Jimat wang, masa perut kecil anak anda dengan membuat plastasin dan cat anda sendiri.
Highlighted
Jika anda pernah melihat tangan kanak-kanak ketika mengecat, anda tahu samaada perlu memakai pakaian lama atau lakukan di luar rumah dari zon percikkan cat. Apabila Picasso kecil menggunakan 1 cawan cat per inci kertas persegi, anda perlu ada banyak bekalan seni di tangan. Ini bermakna anda perlu mengeluarkan banyak duit untuk membeli barang-barang seni (walaupun banyak bekalan seni yang ada dalam jenis tiada toksik ia masih membuatkan kita kurang yakin mengatahui anak kita memakan bahan misteri seperti plastasin, biskut palsu tanpa kita sedari) dan jangan bagi saya mulakan pada semua bungkusan yang masuk dalam tong sampah!
Bagaimana jalan menyelesaiannya? Anda boleh buat sendiri bekalan seni alam sekitar dan tiada toksik di dapur anda. Anda akan merasakan anda adalah super mom apabila anda dapat menjimatkan duit, masa, dan (perut anda ) kerana anda tahu apa mereka lakukan dan kebanyakkan resepi ini dapat menjimatkan masa dari anda pergi ke pasaraya.
klik disini untuk dapatkan barang yang murah
Plastasin buatan sendiri
Bukan sahaja plastasin ini boleh dimakan ( walaupun ia tidak sedap), tapi ia boleh dibuat dalam masa 10 minit dan akan tahan lebih lama dari plastasin yang beli di pasaraya. Mudah disimpan di bekas plastik, beg yang boleh ditutup semula atau simpan dalam bekas plastik kitar semula( selepas dikeringkan). Jika plastasin anda mula kering atau biar ia terdedeah terlalu lama, anda Cuma campurkan sedikit air dan ia akan jadi seperti plastasin yang baru.
Bahan-bahannaya:
– 1 cawan tepung
– 1 cawan air
-2 sudu krim tartar
– 1/3 cawan garam
– 1 sudu minyak sayur
– pewarna
Hasilnya: ia sama banyak seperti 2 ke 3 bekas dari pasaraya. Boleh potong setengah jika anda mahu buat kuantiti kecil untuk dapatkan pelbagai warna.
Cara-cara
Dalam periuk untuk 2 liter kegunaannya, campurkan tepung , krim tartar dan garam. Kemudian campurkan air dan miyak sayur. Nyalakan api kepada sederhana/rendah dan kacau sentiasa untuk 1 ke 2 minit, sehingga ia agak lembut sebati. Campurkan pewarna sehingga warna yang dikehendaki dan terus kacau sehingga doh tersebut menjadi pekat. Teruskan kacau doh tersebut sehingga ia menjadi ketulan yang besar pada sudu, kebiasaannya ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 ke 2 minit selepas pewarna dicampurkan. Keluarkan doh tersebut dan biarkan ia sejuk di atas kertas wax. Selepas ia sudah disejukkan, uli doh tersebut untuk membuang ketulan yang ada.
Mentega kacang plastasin
Kepada anak yang perlu ada rasa pada plastasin mereka, cuba hasilkan versi mentega kacang yang lazat supaya anda boleh mengabungkan masa main dan masa snek. Pastikan mereka mencuci tangan mereka dahulu.
Bahan-bahannya
-1 cawan mentega kacang krim
-2 cawan sebuk gula
-½ cawan madu
Cara-cara
Campurkan ketiga- tiga bahan tersebut sehingga sebati. Biarkan ia sejuk dan bentukkan doh anda, gunakan pemotong biskut atau menghiasi dengan makanan ringan lain seperti pretzel, cokat atau gummy bears.
klik disini untuk dapatkan barang yang murah
Cat jari
Bahan-bahan:
-2 cawan tepung putih
-2 cawan air sejuk
-Pewarna
Cara-cara:
Tuang air sejuk ke mangkuk yang besar. Dengan perlahan kacau dengan sebati, bahagikannya ia ke dalam mangkuk yang kecil untuk campurkan pewarna mengikut citarasa anda.
Cat air
Cat air ini sangat murah dan boleh buat hampir apa-apa warna atau bau anak anda suka. Dapatkan campuran minuman tanpa gula kerana air gula boleh membuat keadaan menjadi melekit.
Bahan-bahan
–air panas
-serbuk air tanpa gula tanpa rasa atau warna
Cara-cara
Ambil satu sudu serbuk air dalam mangkuk dan tambah sedikit air panas sehingga serbuk sudah larut dan cat yang anda mahu perlu konsisten. Tambah lagi serbuk tersebut untuk pekatkan lagi cat dan tambahkan air lagi untuk cairkan cat tersebut. Campuran perisa dalam campuran minuman untuk mendapatkan aroma dan warna yang baru. Hasil seni anak anda akan berbau seperti buah-buahan selepas ia kering.
Bermain dengan makanan anak anda ( finger paint)
Perubahan cat jari yang boleh dimakan adalah lebih menyeronokkan untuk anak anda yang berumur lebih kurang 1 tahun yang masih mengenal makanan, tekstur dan makanan sendiri. Tidak perlu menggunakan kertas, biarkan mereka ‘cat ‘ di dulang kerusi yang tinggi. Selain itu juga boleh cat dengan berus dan terus letakkan mereka di tab mandi, tetapi anda perlu membilas dahulu apabila mereka sudah selesai.
Bahan-bahan
– yogurt kosong pudding vanilla
– pewarna, serbuk campuran minuman, serbuk coco, warna jus buah yang terang
Cara-cara
Masukkan yogurt atau pudding ke dalam bekas dengan jumlah yang anda mahu,campuran pewarna , serbuk campuran minuman. Anda boleh lakukan resepi ini sendiri. Anda kehabisan pewarna? Pudding coklat boleh digunakan. Anda mahu cat berbau wangi? Campurkan sebuk campuran minuman sebagai ganti pewarna. Anda lebih suka pewarna makanan semula jadi? Cuba campurkan jus bit, jus lobak merah , jus anggur dan makanan bayi puri yogurt. Berseronoklah!