Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perhatian Mommy! Breast Pump Dan Botol Susu Mempunyai Had Masa Untuk Digunakan

Adakah Mommy tahu sebenarnya, botol susu, breast pump semua tu ada tempoh hayatnya? Ya, betul! Memang mereka plastik dan boleh pakai dalam jangka masa yang lama tetapi mereka juga mempunyai expiry date tersendiri.

Ikuti perkongsian daripada Puan Nad Masrom, Kaunselor Laktasi yang aktif kongsikan pelbagai info tentang laktasi yang Mommy harus take note!

Tempoh Hayat Plastik

Highlighted


ibu menggunakan breast pump

Tahu tak ibu-ibu, botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna bertahun-tahun lamanya walaupun fizikal nampak elok sahaja.

Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.

Melainkan jenis termosplastik yang berkualiti dan tahan haba serta UV yang lebih lama seperti tritan, PPSU, PES. Itu pun biasanya dalam tempoh setahun sahaja.

Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.

Kalau jumpa botol atau corong yang bersentuhan dengan susu tapi bila guna steam sterilizer terus melebur, hati-hati. Bahan plastik yang digunakan mungkin tidak selamat untuk bayi kita.

  • Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.
  • Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer.
  • Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.
  • Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.
Sebab itu, jika ibu ada peluang menyusukan bayi secara terus, manfaatkan sebaiknya peluang ini. Tak perlu risau terdedah dengan bahaya plastik ini.
Tapi sebagai ibu bekerja (seperti saya), gunakanlah secara berhemah dan tahu tentang tempoh hayat plastik. Walaupun BPA free, ia tidaklah 100% selamat.
Masih lagi ada bahan pengeras lain yang digunakan untuk menggantikan BPA yang dibimbangi kesannya kepada kesihatan anak (antaranya kanser).
Saya menulis post kali ni berdasarkan iu pengetahuan saya sebagai orang Kimia, bukan sekadar kaunselor penyusuan sahaja. Sama-sama kita cakna dan sebarkan tentang ilmu ini kepada ibu-ibu lain.

Jangan Panik dan Buang Dulu Mommy!

Buat ibu-ibu yang risau, jangan terus buang semua pam tu. Hanya yg bersentuhan dengan susu sahaja perlu tukar bila dah habis tempoh hayat atau pun bila calar. Yang tak bersentuhan dengan susu, contoh motor pam, boleh je guna lagi. Kalau tak efektif tu, servis motor pam aje.
  • Jenis PP – polypropylene (ada no 5 di bawah botol biasanya, dan kebanyakan corong pam memang guna ni) – tempoh hayat 6 bulan.
  • PES, PPSU, TRITAN – (biasanya botol je guna ni. Jarang corong pam nak guna ni sebab mahal) – tempoh hayat 1 tahun.

Bila dah sampai tempoh hayat dengan kekerapan penggunaan (setiap hari guna dan sterilize), kena tukar walaupun nampak elok. Kalau corong/botol dah bertukar warna (kekuningan) terutama bila guna UV sterilizer, tukar terus. Usah disayang ya.

Bahaya untuk anak bila bahan kimia larut dalam susu. Kalau calar, serta merta kena tukar juga walaupun baru beli semalam. Dan jangan terus dibuang.

REUSE atau RECYCLE. Sayangi bumi kita ok. Harap kesedaran tentang penggunaan plastik yang betul meningkat dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia.

Botol pun ada expiry date tau! Hati-hati selepas ini. Mujurlah ada Puan Nad Masrom untuk mengkongsikan tentang pengunaan produk plastik ini. Tanpa sedar, dah bertahun-tahun tak tukar dan dengan yang baru.

Pastikan Mommy check semula bila last beli botol susu dan breast pump. Semoga bermanfaat untuk Mommy dan keluarga.

Kredit: Facebook Nad Masrom