Ramai ibu yang mengalami atau berhadapan dengan masalah buasir selepas bersalin dan sebelum mengandung lagi. Dalam perubatan, buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur.
Masalah akan terjadi sekiranya ia membengkak dan menjadi radang.
Kebiasaannya, buasir akan mula hilang setelah anda melahirkan bayi dan terdapat beberapa kes di mana ibu hamil masih lagi mempunyai buasir walaupun telah melahirkan bayi.
Mengapa ini terjadi?
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi, jom lihat perkongsian di bawah ini!
Highlighted
Ini Yang Bakal Ibu Harus Tahu Mengenai Buasir Selepas Bersalin
Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai buasir ketika hamil. Rujuk di bawah:
Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. Buasir dalaman terjadi apabila salur darah vena membengkak di lapisan dalam rektum.
Orang yang menghidap buasir jenis ini akan mengalami pendarahan semasa membuang najis tetapi tidak berasa sakit serta terdapat unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar.
Manakala, buasir luaran ialah salur darah vena yang bengkak di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Buasir jenis ini sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar.
Punca Buasir
Buasir adalah penyakit yang sering terjadi kepada masyarakat kita tanpa mengira umur. Ini termasuklah wanita selepas bersalin. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan buasir selepas bersalin.
Antaranya ialah:
- dehidrasi (jurang air kerana amalan pantang)
- peningkatan saiz rahim semasa hamil
- peningkatan berat badan semasa hamil
- buasir semasa hamil
- sembelit selepas melahirkan
- meneran semasa proses melahirkan
Rawatan Buasir Selepas Bersalin Dengan Langkah Mudah
Menjadi satu igauan ngeri bagi ramai ibu baru melahirkan untuk membuang air besar terutamanya yang melahirkan secara normal.
Tiada buasir pun sudah cukup menakutkan apatah lagi jika mempunyai buasir selepas bersalin. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menghadapi buasir selepas bersalin. Antaranya ialah:
#1. Makanan yang Tinggi Serat
Makanan yang tinggi serat ini akan membantu melancarkan penghadaman dan mengelakkan cirit birit yang juga boleh menyebabkan maslaah buasir. Antara makanan yang tinggi serat ialah seperti roti, wholemeal, beras perang, oat, barli, sayur dan buah.
#2. Rawat Buasir Selepas Bersalin dengan Minum Air Kosong Secukupnya
Pentingnya untuk minum air yang secukupnya. Ini kerana air kurang dalam badan boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan membawa kepada buasir.
Apabila air cukup, ianya membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus. Ini akan memudahkan Mommy untuk membuang dan tidak perlu meneran semasa membuang air besar.
#3. Tuam di Kawasan Buasir
Jika Mommy berasa sakit, gunakan kaedah tuaman pada tempat buasir untuk mengurangkan rasa sakit. Selain itu, radang pada bengkak juga dapat dikurangkan. Kaedah ini sesuai untuk buasir luaran.
#4. Elakkan Meneran
Jika Mommy meneran semasa membuang air besar ini akan memberi tekanan kepada salur darah di dubur. Memberi tekanan secara berterusan akan menyebabkan salur darah membengkak dan buasir menjadi lebih teruk.
#5. Jangan Tahan Jika Ingin Membuang Air Besar
Elakkan dari menahan dari membuang air besar. Tindakan Mommy menahan dari membuang air besar akan memburukkan lagi keadaan buasir Mommy kerana usus menyerap air daripada najis.
Jika Mommy rasa ingin membuang air besar terus pergi ke tandas.
#6. Rawat Buasir Selepas Bersalin Dengan Stool Softener (ubat pelembut najis)
Mommy juga boleh gunakan stool softener (ubat pelembut najis) tetapi perlulah merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Stool softener membantu melembutkan najis dan Mommy tidak perlu meneran semasa membuang air besar.
#7. Elakkan Duduk dengan Lama
Tekanan pada urut dubur akan berlaku sekiranya Mommy duduk terlalu lama. Posisi terbaik ialah berbaring.
#8. Rawat Buasir Selepas Bersalin dengan Witch Hazel
Penggunaan witch hazel ini dikatakan mampu mengurangkan bengkak dan memberikan rasa yang melegakan. Simpan di dalam peti ais dan gunakan tisu kapas untuk sapu di bahagian yang sakit.
#9. Gunakan Bantal untuk Duduk
Gunakanlah bantal berbentuk seperti donat untuk membantu Mommy duduk. Bantal berbentuk donat ini membantu mengurangkan tekanan pada urat dubur.
#10. Senaman Kegel
Senaman kegel ini akan meningkatkan peredaran darah pada bahagian rektum, kuatkan otot di sekitar dubur dan kurangkan risiko masalah buasir.
Buasir ini tidaklah berbahaya namun akan mengundang rasa tidak selesa kepada pesakit. Mommy boleh cuba cara di atas di samping mendapatkan rawatan dari doktor.
Semoga dengan perkongsian ini, masalah buasir yang dialami Mommy selepas mengandung akan pulih sepenuhnya. Sekiranya masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda ia ingin pulih, adalah lebih baik Mommy pergi mendapatkan nasihat dan rawatan doktor.
Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my.
Dapatkan pelbagai tips kesihatan serta panduan perubatan yang lain di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.