Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui Simptom dan 7 Petua Cegah Buasir Ketika Mengandung

buasir ketika mengandung

Kredit gambar: www.happiestbaby.com

Wanita hamil seringkali mengalami masalah sembelit atau pun buasir ketika mengandung bahkan sehingga penyakit itu menjadi teruk kerana tidak dirawat. Mommy tahu tak apa itu buasir?

Buasir adalah satu penyakit dimana salur darah vena membesar di bahagian rektum dan dubur yang membawa masalah radang atau bengkak. Buasir terbahagi kepada dua iaitu buasir luaran dan buasir dalaman.

Tapi Mommy jangan risau kerana buasir tidak mengganggu atau menjejaskan kehamilan Mommy, ia mungkin akan memberikan rasa tidak selesa sahaja.

Buasir untuk ibu mengandung selalunya berlaku pada trimester kedua atau trimester ketiga kehamilan, namun ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

3 Simptom Buasir Ketika Mengandung

Highlighted

Kredit gambar: www.momentoftruthpt.com

Berikut merupakan beberapa simptom buasir ketika hamil iaitu:

  • Keluar darah semasa membuang air besar.
  • Selalu sembelit.
  • Rasa sakit, pedih dan gatal pada bahagian dubur.

7 Petua Cegah Buasir Ketika Mengandung

Berikut adalah petua untuk Mommy mencegah buasir semasa mengandung iaitu:

#1. Menjaga Makan dan Minum untuk Elakkan Buasir Ketika Mengandung

Untuk ibu mengandung, penjagaan makanan dan minuman sangatlah penting. Mommy mestilah sekurang – kurangnya minum 8 gelas air setiap hari. Untuk makanan pula haruslah makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur dan buah.

#2. Jangan Terlalu Meneran

Ketika Mommy hendak membuang air besar, pastikan untuk tidak terlalu meneran dengan paksa. Kerana ia akan berkemungkinan akan menyebabkan buasir.

#3. Banyakkan Bergerak

Kredit gambar: hlsimsurgery.com.sg

Seterusnya, Mommy perlu banyak bergerak contohnya seperti berjalan dan melakukan senaman ringan yang mudah. Jangan duduk terlalu lama, ia sangat tidak elok untuk kesihatan Mommy.

#4. Segera ke Tandas

Yang keempat, sekiranya Mommy merasakan seperti hendak membuang air besar, Mommy perlu segera ke tandas. Banyak keburukkan yang akan berlaku sekiranya menahan daripada membuang air, contohnya ialah sembelit dan akan berlaku buasir.

#5. Gunakan Pek Ais Mampu Kurangkan Sakit Buasir Ketika Hamil

Sekiranya Mommy mengalami masalah buasir, Mommy boleh menggunakan pek ais. Kegunaan pek ais adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan menghentikan pendarahan sekaligus mengecutkan urat dan tisu yang membengkak. Ia juga dapat melegakan buasir luaran hanya dalam beberapa minit.

#6. Mengambil Supplement Tambahan

Selain itu, Mommy juga boleh mengambil supplement tambahan. Supplement yang sesuai untuk buasir ialah seperti supplement serat. Kebaikan supplement tambahan ini ialah akan mengurangkan pendarahan dan keradangan buasir.

#7. Dapatkan Nasihat Doktor

Sekiranya buasir Mommy masih tidak sembuh, sebaiknya Mommy berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihatnya. Doktor akan memberikan ubat yang sesuai untuk Mommy.

Petua Merawat Buasir Ketika Mengandung Secara Tradisional

Kredit gambar: glamyohealth.in

Buasir juga boleh dirawat dengan menggunakan cara tradisional. Caranya adalah seperti berikut:

  • Minum air rebusan akar pokok pulasan.
  • Rendam bahagian dubur dalam air suam, boleh juga rendam dalam campuran cuka epal dan air.
  • Sapukan gel lidah buaya (aloe vera).

Buasir tidak hanya menyerang ibu hamil, individu lain juga boleh mendapat penyakit ini. Semoga petua yang Mommy kongsikan kali ini bermanfaat kepada semua orang terutamanya ibu mengandung.

Mommy juga boleh mendapatkan panduan dan nasihat pakat dengan menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Dapatkan pelbagai info untuk kesihatan Mommy semasa mengandung di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.