Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini Sebab Kenapa Buang Air Besar Kali Pertama Selepas Bersalin Lebih Sakit

Masalah gangguan untuk membuang air besar atau sembelit selepas bersalin adalah normal bagi kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak.

Sembelit selepas melahirkan anak biasanya berpunca daripada faktor yang berbeza seperti melibatkan sistem pencernaan sejak lahir, perubahan hormon, ubat selepas bersalin, dehidrasi atau rasa takut jahitan bersalin pada faraj akan terkoyak.

Bukan setakat mengalami sembelit tapu ia juga boleh mengganggu emosi Mommy semasa berpantang disebabkan oleh ketidakselesaan pada perut yang boleh mengakibatkan terjadinya kesan-kesan lain pada kesihatan seperti refluks, buasir dan sebagainya.

Punca Masalah Sembelit Selepas Melahirkan Anak

1. Mommy sudah dah ada sembelit

Mommy berisiko untuk mengalami sembelit selepas beranak jika sudah ada sembelit sejak sebelum mengandung lagi.

Kalau Mommy selalu amik vitamin tambahan dan badan selalu terhidrasi (tak cukup air), memang mudah untuk terkena sembelit.

2. Mengalami koyakan faraj

Highlighted

Kredit Gambar: hellodoktor.com

Kalau faraj Mommy banyak koyak, kesakitan untuk membuang air besar boleh jadi mimpi ngeri seumur hidup.

Ada 4 jenis koyakan ketika bersalin yang anda perlu ketahui:

Tahap 1

Koyak dinding faraj dan bahagian perineum. Jahitan mungkin perlu atau tidak bergantung kepada saiz.

Tahap 2

Koyakan melibatkan otot perineum. Perlu dijahit

Tahap 3

Koyakan melibatkan sfinkter anus (otot sekeliling lubang dubur). Perlu baiki melalui pembedahan

Tahap 4

Koyakan melibatkan anus (lubang dubur) dan dinding rektum. Perlukan dibaiki melalui pembedahan.

3. Tak ambil ubat lembutkan najis

Untuk Mommy yang takut mengambil ubat kemungkinan akan taknak mengambil ubat pelembut najis.

Namun, jika mengalami koyakan faraj teruk  iaitu tahap 3 atau 4, mengalami buasir, sedang mengambil suplemen zat besi untuk anemia atau sebarang ubat sakit narkotik perlu makan ubat pelembut najis.

4. Tempat jahitan yang sakit

Jaga jahitan dan kawasan luka di bawah dengan sebaiknya untuk mengelaknya daripada meradang.

Mommy perlu menahan sakit selama beberapa hari dan kalau luka itu lambat sembuh atau faraj Mommy telah koyak teruk, mungkin perlu menahan sakit sehingga beberapa minggu.

5. Faraj kembang dan sakit

Meskipun faraj tidak terkoyak, faraj anda mungkin kembang dan akan rasa sakit di kawasan dubur.

Punca Gangguan Kebimbangan Selepas Bersalin 

1. Alami tekanan perasaan 

Tekanan perasaan yang melampau akan mencetuskan kemurungan. Oleh itu, Mommy perlu cuba untuk sering meluahkan apa sahaja kepada pasangan atau ahli keluarga yang terdekat.

Jangan terus memendam perasaan seorang diri kerana ia akan menyebabkan kemurungan lebih teruk.

2. Faktor genetik 

Berkemungkinan masalah ini adalah berpunca dari faktor genetik, risiko lebih besar jika ada daripada ahli keluarga pernah mengalami masalah ini.

3. Trauma

Trauma ialah peristiwa buruk yang pernah dialami. Keadaan tidak menyenangkan pernah berlaku kepada diri ibu menyebabkan risiko peningkatan gangguan kebimbangan berlaku.

Tips Elak Sembelit Ketika Berpantang

1. Minum air suam secukupnya

Badan memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Sembelit ketika berpantang adalah salah satu petanda kurangnya air di dalam badan.

Pastikan minum air yang banyak dan disarankan minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari. Menyusukan bayi boleh buat ibu dahaga.

2. Makan makanan berserat tinggi 

Makanan berserat tinggi membantu meningkatkan pergerakan usus dan melawaskan penghadaman. Ia juga membantu untuk melembutkan najis supaya anda tidak perlu meneran dengan teruk semasa membuang.

Makanan berserat tinggi adalah seperti bijirin penuh (wholegrains), kekacang, beras perang, buah-buahan segar dan sayur-sayuran elok diamalkan dalam diet seharian anda.

Ambil makanan ini bersama makanan lain untuk mengelakkan gas berlebihan.

3. Banyakkan bergerak

Duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Amalan gaya hidup aktif dapat melegakan masalah pencernaan seperti sembelit atau kembung perut. Ia juga membantu tubuh untuk menyerap nutrien dengan lebih berkesan.

Aliran darah akan meningkat ke semua otot badan kita apabila kita bersenam. Ini secara tidak langsung akan menjadikan otot-otot dalam sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik. Jadi makanan pun akan terproses dengan lebih cepat.

4. Lambat ke tandas

Jangan lambat ke tandas dan elakkan meneran terlalu kuat atau ia boleh menyebabkan buasir.

5. Kedudukan membuang air besar

Elakkan tandas mencangkung, kerana ia boleh menyebabkan anda berasa lebih takut jahitan akan terbuka. Sebaliknya, pilih tandas duduk dan letakkan kaki di atas bangku kecil.

Ikuti petua-petua di bawah ketika menggunakan tandas duduk:

  • Duduk sepenuhnya. Jangan bertenggek di atas tandas. Jangan juga terus mencangkung kerana badan belum masih kuat.
  • Luruskan dan bongkokkan badan berulang kali untuk membantu menggerakkan otot-otot perut anda.
  • Letak kaki di atas bangku kecil ataupun jengketkan kaki supaya lutut lebih tinggi daripada kedudukan pinggul.
  • Pada masa yang sama, letakkan siku di atas lutut.

Semoga perkongsian ini membantu Mommy untuk lebih bersedia dan dapat menjaga kesihatan diri selepas bersalin.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan lebih banyak tips dan ilmu untuk kesihatan ibu semasa penjagaan dalam pantang di SINI.