Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Jenis Biskut Yang Sesuai Dan Sedap Untuk Ibu Berpantang

Sumber: Adobe Stock

Pantang-larang selepas bersalin pada zaman sekarang tidak lagi macam zaman dahulu. Terdapat banyak lagi makanan yang menyelerakan yang sebenarnya masih boleh dimakan ketika berpantang, termasuklah beberapa jenis biskut untuk ibu berpantang.

Kalau selama ini Mommy ingat waktu berpantang hanya boleh makan biskut kering, jangan khuatir! Selain daripada pelbagai jenis biskut yang boleh dimakan untuk memberi Mommy tenaga untuk menjaga bayi yang baru lahir, terdapat juga jenis biskut lain yang bermanfaat sesuai untuk ibu berpantang seperti biskut laktasi untuk memeriahkan susu badan.

Biskut-biskut ini sesuai untuk dimakan sebagai sarapan pagi, minum petang, atau kudapan sepanjang hari. Jom tengok beberapa jenis biskut untuk ibu berpantang yang sedap, berkhasiat, dan mudah untuk didapati.

8 Jenis Biskut Untuk Ibu Berpantang

1. Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers, RM13.50

Highlighted

Sumber: Tesco Malaysia

Biskut jenama Jacob’s ini bukan asing lagi bagi ramai orang. Biskut Jacob’s Hi-Fibre mengandungi gabungan nutrien penting yang mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, B6, kalsium, zat besi dan iodin. Selain itu, ia juga mengandungi protin yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Setiap hidangan memberikan sekurang-kurangnya 10% Recommended Nutrient Intake (RNI) iaitu pengambilan nutrien yang disyorkan untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan harian Mommy.

2. LactoMomma Milkbooster Cookies Dates and Goats Milk, RM40

Sumber: LactoMomma

Biskut laktasi dari LactoMomma ini adalah biskut penggalak susu yang lazat dibuat dengan 100% bahan organik dan halal untuk membantu ibu menyusu meningkatkan kuantiti dan kualiti susu. Jenama biskut LactoMomma ini mempunyai pelbagai jenis rasa seperti classic chocolate chip dan salted caramel, tetapi perisa kurma dan susu kambing ini adalah perisa signature mereka.

3. Tesco Garlic Crackers, RM8.99

Kredit: abillion.com

Sesuai untuk vegetarian, biskut Tesco Garlic Crackers ini sangat ringan dan rangup, seakan-akan memakan keropok. Disebabkan ia sangat light dan tidak akan memuaskan kalau makan beberapa keping sahaja, Mommy boleh cuba memakannya dengan snek-snek lain seperti keju ataupun ikan yang sesuai untuk dimakan ketika berpantang seperti ikan salmon. Malah, kombinasi biskut ringan dengan keju dan juga salmon sejuk amat sedap sekali!

4. Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut, RM8.99

Seperti yang ramai tahu, oat memang banyak khasiatnya dan sesuai untuk dimakan ketika berpantang untuk memberi tenaga dan menggalakkan susu badan. Tapi kadang-kadang kita tiada masa untuk masak oat kan? Jadi biskut oat dari Munchy’s ini boleh dijadikan pengganti, lagi-lagi kalau anda mahukan snek yang cepat dan mudah.

Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut ini mengandungi kandungan gandum yang tinggi, bebas lemak, dan tiada bahan pengawet. Tambahan pula, biskut ini mengandungi hazelnut atau kacang hazel yang tinggi dengan asid oleik dan coklat yang tinggi dengan antioksidan. Kombinasi kacang hazel dan coklat ini memang tak boleh salah!

Kalau makan satu, tentu nak lagi, jadi kena jaga-jaga dengan kadar pengambilan memandangkan ia mempunyai kandungan gula dan garam.

5. MomMoreMilk Classic Chocolate Chips Lactation Cookies, RM39

Sumber: MomMoreMilk

Satu lagi jenama biskut untuk menggalakkan susu badan ialah biskut dari MomMoreMilk. Ia mengandungi bahan-bahan laktogenik semula jadi yang sihat seperti oat, flaxseed organik, gandum dan malt tulen. Hidangan lazat biskut laktasi yang dibakar lembut dengan biji coklat jenama Hershey’s memang melazatkan sambil memeriahkan susu Mommy!

6. Jacob’s Weetameal Wheat Crackers, RM13.50

Satu lagi biskut untuk ibu berpantang dari jenama Jacob’s ialah Jacob’s Weetameal Wheat Crackers. Walaupun peratus bijirin gandumnya adalah kurang sedikit berbanding dengan Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers pada 75%, ia masih mempunyai kombinasi nutrien dan vitamin penting.

Biskut ini mempunyai rasa yang lebih manis sedikit berbanding Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers. Jadi, kalau Mommy sedang mencari snek untuk memenuhi keinginan makanan manis, biskut ini boleh menjadi pilihan yang baik.

7. Quaker Chocolate Chips Oat Cookies, RM9.48

Kalau Mommy penggemar oat dan juga chocolate chips, Quaker Oat Cookies Chocolate Chips yang enak ini tentu akan menjadi pilihan hati! Bijirin oat yang tinggi dengan beta-glucan dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah, dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mungkin bukan perkara biasa didengar dalam berpantang, tetapi masih penting untuk kesihatan Mommy secara menyeluruh. Kandungan biskut oat ini yang mengandungi chocolate chips tentu dapat memuaskan craving Mommy untuk makan chocolate chip cookies biasa yang mungkin kurang berkhasiat kerana kandungan gula yang tinggi!

8. RUUAH Caramel Lactation Cookie, RM33

Sumber: RUUAH

Nikmati rasa mewah gula caramel dalam biskut penggalak susu dari RUUAH ini bersama minuman panas di waktu petang. Biskut laktasi RUUAH ini adalah penggalak susu yang direka untuk membantu ibu yang menyusu meningkatkan bekalan susu mereka secara semula jadi, dalam bentuk yang paling lazat seperti perisa ini.

Biskut ini penuh dengan bahan laktogenik yang secara semula jadi berfungsi untuk merangsang kelenjar susu untuk meningkatkan bekalan susu ibu. Jadi kalau Mommy lapar atau memerlukan booster untuk susu badan, biskut ini tentu dapat membantu!


Senarai biskut-biskut untuk ibu berpantang di atas hanyalah segelintir jenis yang senang di dapatkan di pasaran. Kalau Mommy ingin mengambil biskut-biskut yang lebih kosong, tiada masalah juga!

Yang pasti, Mommy perlu makan makanan yang seimbang sepanjang hari untuk mendapat tenaga dan nutrisi yang mencukupi. Pelbagai jenis snek lain selain biskut juga boleh diambil ketika dalam tempoh berpantang.