Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui Cara Yang Lebih Efektif Untuk Membentuk Anak Berbudi Bahasa!

Sebagai ibu bapa, peranan untuk mendidik anak-anak adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.

Ibu bapa adalah contoh yang terbaik untuk anak. Oleh itu, didikan dari rumah sangat penting untuk tumbesaran anak yang sihat dan positif.

Terdapat pelbagai cara yang boleh Mommy dan Daddy gunakan untuk ajar si manja berbudi bahasa dengan bagus.

Apa itu Budi Bahasa?

Highlighted


Budi bahasa bermaksud seseorang itu memiliki akhlak atau peribadi yang mulia.

Akhlak yang dimaksudkan adalah memiliki percakapan yang baik, teliti dan elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat-menghormati, bijaksana,

tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan santun, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia serta tingkah laku yang baik.

Mari Pelajari 16 Cara Ajar Anak Berbudi Bahasa

1. Praktik kesopanan dalam keluarga

Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan “tolong” dan “terima kasih” sebagai ungkapan wajib dalam keluarga anda. 

Perkataan yang mudah tetapi sangat memberi makna dalam kehidupan seharian seseorang.

2. Salam

Ajarkan anak anda untuk sentiasa menghulurkan salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua.

Ini mampu melahirkan rasa hormat dalam diri anak.

3. Ajar Anak Erti Rasa Hormat

Ibu bapa berperanan untuk menunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Anak lebih mudah dan  suka mengikuti perlakuan ibu bapanya.

4. Berkongsi Permainan

Mommy perlu ajar si manja untuk suka berkongsi barang terutama ketika bermain bersama rakannya. Sikap suka berkongsi ini akan membuatkan dirinya disukai ramai.

5. Ucapan Meminta Maaf

Mommy perlu mengajar anak untuk sentiasa meminta maaf ketika melakukan kesalahan.  Jadikan ungkapan maaf sebagai perkara biasa agar mereka lebih mudah untuk bergaul dan disenangi ramai.

6. Memberi Pujian

Sentiasa memberikan kata semangat dan positif kepada anak Mommy terutama ketika mereka memperolehi sesuatu kejayaan. Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda.

7. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak

Mommy perlu menunjukkan tingkah laku yang sopan di depan anak bukan sekadar memberi nasihat tanpa contoh perbuatan. Ini akan memudahkan mereka untuk lebih memahami sesuatu perkara dengan bagus.

8. Memberi Didikan Agama Dan Moral 

Terapkan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak. Fahami agama sangat penting agar dapat memberikan manfaat yang baik dan peribadi diri yang mulia.

9.  Minta Kebenaran

Mommy perlu tegas dan mengajar anak untuk sentiasa meminta kebenaran sebelum mengambil barangan atau hak orang lain.

Terapkan nilai ini dari  kecil supaya mereka lebih segan dan takut untuk mengambil barang bukan hak milik sesuka hati.

10. Bantu Lakukan Kerja Rumah

Mommy perlu sentiasa mengajak anak untuk bersama-sama melakukan kerja rumah. Secara tidak langsung, dapat mendedahkan mereka untuk sentiasa rajin dan boleh membantu tanpa paksaan.

11. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan

Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.

12. Gunakan Perkataan ‘Tolong’

Terapkan perkataan “tolong’ ini ketika meminta pertolongan anak untuk mengambil barang yang Mommy mahu.

13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan

Ajarkan anak untuk makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan. Jangan membuat bising ketika makan.

14. Suara

Mommy hendaklah sentiasa bersuara dengan nada yang lembut tetapi tegas supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati kepada anak.

Menegur dengan penuh hikmah dapat mendidik anak menjadi orang yang mendengar kata.

15. Memantau Perihal Kehidupan Anak 

Sentiasa mengambil tahu tentang pergaulan anak untuk memperolehi persekitaran yang positif.

16. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul

Penggunaan ayat yang betul dan jelas dalam memberikan nasihat sangat penting! Anak akan lebih mudah faham dan patuh kepada arahan yang diberikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu Mommy untuk mendidik anak dengan bagus.


Dapatkan lebih banyak tips tentang perkembangan kanak-kanak di SINI.