begitu anda masih dibenarkan untuk melakukannya di bahagian lain seperti belakang badan dan kaki.

Amalan bertungku bukan sahaja dapat membantu untuk mengecutkan batu merian bahkan dapat memecahkan lemak.

#11. Membantu mengurangkan stress

Kredit gambar: theparentstory.com

Selain itu, ia juga membantu memecahkan darah beku. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk bertungku dengan kerap sekurang-kurangnya 30 minit atau sehingga batu tungku tersebut menjadi sejuk.

#12. Bertungku membantu tubuh dari kekejangan

Ia juga berupaya untuk menghalang tubuh dari terjadinya kekejangan.

Bagi anda yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan amalan ini. Semoga kebaikannya akan dapat dinikmati oleh diri anda sendiri!

Selain amalan ini, anda juga boleh amalkan minyak kelapa dara dan untuk mengetahui segala kebaikannya boleh rujuk di SINI!


Dapatkan pelbagai tips ketika berpantang dan untuk kesihatan wanita yang lain di SINI.