Ibu, Bayi & Kanak Kanak

13 Jenis Buaian Baby Terbaik Di Malaysia

buaian bayi terbaik

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita untuk membeli buaian baby apabila baru melahirkan bayi atau pun terdapat bayi di dalam rumah.

Sememangnya tak dapat dinafikan fungsi buaian bayi ini yang banyak meringankan beban Mommy terutama ketika ingin menenangkan bayi daripada menangis dan merengek.

Pemilihan buaian yang tepat dan berkualiti terbaik akan membuatkan bayi lebih selesa untuk duduk dan membuatkannya rasa lebih tenang.

Oleh itu, melalui perkongsian kali ini, kami senaraikan 13 jenis buaian baby yang tahan lasak dan sesuai digunakan oleh bayi Mommy.

Senarai Buaian Baby Terbaik dan Tahan Lasak

#1. POPO Baby Electronic Baby Cradle

Highlighted

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Sangat sesuai untuk semua jenis rangka buaian dan motornya juga sangat tahan lasak dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Tahap kelajuan yang boleh dilaras, selamat dan mudah untuk dipasang.

#2. Golden Baby Electronic Baby Cradle

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Buaian ini mempunyai daya ketahanan yang sangat baik dan turut dibekalkan dengan remote yang boleh mengawal timer, volume muzik serta kelajuan buaian.

#3. POLARIS Electronic Baby Cradle

Kredit gambar : www.sikecilku.com

POLARIS Electronic Baby Cradle ini mempunyai waranti selama 1 tahun dan telah mendapat kelulusan European dan Malaysia standard. Tahap kelajuannya turut boleh dilaras.

#4. Sayang Baby Electronic Cradle

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Buaian jenis ini sangat sesuai untuk semua jenis rangka buaian serta selamat digunakan dan ianya juga sangat mudah untuk dipasang. Tahap kelajuannya turut boleh dilaraskan.

#5. PIN PIN Baby Electronic Baby Cradle

Kredit gambar : www.sikecilku.com

#6. Butterfly Electronic Baby Cradle

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Butterfly Electronic Baby Cradle mempunyai daya ketahanan yang baik dan mempunyai waranti selama 1 tahun.

#7. GOGO Baby Electronic Baby Cradle

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Buaian jenis ini pula sangat sesuai untuk semua jenis rangka buaian, ianya selamat dan sangat mudah dipasang. Tahap kelajuannya juga boleh dilaraskan.

#8. MKB Baby Auto Swing Leaf Bouncer (PDB03/SY608)

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Buaian berayun automatik ini mempunyai lima kelajuan, alat kawalan jauh, bluetooth yang mudah digunakan. Turut dilengkapi dengan muzik stereo berkualiti tinggi dengan muzik kord yang lebih baik untuk mengembangkan ketajaman pendengaran bayi anda.

Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk tali pinggang keledar tiga mata bagi melindungi pusat graviti bayi dengan seimbang serta panjang tali boleh laras. Ia boleh menampung berat sehingga 20kg dan sesuai untuk bayi yang berumur 0 hingga 24 bulan.

#9. Mastela Baby Auto Swing Leaf Electric

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Buaian jenama Mastela ini sangat sesuai buat si manja kerana mempunyai tempat sandar yang boleh diubah dengan 3 posisi iaitu untuk makan, main dan tidur.

Ia juga dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, jaring nyamuk, muzik, port usb serta mainan dan mempunyai 5 tahap kelajuan yang juga boleh diubah mengikut kesesuaian si manja.

Mastela Baby Auto Swing Leaf Electric boleh beroperasi menggunakan direct power supply dan bateri “AA”.

#10. Denver Series Auto Swing

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Buaian ini sangat sesuai buat bayi yang berumur 0 hingga 36 bulan. Ia direka dengan rekaan 3 sokongan belakang yang boleh dilaras dan menggunakan breathable fabrik mesh agar si manja anda sentiasa berada dalam keselesaan.

Selain itu, buaian ini turut dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan serta jaring nyamuk dan kain yang mudah ditanggalkan jika mahu mencuci.

Denver Series Auto Swing mempunyai 5 tahap kelajuan dan turut dilengkapi bluetooth bagi pemasangan lagu buat si manja.

#11. Electric Baby Swing Mastela

Kredit gambar : www.sikecilku.com

Electric Baby Swing Mastela dilengkapi dengan 5 mod kelajuan serta mempunyai 3 mod masa. Ianya boleh dilipat bagi memudahkan proses penyimpanan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan 7 jenis lagu dan mainan bagi menambah keseronokan dan keasyikan buat si manja anda. Buaian ini mempunyai dua posisi yang boleh diubah dan menggunakan direct power supply atau boleh juga menggunakan bateri. Ia boleh menampung berat sehingga 11kg.

#12. Preego Breezy Baby Swing

Kredit gambar : pregobaby.com.my

Buaian jenis ini mempunyai fungsi auto swing dan ianya boleh dilaraskan. Ianya sangat sesuai untuk bayi yang berumur 0 hingga 9 bulan dengan berat maksimum 15kg.

Produk yang berkualiti tinggi ini diiktiraf dengan kelulusan oleh European Standard. Preego Breezy Baby Swing dilengkapi mod muzik, remote control, jaring nyamuk dan juga mainan.

#13. Bright Starts Buzzy Bloom Portable Swing

Kredit gambar : shopee.com.my

Bright Starts Buzzy Bloom Portable Swing mempunyai enam kelajuan di mana ianya boleh dilaraskan dan menggunakan kuasa bateri bagi fungsi untuk membuai serta memainkan muzik.

Selain itu, kekuatan muzik yang dimainkan juga dapat dikawal dengan enam kawalan bunyi. Malah, buaian ini turut menyediakan kusyen kepala dan kusyen badan yang sangat selesa dan boleh dicuci. Jom baca kebaikan, risiko dan tips tentang penggunaan buaian bayi!