Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Jenis Buah Untuk Ibu Mengandung Yang Penuh Khasiat Penting – Yang Mana Satu Pilihan Mommy?

buah untuk ibu mengandung

Kredit gambar: jovee.id

Penjagaan diri semasa mengandung amatlah penting bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi terpelihara. Selain mengambil makanan sihat dan kekal hidrat, pilihan buah untuk ibu mengandung yang betul juga dapat menjamin kesihatan yang berterusan terutama untuk bayi dalam kandungan.

Oleh itu, bagi memastikan kesihatan Mommy dan bayi terpelihara, di bawah ini merupakan 20 jenis buah-buahan yang boleh diambil bagi memastikan tubuh mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Jom lihat!

Jenis Buah Untuk Ibu Mengandung

#1. Buah Pisang Untuk Ibu Mengandung

Pisang sangat kaya dengan vitamin B6, C, kalium, serta tinggi kandungan serat. Dapat mengurangkan rasa mual atau loya diawal kehamilan dan membantu mengatasi masalah sembelit.

#2. Buah Aprikot Elak Pelbagai Komplikasi

Highlighted

Kredit gambar: www.beingtheparent.com

Potassium, vitamin A, kalsium, beta-karotena, lutein dan zeaxanthin dalam aprikot bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan, memperbaiki kesihatan mata, memelihara kulit, pencernaan, hati, jantung, mengelak anemia, masalah tulang, mengawal tekanan darah, dan membantu badan dari hidrasi.

#3. Buah Naga Untuk Ibu Mengandung

Buah naga mengandungi kalsium yang mampu menguatkan tulang dan gigi, meningkatkan hemoglobin, mengurangkan risiko anemia kerana mempunyai zat besi dan vitamin C. Serat yang tinggi dapat menghindarkan sembelit yang teruk.

#4. Buah Jambu Batu

Kredit gambar: food.grab.com

Vitamin B3 dan B6 membantu meningkatkan kesihatan otak janin dan membantu ibu hamil supaya lebih fokus. Vitamin C meningkatkan sistem imun untuk melawan pelbagai penyakit dan jangkitan. Kalium membantu mengekalkan tekanan darah dan mengurangkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang. Vitamin A menambah daya penglihatan selain mencegah risiko buta.

#5. Beri Goji

Kredit gambar: malaysia-beauty.com

Beri goji sangat tinggi antioksidan, vitamin dan mineral seperti vitamin A dan C, zat besi, serat, karbohidrat, protein, dan asid amino. Ia membantu mengatasi rasa loya di waktu pagi, mengawal berat badan, mengelakkan anemia, dan mengawal kestabilan gula dalam darah.

#6. Buah Oren Untuk Ibu Hamil

Kredit gambar: www.halodoc.com

Oren membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang kerana ia mengandungi vitamin B dan C yang berguna sebagai antioksidan untuk melindungi sel, serta membantu penyerapan zat besi dan air di dalan tubuh.

#7. Buah Delima Makanan Sunnah

Kredit gambar: afoodcentriclife.com

Vitamin K yang bagus untuk mengekalkan kesihatan tulang, menurunkan risiko kecederaan pada plasenta dan sumber kalsium, zat besi, protein, folat dan serat yang boleh mengurangkan masalah sembelit.

#8. Buah Mangga Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: fairchildgarden.org

Mengandungi vitamin A dan C yang boleh meningkatkan sistem imun bayi dan mengurangkan risiko komplikasi semasa melahirkan bayi.

#9. Buah Avokado

Kredit gambar: www.jessicagavin.com

Kaya dengan vitamin B, C, E dan K, serat, kolin, serta asid lemak tidak tepu. Ia baik untuk perkembangan saraf dan otak bayi.

#10. Buah Pir Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: mbg.com.my

Mengandungi serat, folat dan kalium yang menghalang kerosakan tiub neural yang mengakibatkan keabnormalan pada tulang dan otak bayi.

#11. Buah Kiwi Kaya Folate

Kredit gambar: snaped.fns.usda.gov

Kaya dengan folate yang baik untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang bayi.

#12. Buah Epal Penuh Serat

Kredit gambar: bluejeanchef.com

Mengandungi kandungan serat yang baik untuk usus dan mengatasi masalah sembelit.

#13. Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil

Kredit gambar: www.simplyrecipes.com

Kandungan mineral dan air serta magnesium membantu tubuh dari hidrasi dan meregangkan otot ibu.

#14. Kekal Sihat Dengan Buah Kurma

Kredit gambar: blog.myfitnesspal.com

Kaya dengan zat besi bagi mencegah anemia. Mengandungi kalium yang membantu keseimbangan cairan di dalam tubuh. Buat susu kurma pun sedap tau!

#15. Buah Anggur Banyak Kebaikan Buat Ibu Hamil

Kredit gambar: www.wholefoodsmarket.co.uk

Mengandugi sumber magnesium untuk memberi rasa lega terhadap kekejangan. Kandungan seratnya mengurangkan masalah penghadaman.

#16. Buah Strawberi Penuh Pelbagai Khasiat

Kredit gambar: www.thesnack.net

Tinggi protein, karbohidrat, potasium, vitamin B9 dan C, serat, dan zat besi. Ia membantu menambah tenaga, mencegah anemia, daya ketahanan badan, kecacatan kelahiran, memperlahankan serapan gula, dan mengatasi rasa loya.

#17. Buah Plum Untuk Cegah Komplikasi Semasa Hamil

Kredit gambar: www.stylecraze.com

Mengandungi vtamin A, C dan E. Ia dapat mencegah kelahiran bayi pramatang, meningkatkan daya ketahanan tubuh, menguatkan tulang, mengawal tekanan darah, kesihatan jantung dan membantu penyerapan zat besi bagi mencegah komplikasi semasa hamil.

#18. Buah Nona Baik Untuk Ibu dan Bayi

Kredit gambar: www.impiana.my

Vitamin A dan C membantu menjana perkembangan bayi dengan baik. Sumber zink mencegah bayi lahir pramatang. Vitamin B6 di dalamnya pula sangat berkesan menangani masalah ‘morning sickness’.

#19. Buah Limau Gedang

Kredit gambar: www.lazada.com.m

Mengandungi zat besi yang boleh mengatasi anemia, asid folik mampu mengelak kecacatan janin serta mengurangkan sembelit.

#20. Buah Ceri Penuh Pelbagai Khasiat Penting

Kredit gambar: www.idntimes.com

Bersifat antioksidan menbantu menguatkan tubuh. Kandungan kalium mengatasi masalah kaki kejang dan kaki bengkak. Manakala Vitamin B dan folat pula membantu perkembangan sistem saraf dan otak janin.

Oleh itu, bagi memastikan diri dan bayi dalam kandungan selamat dari sebarang komplikasi serius, Mommy sewajarnya mengambil buah-buahan dengan kerap agar segala nutrien dapat diserap dengan sempurna.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu mengandung agar lebih sihat dan ceria.


Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi panduan pemakanan ketika hamil yang lain dengan klik di SINI!