Bibir kering adalah masalah yang sering berlaku kepada ramai orang termasuklah golongan wanita hamil. Bibir kering biasanya dikaitkan dengan keadaan badan yang mengalami kekurangan air.
Kekurangan pengambilan cecair yang disyorkan dalam diet harian adalah salah satu punca mengapa ibu hamil mengalami bibir kering semasa mengandung.
Namun, terdapat beberapa penyebab lain yang akan menyebabkan bibir kering semasa hamil. Apakah penyebab itu? Apakah pula simptom atau tanda bibir kering semasa mengandung?
Dan bagaimana cara untuk mengatasi bibir kering semasa mengandung ini?
Kalau nak tahu semua ni, Mommy perlu ikuti perkongsian kami di bawah ini. Jom baca selanjutnya!
Penyebab Bibir Kering Semasa Mengandung
Terdapat beberapa sebab mengapa bibir ibu hamil boleh menjadi kering. Antaranya ialah seperti berikut:
- Dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan
- Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil menyebabkan bibir ibu kering
- Penghasilan darah yang meningkat semasa hamil
- Ibu mengandung mempunyai Gestational Diabetes (GDM)
- Mengambil sebarang ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan mulut menjadi kering
- Bernafas ikut mulut yang disebabkan oleh hidung tersumbat
- Gravidarum hyperemesis atau loya dan muntah yang teruk menyebabkan badan hilang banyak air
Simptom Bibir Kering Semasa Hamil
Bagaimana untuk mengetahui jika ibu mengandung mempunyai masalah bibir kering ketika hamil? Berikut adalah simptomnya:
- Nafas berbau
- Suara serak
- Mulut merasa kering dan lidah berwarna putih pucat
- Sering merasa dahaga
- Mulut merasa melekit atau air liur menjadi pekat
- Kesukaran untuk bercakap
- Mempunyai rasa seperti pedih di dalam mulut
- Sakit mulut
- Hidung terasa seperti kering
Tips Mengatasi Bibir Kering Semasa Mengandung
Untuk pengetahuan Mommy, bibir kering semasa hamil adalah normal dan bagi sesetengah ibu hamil ianya adalah tanda-tanda hamil. Namun, pastinya tidak selesa bukan apabila bibir kering.
Berikut adalah 10 tips yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah bibir kering semasa mengandung iaitu:
#1. Pastikan Badan Sentiasa Terhidrat
Minum air secukupnya kerana air penting untuk menyalurkan segala nutrisi penting kepada janin dalam kandungan. Air yang Mommy minum akan turut disalurkan kepada bayi dalam kandungan.
#2. Elakkan Minuman Berkafein, Soda dan Minuman Keras
Bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, minuman berkafein, soda dan minuman keras juga boleh menyebabkan bibir Mommy kering serta menyebabkan masalah dehidrasi.
Oleh itu, sebaiknya elakkan pengambilan minuman ini semasa hamil.
#3. Menghisap Ais atau Buah yang Dibekukan
Selain itu, Mommy juga boleh mencuba untuk menghisap ais atau menghisap buah yang dibekukan. Pasti feeling macam tengah makan aiskrim bukan?
Ini bukan sahaja membantu Mommy kekal terhidrat tetapi juga dapat membantu melembapkan mulut dan melegakan sebarang sakit mulut.
#4. Rawat Bibir Kering Semasa Mengandung dengan Menggunakan Humidifier
Di samping itu, Mommy juga boleh ikhtiar dengan cara menggunakan humidifier yang mana akan membantu melembapkan udara di sekeliling Mommy.
#5. Mengunyah gula-gula atau chewing gum
Tips lain yang boleh dicuba Mommy ialah mengunyah gula-gula yang keras atau chewing gum. Aktiviti mengunyah dapat membantu menghasilkan air liur dan membuatkan mulut Mommy lebih lembap.
Tetapi awas ya bagi Mummy yang mempunyai GDM, kerana gula-gula mempunyai kandungan gula yang tinggi.
#6. Elakkan makanan tinggi gula dan tinggi garam
Tips seterusnya adalah elakkan makanan yang bergula dan mempunyai garam yang tinggi. Hal ini kerana, makanan seperti ini hanya akan menyebabkan masalah bibir kering Mommy semakin memburuk.
Oleh itu, sebaiknya elakkan makanan yang seperti ini.
#7. Rawat Bibir Kering Semasa Mengandung dengan Lakukan Aktiviti Wap Wajah
Mommy boleh cuba ambil air panas dan letakkan di dalam mangkuk. Halakan muka Mommy ke arah wap yang keluar dari air tersebut.
Ini dapat membantu melegakan mulut kering dan membuka ruang saluran pernafasan.
#8. Rawat Bibir Kering Semasa Mengandung dengan Halia
Tahukah Mommy, halia mampu membantu Mommy dalam masalah ini. Mengunyah halia atau minum air halia mampu membantu penghasilan air liur dan memberi kesegaran kepada mulut.
Jika Mommy mempunyai masalah morning sickness, halia boleh membantu mengurangkan loya.
#9. Elakkan Kumur dengan Pencuci Mulut Beralkohol
Mommy suka berkumur dengan pencuci mulut? Pastikan Mommy memilih pencuci mulut yang bebas alcohol kerana alcohol boleh mengeringkan mulut Mommy.
#10. Lembapkan Bibir dengan Penggunaan Lip Balm
Tips terakhir adalah menggunakan lip balm. Ramai yang sudah tahu berkenaan dengan penggunaan lip balm boleh membantu untuk melembapkan bibir. Oleh itu, Mommy boleh mencuba untuk menggunakan lip balm.
Kesimpulannya, bibir kering ini mungkin nampak ringan namun ianya tidak selesa buat Mommy yang menghadapi masalah ini. Oleh itu, jangan lupa ya Mommy untuk mencuba tips-tips di atas. Selamat mencuba!
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.