Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tak Bahaya Pun Mommy! Ini Manfaat Buah Salak Untuk Ibu Hamil

Buah Salak Untuk Ibu Hamil

Kredit gambar: istockphoto

Apabila mengandung ni, pemakanan memang kena jaga Mommy. Tak boleh suka-suka makan macam sebelum ni.

Sebagai contoh, telur mentah dan sashimi memang tak boleh langsung. Selain daripada itu, buah-buahan segar pun bukannya semua jenis sesuai dengan badan kita Mommy.

Walaupun elok, ada sesetengah buah boleh menyebabkan adverse effect untuk badan kita ketika hamil. Ramai juga yang tertanya-tanya, buah salak untuk ibu hamil pula bagaimana – boleh ke tak, bahaya ke sama sahaja macam buah lain?

10 Kebaikan Buah Salak Untuk Ibu Hamil

Kalau orang yang ada penyakit lelah dan asma, mereka mungkin berjaga-jaga atau tak makan langsung buah salak. Jadi apabila hamil, mereka risau jika kesan pengambilannya sama atau lebih teruk, menjejaskan kehamilan mereka.

Sebenarnya, secara umum, buah salak ni banyak sangat manfaatnya untuk ibu hamil. Antaranya adalah:

#1. Meningkatkan imun sistem

Melalui perkongsian oleh Merdeka, kandungan vitamin dan antioksida dalam buah salak dapat meningkatkan imun sistem kita.

Apabila hamil ni, sistem imun kita rendah kan Mommy. Yelah.. badan sedang bekerja keras kan.

#2. Membantu pembentukan minda bayi yang cerdas

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Menurut thesnakefruit, buah salak ni mengandungi kandungan pectin yang tinggi. Bagusnya pectin ni Mommy, ia sangat membantu untuk membina sistem kecerdasan untuk bayi dalam rahim.

Rugilah kalau tak ambil manfaat padanya kan?

#3. Boleh melegakan rasa mual ibu mengandung

Selain daripada itu, rasa buah salak yang menyegarkan ini dapat membantu mengurangkan rasa mual ibu hamil.

Tapi jangan makan terlalu banyak ya Mommy. Pengambilan buah salak yang berlebihan pada satu masa boleh meningkatkan penghasilan asid perut.

Jadi terbalik pula kesannya nanti. Bersederhana adalah kuncinya ya!

#4. Sebagai memory booster yang hebat

Pectin yang kita bincangkan tadi, bukan sahaja dapat membantu perkembangan minda bayi yang cerdas tetapi bergabung dengan kandungan potassium dalam buah salak ini, ia menjadikan buah ini sebagai memory booster yang hebat.

#5. Membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan

Kalau Mommy kunyah buah salak ni, tentu Mommy boleh rasa kandungannya yang tinggi dengan fiber kan? Buahnya yang kaya dengan serat dan karbohidrat yang sihat dapat membantu Mommy untuk rasa kenyang.

#6. Baik untuk kesihatan mata

Di samping itu, buah salak juga kaya dengan beta-carotene. Seperti yang kita tahu, beta-carotene ini sangat bermanfaat untuk kesihatan mata.

Selain daripada lobak merah, buah salak pun antara buah yang ramai tak tahu, bagus untuk mata.

Kredit gambar: istockphoto

#7. Kawal penyakit kencing manis

Dalam perkongsian oleh YogaIQ, buah salak dipercayai dapat menurunkan tahap glukosa dalam darah kita. Ini sekali gus dapat mengawal penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis ketika hamil bukanlah isu kecil kan Mommy?

#8. Meredakan pedih ulu hati

Mommy yang mengandung memang faham sangat lah perasaan ni kan? Selalu je rasa pedih ulu hati ketika mengandung, terutamanya selepas makan.

Buah salak turut dikatakan dapat meredakan rasa pedih ulu hati Mommy. Betul ke?

#9. Bagus untuk kesihatan kardiovaskular

Kandungan potassium yang tinggi dalam buah salak juga baik untuk kesihatan kardiovaskular. Dalam kata lainnya, baguslah untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik.

#10. Bagus untuk usus dan penghadaman

Selain daripada kesihatan jantung, ia juga bagus untuk kesihatan usus dan penghadaman perut. Daripada perkongsian oleh Parenting healthy babies, buah salak mengandungi tanin yang dipercayai dapat merawat diarrhea dan ketidakhadaman makanan.

Asalkan dengan kuantiti yang sederhana, buah salak memang bermanfaat untuk kita!

Tips Untuk Makan Buah Salak Ketika Hamil

Kalau tak reti kopek kulitnya, boleh luka juga tangan tu Mommy. Kebersihan buah pun kena jaga. Jom amalkan cara ini untuk makan buah salak ketika hamil:

  1. Ambil tisu atau kain dan kopekkan kulit buah salak bermula dari muncung di atas.
  2. Bila dah terkopek elok, bolehkan kopekkan yang selebihnya gunakan jari je.
  3. Dah siap, basuh dengan bersih ya buah salak ni. Biasalah, buah ni secara umumnya memang berada di tanah dan tidak dibasuh oleh penjual untuk menjaga kesegarannya.
  4. Jika ada ulas buah yang nampak macam buruk atau tak segar, elakkan dari memakannya ya. Hanya makan yang segar sahaja. Risau jika ada serangan bakteria ke apa.
Kredit gambar: istockphoto

Buah Salak Untuk Ibu Hamil

Yang penting Mommy, kita kena cuba sendiri dan tengok sama ada sesuai ke tak dengan badan kita. Cuba seulas dua dahulu dan tengok kesannya.

Lain orang lain penerimaan sistem badannya. Kalau rasa serasi, bolehlah amalkan pengambilan buah salak ketika hamil. Begitu banyak manfaatnya, rugilah kalau tak hargai buah tempatan kita!


Lihat pelbagai khasiat buahan untuk ibu hamil yang lain di SINI.