Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Arwah Jarang Makan Rambutan, Tapi Bila Makan, Meragut Nyawanya”

Tercekik-Rambutan

credit: Berita Harian

Siapa sangka sebiji rambutan dapat meragut seorang nyawa kanak-kanak. Kejadian berlaku di Jitra, Kedah. Murid tahun satu tersebut dipercayai meninggal dunia kerana tercekik buah rambutan ketika berjalan kaki untuk menemui ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, di Jitra, petang semalam.

Highlighted

credit: Kosmo

Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd. Fairuz menanti ibunya yang merupakan seorang guru di sekolah menengah berkenaan habis bertugas.

Mangsa yang merupakan pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok yang terletak bersebelahan dengan sekolah menengah tempat ibunya bertugas.

Arwah Tak Berapa Suka Makan Rambutan

Arwah sebelum ini tak berapa suka makan rambutan, tetapi tak sangka hari ini dia makan sehingga meragut nyawanya,

kata Mohd Fairuz Zaiyadi, 37, bapa kepada murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok yang meninggal dunia akibat tercekik buah rambutan petang semalam.

Tak banyak nampak perubahan pada diri arwah sebelum ini cuma saya agak terkejut apabila dimaklumkan dia makan rambutan kerana sebelum ini dia tidak suka sangat, cuma kadang-kadang saja makan.

“Mungkin ajalnya sudah sampai dan arwah seorang anak yang baik,” katanya.

Credit: Berita Harian

Rebah Selepas Makan Rambutan

Bagaimanapun, mangsa dilihat rebah oleh guru yang kebetulan melalui kawasan itu dan berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, dia dipercayai makan buah rambutan ketika berjalan.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Changlun sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata mangsa kemudian dihantar ke sebuah klinik kesihatan di Changlun, namun doktor memaklumkan dia perlu dirujuk ke Hospital Jitra.

Meninggal Dunia Dalam Perjalanan

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, guru kelas kepada mangsa, Sharfiza Shamsir Alam berkata mangsa merupakan seorang  murid yang sangat baik dan berdisiplin sehingga membolehkannya dilantik menjadi ketua kelas.

Al-Fatihah.

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!