Ibu, Bayi & Kanak Kanak

‘Bonda’ & ‘Walid’ ugut potong dan bakar kemaluan kanak-kanak di Kuantan

Kes buli antara pelajar sekolah dah normal sangat kita dengar. Tak kisah lah dekat Malaysia mahupun negara luar. Tapi lain pulak sejak akhir-akhir ni. Timbul pula masalah guru-guru membuli kanak-kanak atau murid mereka sendiri. Kalau sebelum ni kes buli di tadika, kali ini seorang murid lelaki di sebuah sekolah tahfiz pula yang jadi mangsa. Mangsa kepada bonda dan walid sendiri.

BACA: Tips Ajar Anak untuk Cintakan Negara

Diancam dengan gunting pemotong rumput & pemetik api

Highlighted


Kanak-kanak tersebut yang berusia lapan tahun dilihat dimarahi dan diugut oleh seorang guru tahfiz wanita dalam satu klip video yang berdurasi lebih seminit. Dalam video tersebut, guru tahfiz berkenaan dilihat menarik kemaluan kanak-kanak terbabit sebelum mengancam untuk memotong dengan sebilah gunting pemotong rumput dan pemetik api.

Manakala dalam dua lagi video yang berasingan, mangsa turut dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki yang sama kerana didakwa mencuri makanan.

Bapa membuat laporan setelah menyedari itu adalah anaknya

Bapa kepada kanak-kanak tersebut yang berang dan kesal dengan tindakan dua guru tahfiz berkenaan terus membuat laporan polis. Menurut laporan yang dikeluarkan Astro Awani, guru tahfiz wanita dan lelaki yang dipanggil ‘bonda’ dan ‘walid’ kemudian ditahan pada 1 September yang lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Alipada mengesahkan yang kedua-dua suspek ditahan pada jam 10 malam di Kampung Selamat, Kuantan, Pahang.

BACA: Perlu ke Anak-anak kita didedahkan dengan Seks?

Hanya satu proses pembelajaran oleh Bonda dan Walid

Bapa mangsa telah dihubungi suspek yang menerangkan tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang kawan mangsa dan tidak mencuci selepas buang air besar,

ujar ACP Mohd Noor Yusof.

Mangsa mengadu sakit di bahagian punggung

Kanak-kanak lelaki terbabit dikatakan turut mengadu sakit di bahagian punggung dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan pemeriksaan.

Kes kini di disiasat menurut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001.

dapatkan barang bayi yang murah dan berkualiti di sini!