Bayi yang sedang memasuki usia enam bulan selalunya akan diperkenalkan dengan makanan separa pejal.
Bukan bayi sahaja yang teruja, Ibu pun mesti teruja untuk mula memberi si comel makan, kan?
Makanan separa pejal yang selalu para ibu mulakan adalah dengan bubur nasi kosong, puri sayuran dan buah-buahan, dan bijiran seperti barli dan oat.
Walau bagaimanapun, semua makanan separa pejal tersebut tidak memerlukan garam atau gula supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa makanan tersebut.
Begitu juga dengan biskut-biskut sebagai snek untuk bayi makan di antara makan pagi, tengah hari, dan malam. Biskut-biskut yang berkhasiat selalunya diperbuat daripada bahan yang semulajadi dan tiada garam dan gula.
Biskut seperti biskut beras juga memainkan peranan untuk melegakan gusi bayi jika bayi sedang mengalami pertumbuhan gigi. Biskut beras juga adalah ringan dan senang untuk dipegang dan dimakan oleh bayi kecil.
Bermacam-macam jenis biskut boleh didapati di pasaran, tapi Ibu perlu memilih biskut yang sesuai mengikut peringkat umur anak.
Beberapa jenis biskut beras baby yang terbaik adalah seperti berikut:
Senarai Biskut Beras Baby Yang Terbaik
1. Renewallife DDODDOMAM Organic Rice Rusk Original
Highlighted
Biskut beras organik ini diperbuat daripada tepung beras organik dari Korea dan kalsium dari seaweed. Rangup dan ringan, biskut ini akan serta merta cair dalam mulut bayi Ibu.
Biskut ini tidak mempunyai gluten, GMO, dan bahan tambahan tiruan yang lain. Biskut ini juga datang dengan perisa yang lain seperti epal, pisang, ubi keledek, dan macam-macam lagi.
2. Bebedang Organic Puffed Rice Snack
Sesuai untuk bayi bermula dari umur enam bulan, biskut ini diperbuat daripada beras organik dan bahan perisa asli lain seperti epal, pisang, brokoli, ubi keledek, dan labu manis.
Biskut ringan ini senang dipegang dan membantu perkembangan otot kecil. Biskut dari Korea ini juga senang cair di dalam mulut bayi, jadi Ibu tidak perlu risau jika bayi tercekik.
3. Be Delight Poppinz Rice Chips
Diperbuat daripada beras Thai bijiran penuh organik, biskut beras ini sesuai untuk bayi dari usia 12 bulan.
Ia menggunakan proses ‘popping‘ dan tidak digoreng atau dibakar untuk mengekalkan nutrisi penting.
Biskut 100% vegan ini tidak mempunyai kolestrol atau lemak trans. Ia adalah sumber protein, serat, dan zat besi yang bagus.
4. Bebecook Double Colour Rice Snack
Bayi berumur seawal lima bulan boleh menikmati biskut enak dan berkhasiat ini yang diperbuat daripada beras organik Korea berserta perisa-perisa enak seperti ubi keledek, labu, dan bayam.
Biskut rangup ini tidak memberi kesan lekitan pada jari dan senang cair di dalam mulut bayi. Bentuk-bentuknya yang menarik menggalakkan bayi untuk memegang biskut dan makan sendiri.
5. Apple Monkey Organic Rice Cracker
Biskut beras yang dibakar ini diperbuat daripada beras organik Jasmin dan dicampur dengan perisa-perisa enak semulajadi seperti bayam, jagung, dan ubi keledek.
Biskut berbentuk bujur ini senang untuk dipegang oleh bayi dan kerangupannya sangat menyelerakan. Biskut yang mengandungi Omega-3 dan DHA ini senang cair dalam mulut bayi.
6. Gerber Organic Teethers
Biskut beras organik Gerber diperbuat daripada tepung beras organik berserta perisa sayuran atau buah-buahan semulajadi dan organik.
Ia bebas dari gluten, GMO, dan garam, tetapi mempunyai sedikit gula organik. Sesuai untuk bayi berumur tujuh bulan ke atas.
7. Baebis Rice Biscuit
Biskut beras Baebis ini sesuai untuk dimakan oleh bayi bermula usia enam bulan.
Bayi yang kecil belum lagi boleh makan makanan yang sempurna, tetapi perlu ditumbuk atau kisar sehingga lumat untuk mereka menikmatinya.
Biskut beras Baebis merangkumi pelbagai perisa seperti keju dan blueberry yang bayi boleh nikmati dengan selamat.
8. Bebecook Wise Mom Organic Rice Snack
Diperbuat daripada beras perang organik yang amat berkhasiat berserta oats yang mempunyai serat beta-glucan yang sangat tinggi, biskut beras dari Korea ini tentu sedap dinikmati oleh si comel.
Pembungkusan biskut ini yang boleh ditutup semula selepas dibuka membuatkan ia snek yang senang untuk dibawa ke mana-mana.
9. Baby Natura Organice Riceberry Puffs
Biskut beras Baby Natura yang berbentuk seperti bijiran ini kecil dan senang untuk digenggam oleh tangan kecil si comel. Ia juga senang cair di dalam mulut.
Diperbuat daripada beras Jasmin berserta variasi beras berwarna ungu dari Thailand yang dipanggil riceberry, biskut ini tinggi dengan serat, mineral, dan antioksidan.
10. Kemy Kids Bebe Grain
Biskut bijiran dari Korea ini diperkaya dengan kalsium yang tinggi untuk pertumbuhan bayi.
Ia diperbuat daripada gabungan tujuh jenis bijiran berkhasiat termasuk beras perang, peras putih, beras hitam, beras pulut, kacang hitam, sorgum, dan juga jagung Korea.
Sesuai untuk bayi berumur sembilan bulan ke atas, biskut yang senang dipegang ini tentu menarik perhatian bayi!
Pada musim pandemik dan perintah kawalan pergerakan yang kerap sekarang, mungkin susah untuk Ibu keluar dan memberi barang keperluan asas kan?
Jangan risau kerana pelbagai barang seperti biskut-biskut beras di atas boleh di beli secara atas talian atau online.
Kalau Ibu berasa rajin, boleh cuba buat biskut beras sendiri mengikut resipi keropok beras ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.