Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Budak Sekarang Ramai yang Tiada Adab? – Ada Caranya Untuk Mengajar Mereka

credit: Popsugar

Zaman sekarang ni ramai budak-budak yang tak reti nak hormat orang tua dan tiada adab kan? Kalau dulu memang susah nak jumpa budak yang macam ni. Semua sopan je.

Sekarang ni ada sesetengah budak yang pergi rumah orang memang langsung takde adab. Berlari-lari dalam rumah, buat rumah orang bersepah, tak reti nak cakap elok-elok dengan orang tua, ada tu siap tengking orang yang tegur kesalahan dia.

Highlighted

credit: Parenting

Nak-nak masa raya hari tu, ada je ramai komen yang ada budak-budak yang datang rumah beraya ni agak takde adab.

Ini adalah contoh komen-komen panas di Twitter tentang budak-budak zaman sekarang.

Kenapa jadi macam ni? Ada yang salahkan ibubapa, ada netizens panggil budak-budak ni sebagai “monyet”, dan ramai yang agak melenting sebab tak elok nak panggil anak orang “monyet’. Mungkin tuan rumah yang kena pecahkan tv plasma tu sangat bengang, sebab tu terkeluar kata-kata macam tu.

Tapi, boleh ke kita ajar budak-budak ni jadi beradab balik? Ada. Baca ni.

1. Ibubapa kena jadi “garang“.

Ada sesetengah ibubapa selalu cakap “ala budak-budak memang perangai macam tu,” tapi ada tak perasan yang anak orang lain takde perangai macam tu pun? Ada tanya diri sendiri kenapa? Ke rasa macam kitalah ibubapa paling bagus?

Sebenarnya kadang-kadang jadi garang itu bagus. Sebagai ibubapa kena la tunjukkan mereka yang kita ni berkuasa. Kalau “NO”maknanya “NO”. Kenalah melentur buluh dari rebungnya. Nak jadi macam “Anakku Sazali” ke?

2. Terima Pendapat Orang.

credit: ForeignGirlfriend

Sebagai ibubapa, kenalah bersifat terbuka. Kalau orang tegur cara kita mengajar anak, janganlah nak melenting je. Mungkin ada betulnya apa orang tu cakap. Janganlah cakap “Alah, awak tu takde anak lagi mana tau apa-apa,” well hello makcik, ada je ibubapa lain yang berjaya jaga anak supaya jadi sopan. Jadi, apa alasan makcik untuk taknak terima pendapat orang lain?

3. Tunjukkan Teladan yang Baik.

credit: Reader’s Digest

Ini sangat penting. Tau tak anak-anak ni perhati je apa yang kita buat? Kalau ibubapa buat sesuatu yang tak baik, anak-anak ni akan ikut. Contohnya, ada je ibubapa mencarut depan anak-anak, maki hamun orang lain depan anak-anak, secara tak langsung anak-anak ni belajar jadi macam yang diajar lah. Mereka pun akan fikir “Ooo, ni la cara terbaik nak berinteraksi dengan orang lain,” ataupun “Oo, mak ayah boleh je marah orang lain, saya pun boleh lah”.

Nampak? Besar kesan dia kalau kita tersalah tunjuk contoh tauladan.

4. Ajar anak untuk cakap “Terima Kasih”, “Maaf”, “Tolong” dan segala “basics of politeness”.

Ada sesetengah budak main ambil je barang orang lain. Mana adab? Mesti semua orang akan cakap “mak bapak tak ajar”, nak ke orang cakap macam tu?

credit: Mashable

Benda remeh macam ni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses tumbesaran anak-anak. Ingat.

Kalau anak-anak buat salah, sebenarnya bukanlah salah anak-anak seratus peratus, salah ibubapa juga. Jadi, lepas ni cubalah ikut tips ni mana tau berkesan. Nak jaga anak-anak ada caranya. Kena caranya, eloklah budak tu. 🙂

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!