Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pemakanan Anak Kecil: Ketahui Jenis Bijirin Untuk Kanak-kanak

bijirin untuk anak

Bagi anda yang baru menjadi ibu, pasti tertanya-tanya kan bijirin dan ubi kentang jenis manakah yang terbaik untuk anak-anak tersayang?

Bijirin dan ubi kentang terkenal sebagai sumber makanan penting yang kaya dengan karbohidrat dan rendah lemak. Namun Mommy, tidak semua jenis bijirin dan ubi kentang sesuai untuk anak-anak kecil.

Jom kita terokai apakah jenis bijirin dan ubi kentang yang sesuai untuk si kecil Mommy, serta mengenali jenis yang perlu dimakan secara sederhana atau pun dielakkan.

Highlighted


Jenis Bijirin untuk Anak yang Sihat dan Berkhasiat

Jagung – Bijirin untuk Anak yang Sihat

Jagung kaya dengan nutrien yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan perkembangan penglihatan kanak-kanak.

Mommy boleh merebusnya hingga lembut untuk memastikan ia mudah dimakan.

Beras Hitam

Beras hitam adalah pilihan yang selamat dan kaya dengan nutrien serta antioksidan yang membantu dalam perkembangan otak dan tulang.

Mommy perlu memasaknya sehingga lembut untuk memudahkan penghadaman.

Barli – Bijirin untuk Anak yang Sihat

Barli kaya dengan nutrien yang bagus untuk perkembangan fizikal dan pertumbuhan anak-anak.

Pastikan ia dimasak dengan betul kerana ia mungkin sukar untuk dihadam.

Roti

Roti bijirin penuh juga sesuai untuk kanak-kanak berusia 9-10 bulan.

Ia membekalkan serat yang baik untuk penghadaman dan tenaga.

Mi Soba

Mi soba kaya dengan antioksidan yang baik untuk perkembangan otak anak-anak, membantu dalam pencernaan yang sihat dan meningkatkan sistem imun tubuh mereka.

Selain itu, ia juga rendah kolesterol, menjadikannya pilihan yang baik untuk anak Mommy.

Bijirin Penuh

Anak kecil boleh mengambil bijirin dalam kuantiti yang sedikit.

Adalah disarankan untuk memberi mereka bijirin penuh (wholegrain) kerana ia membantu penghadaman.

Mommy juga harus mengelakkan sebarang tambahan gula, krimer, atau susu tepung.

Sebaliknya,Mommy boleh cuba tambahkan susu ibu, susu formula, dan buah-buahan segar untuk menambah nilai nutrisi.

Millet atau Sekoi

Millet membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sambil meningkatkan tenaga.

Mi

Mi selamat dimakan oleh anak kecil jika dimasak dengan lembut supaya mudah dihadam.

Mommy boleh menambah sedikit perasa seperti garam dan gula, tetapi harus mengelakkan mi segera kerana ia mengandungi bahan pengawet, natrium, dan lemak yang tidak baik untuk anak kecil.

Mi Leper

Mi leper boleh membekalkan tenaga tetapi ia rendah nutrien.

Tambahkan sayur-sayuran dan daging untuk menjadikannya lebih berkhasiat.

Oatmeal – Bijirin untuk Anak yang Sihat

Oatmeal baik untuk perkembangan otak dan tenaga.

Ia juga membantu mengelakkan anak-anak daripada sembelit.

Bihun

Bihun adalah pilihan yang baik untuk perkembangan kanak-kanak kerana khasiatnya.

Nasi Thai

Nasi Thai sesuai untuk kanak-kanak berusia 11 bulan ke atas dan membantu dalam tumbesaran serta sistem imun.

Sorghum – Bijirin untuk Anak yang Sihat

Sorghum, kaya dengan vitamin dan protein, sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Ia bagus untuk saraf tunjang dan perkembangan otak.

Mommy boleh mencampurkan sebahagian kecil sorghum ke dalam bubur nasi anak untuk meningkatkan nutrisi.

Quinoa

Quinoa mengandungi nutrien penting yang membantu perkembangan otak, tulang, dan penghadaman yang sihat.

Ubi Keledek

Ubi keledek tinggi dengan mineral dan vitamin yang baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Keladi Ungu – Bijirin untuk Anak yang Sihat

Keladi ungu harus diberi dalam jumlah sederhana kerana ia tidak mudah dihadam.

Mommy perlu merebus atau mengukusnya hingga lembut.

Ia boleh membantu meningkatkan penglihatan, kesihatan kulit, dan sistem imun anak kecil.

Jenis Bijirin untuk Anak yang Perlu Dimakan Secara Sederhana

Pulut

Pulut boleh diberikan kepada anak kecil dalam kuantiti yang sederhana kerana ia kaya dengan karbohidrat dan gula semulajadi yang memberikan tenaga.

Namun, ia tidak sesuai untuk bayi di bawah umur 11 bulan kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Tepung Ubi Kayu

Tepung ubi kayu juga boleh diberikan kepada anak kecil dengan jumlah sederhana.

Kaya dengan nutrien, ia membantu meningkatkan tenaga dan perkembangan otak.

Mommy harus memastikan tepung ini dimasak dengan baik dan tidak diberikan kepada bayi di bawah umur 11 bulan.

Elak Beri Anak Bijirin dan Kentang Jenis Ini

Barli Mutiara Cina

Bijirin ini boleh menyebabkan senak pada kanak-kanak kecil, terutamanya mereka yang berumur di bawah 11 bulan.

Ubi Kayu

Anak kecil, terutama yang berumur di bawah 11 bulan, tidak boleh makan ubi kayu.

Kerepek Kentang

Kerepek kentang mengandungi lemak tepu yang tidak sihat untuk kanak-kanak.

Elakkan memberikan kepada anak kecil anda.

Dengan mengetahui jenis bijirin dan kentang yang sesuai, Mommy boleh memastikan anak-anak mendapat nutrien yang bermanfaat untuk pertumbuhan yang sihat.

Mengajar tabiat pemakanan yang baik sejak awal adalah penting untuk kesihatan anak kecil Mommy.

Rujukan:

Artikel telah diolah daripada Story Motherhood (English).


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai banyak lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!