Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Dari Minda Turun ke Hati: Si Manja Lebih Bijak, Cerdas & Serba Boleh dengan Similac® Intelli-Pro®

kanak-kanak perempuan

Setiap Mommy pastinya mengimpikan si manja membesar dengan sihat, bijak, dan cerdas dalam setiap aspek kehidupan.

Selain kecerdasan intelektual dan fizikal, pembentukan sahsiah serta budi pekerti yang mulia turut memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka.

Si manja yang memiliki nilai-nilai terpuji bukan sahaja menghormati orang lain, khususnya mereka yang lebih tua, malah si manja juga lebih berdikari dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Sikap seperti memberi salam dengan sopan, membantu Mommy di rumah, serta menunjukkan daya kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu perkara adalah antara ciri-ciri anak yang serba boleh.

Selain didikan Mommy dan persekitaran yang positif, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan si manja.

Pemakanan yang mencukupi membantu mereka membesar dengan sihat, memiliki minda yang cerdas, serta tenaga yang cukup untuk meneroka dunia dengan penuh keyakinan.1

Susu merupakan salah satu sumber pemakanan utama yang penting bagi tumbesaran si manja, selain sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, serta protein daripada ikan, ayam, dan telur.2

Kandungan nutrien seperti protein, kalsium, serta vitamin dan mineral dalam susu membantu menyokong perkembangan fizikal dan minda mereka.3

Dengan pengambilan susu yang sesuai seperti Similac® Intelli-Pro®, si manja bukan sahaja lebih aktif dan bertenaga, malah lebih bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian dengan lebih keyakinan.

Minda yang cerdas membolehkan si manja berfikir dengan pantas serta mengingat perkara penting dalam kehidupan seharian. Ketika Kayla perasan ada sesuatu yang terlupa dibeli, dia segera mengingatkan Papanya dengan yakin:

Kayla: “Papa, Papa lupa beli santan, kan?”  

Kepekaan dan daya ingatan seperti ini membuktikan betapa pentingnya perkembangan kognitif sejak usia awal. Dengan kebolehan berfikir secara aktif, si manja dapat memahami persekitaran dengan lebih baik serta bertindak balas dengan cepat dalam pelbagai situasi.

Selain itu, tumbesaran fizikal yang kuat turut menyumbang kepada keupayaan si manja untuk lebih berdikari dan aktif dalam kehidupan seharian. Lihat sahaja bagaimana Kayla mampu mengangkat beg groceries yang berat untuk seorang kanak-kanak dan ia menunjukkan kekuatan tulangnya serta daya tahan fizikal yang baik.

Pemakanan yang kaya dengan nutrien seperti kalsium dan protein memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan tulang dan otot yang sihat.4 Dengan tubuh yang kuat serta tenaga yang mencukupi, si manja lebih bersedia untuk meneroka dunia dengan penuh keyakinan.

Bagaimana Similac® Intelli-Pro® Dapat Membantu Dalam Perkembangan & Keperibadian Anak Mommy? 

Penyerapan nutrisi yang mencukupi memainkan peranan penting dalam tahun-tahun awal tumbesaran si manja. Ia bukan sahaja menyokong perkembangan fizikal tetapi juga membantu kecerdasan kognitif mereka secara menyeluruh.

Selain didikan dan persekitaran yang baik, pemakanan seimbang adalah asas penting dalam membesarkan anak yang serba boleh. Nutrisi yang diserap dengan optimum membantu mengasah minda mereka agar lebih aktif dan responsif.

Apabila perkembangan kognitif si manja berkembang dengan baik, mereka lebih cenderung untuk membuat keputusan yang bijak dan melakukan kebaikan. Sifat prihatin dan bertimbang rasa ini lebih terserlah, terutama dalam bulan Syawal yang penuh makna.

Similac® Intelli-Pro® diformulasikan dengan campuran minyak sayuran unik, UVOB (Unique Vegetable Oil Blend), yang mengandungi minyak bunga matahari kaya dengan asid oleic, minyak kacang soya, dan minyak kelapa.

Formulasi minyak sayuran ini menyokong sistem penghadaman5 si manja dengan melancarkan pembuangan air besar dan melembutkan najis.

Gabungan ini membantu penyerapan nutrien penting5 seperti DHA serta tujuh nutrien utama yang menyokong perkembangan minda dan fizikal si manja.

Dengan kandungan DHA dan tujuh nutrien penting seperti Omega 6, Kolina, Asid Folik, Zat Besi, Taurina, Vitamin B12, dan Zink, Similac® Intelli-Pro® memberi sokongan lengkap bagi perkembangan kognitif dan fizikal si manja.

Dengan tingginya tahap asid lemak Omega-3 dan Omega-6, Similac® Intelli-Pro® menyokong perkembangan kognitif yang lebih baik. Kandungan prebiotik dalam susu ini juga berfungsi sebagai serat makanan yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang sihat.

Apabila Mommy konsisten memberikan Similac® Intelli-Pro® kepada si manja, Mommy dapat melihat sendiri bagaimana ia membantu perkembangan mereka secara menyeluruh.

Dari minda yang cerdas, badan yang kuat, hingga budi pekerti yang baik semuanya bermula dengan pemakanan yang betul.

Berikan yang terbaik untuk si manja dan saksikan mereka membesar sebagai anak yang serba boleh dengan Similac® Intelli-Pro®.

Mommy boleh dapatkan susu Similac® Intelli-Pro® di SINI untuk berikan si manja nutrisi terbaik bagi tumbesaran mereka.

Rujukan:

  1. Nationwide Children’s Hospital. (2021, March). The importance of good nutrition for kids.
  2. Children’s Minnesota. (n.d.). Learning about proteins. Children’s Minnesota.
  3. Houston Food Bank. (n.d.). Nutrition Ed: How much milk should my child drink? What kind of milk? Houston Food Bank. 
  4. American Academy of Pediatrics. (n.d.). Calcium: The bone builder kids and teens need. HealthyChildren.org.
  5. Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) & De Souza et. al. (2017)