Ibu, Bayi & Kanak Kanak

18 Kebaikan Buah Naga Untuk Ibu Hamil – Sedap Dan Berkhasiat!

buah naga untuk ibu hamil

Kredit gambar: medlineplus.gov

Mengikut fakta, buah naga untuk ibu hamil merupakan snek kehamilan yang jauh lebih sihat dan selamat daripada kerepek kentang, pretzel atau makanan yang diproses. Ia merupakan makanan sihat yang sangat kaya dengan nutrien untuk ibu dan juga bayi.

Malah, pengambilan buah naga semasa hamil membantu dalam perkembangan otak janin yang betul serta membantu membekalkan tenaga dan mengandungi antioksidan di mana ia mempunyai kandungan gula, karbohidrat, kalsium, serat makanan, dan natrium yang sesuai untuk wanita hamil.

Untuk ketahui apakah khasiatnya yang lain untuk wanita hamil dan bayi, ikuti perkongsian di bawah!

18 Kebaikan Buah Naga Untuk Ibu Hamil

Highlighted

Kredit gambar: mbg.com.my

Berikut merupakan kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam buah naga untuk keperluan kesihatan wanita hamil iaitu:

#1. Sistem Imun Yang Kuat

Manfaat yang boleh wanita hamil peroleh daripada buah naga adalah sistem imun yang lebih sihat dan kuat. Buah naga mengandungi beberapa antioksidan, termasuk polifenol, asid askorbik, dan betalain yang boleh memerangi tekanan oksidatif dan membantu anda kekal sihat pada tahap yang terbaik. Malah, ia turut mengandungi sejumlah besar Vitamin C iaitu agen yang paling penting dalam meningkatkan sistem imuniti tubuh anda.

#2. Buah Naga Untuk Ibu Hamil Baik Untuk Perkembangan Jantung

Kredit gambar: icloudhospital.com

Buah naga juga kaya dengan kalsium di mana satu hidangan mengandungi kira-kira 18 mg kalsium, iaitu kira-kira 1.8% daripada RDI untuk individu hamil. Kalsium sangat penting semasa kehamilan untuk perkembangan jantung bayi anda di mana anda memerlukan kira-kira 1,000 mg sehari. Oleh itu, pengambilan buah naga dapat memastikan keperluan kalsium anda dipenuhi.

#3. Pengaliran Darah Lebih Lancar

Buah naga yang mempunyai khasiat zat besi, kalsium dan merupakan antioksidan mampu membantu aliran darah wanita hamil menjadi lebih baik.

#4. Kaya Dengan Lemak Baik

Semasa hamil, ibu memerlukan tahap tenaga yang tinggi untuk pertumbuhan janin. Buah naga mempunyai khasiat di mana proses metabolik dapat berjalan lancar dan juga membantu dalam pembentukan otak janin. Ia juga mengehadkan sebahagian besar lemak yang kebanyakannya adalah lemak tak tepu tunggal.

#5. Pembekal Tenaga Sepanjang Kehamilan

Kredit gambar: blog.portea.com

Buah naga ini juga mempunyaii sejumlah besar karbohidrat di mana ia boleh menjadi sumber tenaga yang mudah diperoleh dan dipindahkan khasiatnya kepada janin.

#6. Buah Naga Untuk Ibu Hamil Dapat Mengawal Jangkitan

Jangkitan kepada janin mudah berlaku disebabkan beberapa perkara saat kehamilan. Namun begitu, masalah ini dapat dicegah dengan pengambilan buah naga di mana ia boleh
menjana semula sel untuk rawatan luka yang seterusnya dapat menghalang jangkitan daripada berlaku.

#7. Buah Naga Untuk Ibu Hamil Dapat Mengurangkan Masalah Sembelit

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Wanita hamil sering kali berdepan dengan masalah kesukaran untuk membuang air besar. Pengambilan buah naga yang kaya dengan serat ini dapat membantu ibu hamil daripada masalah sembelit.

#8. Meningkatkan Paras Hemoglobin

Selain itu, zat besi dalam buah naga juga berupaya membantu meningkatkan kapasiti sel darah untuk membawa oksigen di mana keadaan ini seterusnya dapat meningkatkan tahap hemoglobin.

#9. Menyumbang Kepada Pembangunan Tulang Yang Sihat

Kandungan kalsium yang terdapat dalam buah naga dapat membantu dalam membentuk struktur tulang janin.

#10. Kesihatan Tulang dan Gigi

Kredit gambar: dentalcaregroup.com.au

Manakala kandungan fosforus dalam buah naga membantu dalam mengekalkan kesihatan gigi yang baik pada ibu.

#11. Buah Naga Untuk Ibu Hamil Dapat Mengurangkan Risiko Kelahiran Pramatang

Khasiat utama buah naga ialah magnesium di mana satu hidangan mengandungi kira-kira 40 mg magnesium, iaitu kira-kira 10% daripada RDI untuk wanita hamil. Ia penting untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

#12. Mengelakkan Hipertensi

Kandungan magnesium di dalam buah naga juga berupaya mengelakkan wanita hamil daripada mengalami hipertensi.

#13. Buah Naga Untuk Ibu Hamil Dapat Mencegah Kecacatan Bayi

Buah naga yang mengandungi kumpulan vitamin B kompleks dan folat mampu membangunkan sistem saraf serta tiub saraf kanak-kanak bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang gangguan semasa pertumbuhan.

#14. Cegah Masalah Preeklampsia

Kredit gambar: mamaschoice.id

Wanita hamil berisiko menghidap hipertensi di mana ia turut meningkatkan risiko preeklampsia. Pengambilan buah naga yang berupaya membantu tekanan darah berada pada tahap stabil serta gula dalam darah dapat merendahkan risiko ini.

#15. Mampu Cegah Kanser

Kredit gambar: www.news-medical.net

Dengan kandungan antioksidan, vitamin C, likopena, dan beta-karoten buah naga mencegah daripada penyakit kanser.

#16. Baik Untuk Ibu Yang Menghidap Diabetes Gestational

Buah naga dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah di mana ia sangat baik untuk ibu hamil yang mengalami masalah diabetes semasa sedang mengandung.

#17. Dapat Mengurangkan Risiko Keguguran

Kredit gambar: www.simplemost.com

Masalah keguguran juga dapat dielak, memandangkan buah naga mempunyai paras asid folik yang dapat memberi kekuatan pada janin.

#18. Buah Naga Untuk Ibu Hamil Dapat Meningkatkan Tahap Kesihatan

Buah naga mempunyai pelbagai khasiat dengan nutrien penting seperti vitamin C, serat, dan beta-karotena.

Semoga dengan perkongsian ini, anda semua akan mula mengambil buah naga untuk dimasukkan dalam diet harian.