Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bila Untuk Hubungi Doktor

kesihatan bayi

34449723 - happy baby lying on white sheet and holding his legs

Ia adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang baru untuk bimbang tentang kesihatan bayi mereka. Walaupun bayi anda nampak kuat dan tegap, bayi yang kecil dan lemah memerlukan perlindungan kita. Tetapi bagaimana untuk anda mengetahui yang mana betul atau salah?

Anda tahu terbaik untuk bayi anda, jadi percaya naluri anda – dan hubungi doktor jika sesuatu yang tidak kena. Berikut terdapat beberapa faktor untuk diberi perhatian.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

PERANGAI

Jika bayi anda bermain seperti biasa, gembira dan menyusu dengan baik, dia mungkin tidak sakit. Bayi yang mempunyai hidung berair dan senyuman mungkin tidak sakit berbanding dengan bayi yang mempunyai hidung berair dan lesu.

MENANGIS YANG LUAR BIASA

Jika bayi anda tiba-tiba mula menangis daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa, atau tangisannya lemah atau lebih nyaring, dia boleh menjadi sakit. Sebaliknya juga benar – jika bayi anda tidak gembira dan tidak menangis tetapi tidak aktif seperti sediakala dan sukar untuk bangun, hubungi doktor anda.

SELERA MAKAN

Pemakanan bayi anda akan berbeza dari hari ke hari. Tetapi jika dia lapar, dia harus diberi makan berterusan. Bayi yang mudah letih dari menghisap atau hilang minat dalam penyusuan atau pemakanan mungkin tidak sihat. Malah, jika anda mendapati bayi anda meludah lebih daripada biasa atau jika ludahan kehijauan, hubungi doktor anda.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

PERGERAKAN USUS YANG TIDAK NORMAL

Bayi kecil, terutama bayi yang menyusu ibu, sering mempunyai pergerakan usus yang sangat lembut atau cecair berwarna yang agak lain daripada lain. Jika najis menjadi semakin berair, bayi anda mungkin mengalami cirit-birit.

Pantau pergerakan usus dan lihat sama ada cirit-birit berterusan. Pastikan dia menyusu badan atau menyusu botol seperti sediakala supaya ia tidak kurang air. Bayi anda perlu buang air sekurang-kurangnya enam lampin sehari. Jika dia kelihatan lesu dan berhenti membuang air besar atau mula menjadi kecil, keras, atau kering atau jika najis keluar dengan darah atau lendir, atau mempunyai jeli berterusan, terus hubungi doktor.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

SUSAH UNTUK BERNAFAS

Jika pernafasan bayi anda menjadi sukar atau jika dia mempunyai masalah pernafasan, dapatkan bantuan segera.

DEMAM

Walaupun demam di kalangan bayi adalah isyarat bahawa dia sakit, demam sahaja biasanya tidak membimbangkan. Bayi boleh mengalamai demam biasa dan sakit atau demam panas dan hanya sakit biasa. Tetapi jika bayi berusia 3 bulan mempunyai demam 100.4 darjah F (38 darjah C) atau lebih tinggi, ia perlu dirawat.

Jika bayi yang lebih tua demam tetapi kelihatan seperti tidak demam, perhatikan dia untuk satu hari dan lihat sama ada dia menunjukkan simptom-simptom lain, seperti hilang selera makan, batuk, sakit telinga, meragam luar biasa atau mengantuk, atau muntah-muntah dan cirit-birit. Jika salah satu dari tanda-tanda tersebut didatangi bersama demam panas, hubungi doktor segera.

Apakah yang dimaksudkan dengan demam panas bagi bayi? Antara usia 3 bulan dan 6 bulan, suhunya kira-kira 101 darjah F (38.3 darjah C), dan untuk bayi lebih 6 bulan, kiraan pada termometer 103 darjah F (39.4 darjah C) atau lebih tinggi.

Jika anda masih ragu-ragu, hubungi pusat kesihatan terdekat anda. Ini penting untuk meringankan masalah anda, dan tidak salah untuk berjumpa dengan doktor jika perlu.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

Artikel kredit kepada babycenter.com