Kehamilan dan penyusuan adalah dua fasa penting dalam kehidupan seorang Ibu. Dalam tempoh ini, tubuh bukan sahaja menjaga kesihatan diri sendiri, tetapi juga menyokong perkembangan si kecil dari dalam kandungan hingga ke dunia luar.
Sebab itu, keperluan nutrisi yang mencukupi bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Namun realitinya, dengan rutin harian yang padat, kurang tidur, dan pelbagai komitmen lain, menjaga pemakanan yang seimbang setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah.
Di sinilah vitamin pranatal memainkan peranan penting sebagai sokongan tambahan. Walaupun ia tidak menggantikan makanan harian, ia membantu melengkapkan keperluan nutrisi yang mungkin tidak mencukupi, memberi ketenangan kepada Mommy sepanjang perjalanan kehamilan dan penyusuan.
Sokongan Nutrisi Menyeluruh untuk Ibu
Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold direka khas untuk menyokong Ibu sepanjang perjalanan kehamilan sehingga ke fasa penyusuan. Dalam setiap dos harian, terkandung 17 nutrien penting yang diperlukan dalam badan Ibu ketika tempoh ini, bagi membantu memenuhi keperluan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Gabungan nutrien seperti asid folik, zat besi, DHA & EPA, iodin dan vitamin D3 dirumus secara lengkap dalam satu kapsul harian. Ia membantu, sambil memastikan Ibu kekal sihat, bertenaga dan bersedia menjalani rutin harian.
Keyakinan Ibu dalam Setiap Pilihan Nutrisi
Blackmores terus menjadi antara jenama yang dipercayai Ibu kerana komitmennya terhadap kualiti dan keselamatan yang konsisten.
Setiap produknya dihasilkan mengikut standard Good Manufacturing Practice (GMP) di bawah Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/S), iaitu antara piawaian tertinggi dalam industri kesihatan yang memastikan setiap proses pembuatan berada pada tahap kawalan yang ketat.
Dalam masa yang sama, pensijilan Halal JAKIM memberikan keyakinan tambahan kepada keluarga Muslim untuk menjadikannya sebahagian daripada rutin harian tanpa rasa ragu.
Lebih menarik, formulasi minyak ikan kini tidak lagi mempunyai bau hanyir, menjadikan pengambilannya selesa dan mudah diterima setiap hari.
Apa yang melengkapkan lagi kepercayaan terhadap Blackmores adalah pendekatannya yang bukan sahaja menitikberatkan kualiti, tetapi juga kemudahan untuk kegunaan harian.
Dengan hanya satu kapsul dua kali sehari, ia membantu Ibu mendapatkan sokongan nutrisi tanpa perlu mengambil pelbagai suplemen secara berasingan, menjadikan lebih ringkas dan teratur.
Setiap nutrien di dalamnya dirumus untuk menyokong keperluan Ibu secara menyeluruh sejak awal kehamilan sehinggalah membantu Ibu mengekalkan kesejahteraan sepanjang hari.
Gabungan aspek keselamatan, kualiti dan praktikal ini menjadikan Blackmores pilihan yang meyakinkan untuk Ibu moden hari
Mudah Didapati untuk Rutin Harian Mommy
Untuk memudahkan Ibu, Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold boleh didapati dalam pilihan botol 60 atau 120 kapsul mengikut keperluan.
Ibu boleh mendapatkannya melalui laman rasmi Blackmores Malaysia serta pembelian secara online di Shopee, TikTok Shop dan Lazada.
Selain itu, produk ini juga mudah didapati di farmasi utama seperti Watsons, Guardian, CARiNG, BIG, AA Pharmacy, Health Lane, Alpro, dan Multicare.
