Bila seseorang sedang mengamalkan sesuatu diet, kadang-kadang tu ada beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan.
Ini termasuklah snek-snek kegemaran yang terpaksa disingkirkan atau dikurangkan.
Sebenarnya perkataan ‘diet’ itu bukan bermakna seseorang tidak boleh memakan apa-apa langsung, tapi bergantung kepada jenis diet – ada yang perlu kurangkan pengambilan kalori, ada yang perlu kurangkan pengambilan gula, dan ada pula yang perlu kurangkan pengambilan lemak.
Yang pasti, kita kena pandai untuk memilih makanan dan snek seperti biskut untuk diet yang bersesuaian dengan matlamat diet kita.
Terdapat beberapa jenis biskut yang masih boleh dimakan ketika diet kerana kebanyakan biskut adalah rendah kalorinya.
5 Biskut Yang Sesuai Di Ambil Ketika Sedang Diet
1. Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers
Highlighted
Siapa yang tak kenal dengan biskut jenama Jacob’s kan? Biskut Jacob’s Hi-Fibre mengandungi kombinasi nutrien yang penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, kalsium, zat besi, dan iodin.
Ia dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian seseorang yang sedang menjalani aapa sahaja jenis diet. Biskut ini mempunyai 85% bijiran gandum, jadi bukan sahaja ia tinggi dengan serat, malah biskut ini lengkap dengan rasa bijirin yang enak dan penuh dengan rasa, jadi taklah rasa bosan untuk makan beberapa keping!
2. Jacob’s Weetameal Wheat Crackers
Satu lagi biskut yang bagus untuk diet ialah Jacob’s Weetameal Wheat Crackers.
Walaupun peratus bijirin gandumnya adalah kurang sedikit berbanding dengan Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers pada 75%, ia masih mempunyai kombinasi nutrien dan vitamin penting.
Biskut ini mempunyai rasa yang lebih manis sedikit berbanding Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers. Jadi, kalau anda sedang mencari snek untuk memenuhi keinginan makanan manis, biskut ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik.
3. Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut
Seperti yang kita tahu, oat memang banyak khasiatnya dan memang selalu diambil ketika seseorang tengah diet.
Tapi kadang-kadang kita tiada masa untuk masak oat kan? Jadi biskut oat dari Munchy’s ini boleh dijadikan pengganti, lagi-lagi kalau anda mahukan snek yang cepat dan mudah dibawa kemana-mana.
Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut ini mengandungi kandungan gandum yang tinggi, bebas lemak, dan tiada bahan pengawet.
Tambahan pula, biskut ini mengandungi hazelnut atau kacang hazel yang tinggi dengan asid oleik dan coklat yang tinggi dengan antioksidan.
Kombinasi kacang hazel dan coklat ini memang tak boleh salah! Kalau makan satu, tentu nak lagi, jadi kena jaga-jaga dengan kadar pengambilan.
Jangan lupa yang anda sedang diet.
4. Quaker Chocolate Chips Oat Cookies
Satu lagi biskut yang diperbuat dengan oats yang tentunya enak ialah Quaker Oat Cookies Chocolate Chips.
Bijirin oat yang tinggi dengan beta-glucan dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah, dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kandungan biskut oat ini yang mengandungi chocolate chips tentu dapat memuaskan craving anda untuk makan chocolate chip cookies biasa yang mungkin kurang berkhasiat kerana kandungan gula yang tinggi!
5. Tesco Milk Chocolate Oaties
Nampaknya biskut oat memang sangat popular di pasaran! Kalau anda tertanya-tanya kenapa, tentulah kerana ia telah menjadi pengganti hebat biskut-biskut biasa kerana lebih tinggi dengan khasiat tetapi keenakannya masih tetap sama, kalau bukan lebih enak juga.
Tesco Milk Chocolate Oaties yang dicelup dengan coklat susu selembut sutera bunyinya memang sedap sekali!
Ia juga sesuai untuk vegetarian. Tetapi memandangkan ia mengandungi coklat susu, pastikan diet anda membenarkan pemakanan coklat tersebut.
6. McVitie’s Digestive
Walaupun bukan keluaran tempatan, jenama McVitie’s memang popular kerana ia pengeluar biskut digestif yang pertama di dunia sejak lebih dari 50 tahun dahulu!
Biskut digestif mempunyai kadar natrium yang tinggi, jadi ia sesuai untuk penghidap tekanan darah rendah, untuk melegakan pedih ulu hati atau sakit perut.
Biskut ini juga dapat membantu mengawal berat badan kerana ia dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.
7. Tesco Milk Chocolate Digestives
Satu lagi biskut digestif yang anda boleh cuba ialah Tesco Milk Chocolate Digestives. Ia mempunyai profil rasa yang sama seperti biskut oaties mereka, tetapi berasaskan biskut digestif.
Seperti biskut oaties coklat tadi juga, anda perlu berwaspada dengan pengambilan biskut ini kerana mempunyai coklat tenusu yang mungkin mempunyai kadar gula yang tinggi.
8. Tesco Garlic Crackers
Sesuai untuk vegetarian, biskut Tesco Garlic Crackers ini sangat ringan dan rangup, seakan-akan memakan keropok.
Disebabkan ia sangat light dan tidak akan memuaskan kalau makan beberapa keping sahaja, anda boleh cuba memakannya dengan snek-snek lain seperti keju.
Kombinasi biskut ringan dengan keju sejuk amat sedap sekali!
9. Grain Mii Seaweed Brown Rice Snack
Biskut atau keropok dengan kombinasi rasa seaweed dan beras perang ini menggunakan 100% beras jasmin.
Biskut keropok ini tidak digoreng atau dibakar, tetapi menggunakan teknik ‘popping’ baru yang lebih berkhasiat kerana dapat mengekalkan kebanyakan nutriennya.
Biskut keropok ini adalah rendah kalori dan natrium, bebas gluten, dan tiada MSG. Rasa seaweed dengan beras perang amat menarik sekali!
10. Grain Mii Spicy Barbeque Brown Rice Snack
Bagi yang inginkan snek yang mempunyai oomph atau ada rasa pedas-pedas sedikit, boleh cuba snek beras perang jasmin dari Grain Mii juga yang berperisa BBQ pedas.
Tentu enak sekali untuk dimakan di antara waktu makan utama.
Senarai biskut-biskut untuk diet di atas hanyalah segelintir jenis yang senang di dapatkan di pasaran.
Terdapat banyak lagi jenis-jenis biskut atau snek yang lazat dan berkhasiat yang sesuai dijadikan sebagai biskut untuk diet yang anda boleh cari, terutamanya di kedai-kedai runcit kecil atau ’boutique’.
Lagipun, setiap diet memerlukan jenis nutrisi yang berlainan jadi anda boleh memilih biskut-biskut yang bersesuaian dengan jenis diet yang telah anda pilih.
Pastikan pemakanan diet anda merangkumi nutrisi yang seimbang, dan jangan pula tak makan langsung atau sedikit sangat, takut masalah kesihatan lain pula yang akan tiba.
Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam mencapai matlamat diet anda!