Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kalau Nak Anak Mommy Cerdik, Baca Buku Ni! Top Buku-buku Yang Boleh Membantu Perkembangan Anak

Sebagai ibu bapa, kita hanya mahu yang terbaik sahaja untuk si kecil kita. Termasuklah pendidikan terbaik yang boleh kita tawarkan. Dan ini juga termasuk bahan bacaan atau buku untuk anak yang bagus dalam membantu perkembangan minda mereka.

Lagi awal kita dedahkan mereka dengan ilmu daripada bahan bacaan ini, mereka akan serap semua ilmu-ilmu tersebut dan aplikasikan dalam kehidupan mereka kelak. Tidak kira rajin membaca ataupun kenal tentang isi buku.

Kenapa Mula Dari Awal? 

Untuk pengetahuan Mommy, membaca awal dapat membuahkan kreativiti, melahirkan rasa ingin tahu, dan merangsang imaginasi pada anak-anak kita. Ia dapat membantu mereka dengan mengembangkan kemahiran lain seperti empati, menyelesaikan masalah, dan juga moral.

Apabila ibu bapa membaca bersama anak-anak seawal usia 4 bulan, ia boleh melahirkan tabiat yang baik untuk ibu bapa terus membaca pada anak-anak apabila umur mereka semakin meningkat. Ingat! Mula lebih awal adalah penting kerana akar bahasa berkembang dalam otak bayi sebelum dia boleh bercakap lagi tau!

Menurut pakar, ini adalah antara jenis bahan bacaan yang boleh Mommy dapatkan untuk si manja. Jom kita tengok~

5 Jenis Buku Yang Bagus Untuk Anak Mommy 

1. Buku Interaktif

Highlighted


Buku interaktif berfungsi untuk merangsang deria anak Mommy. Ia juga menggalakkan sentuhan kerana buku-buku seperti ini mempunyai pelbagai tekstur. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap serotonin mereka.

Bila anak Mommy semakin besar, anda boleh memilih buku jenis selak supaya si kecil boleh bermain dengan buku dan menguji mindanya mencari benda yang tersembunyi. Sebab itulah namanya interaktif! Sudah pasti si manja dapat belajar dalam keadaan yang menyeronokkan.

2. Buku Soal Jawab 

Kredit gambar: amazon.co.uk

Dengan buku soal jawab ini, ia dapat menggalakkan anak Mommy rajin bertanya. Jalan cerita buku seperti ini selalu mempunyai pelbagai soalan yang dapat latih minda anak-anak kita supaya mereka tidak mudah lupa.

Kerana jalan ceritanya mudah dan boleh diagak, ia boleh melatih minda anak kita untuk meneka apa yang akan jadi seterusnya dalam cerita tersebut.

Mommy juga boleh aplikasikan sesi soal jawab bersama si manja! Dan akhirnya mereka dapat faham dengan lebih mendalam.

3. Buku Puisi 

Nursery rhyme atau lagu kanak-kanak boleh mewujudkan rasa tenang untuk anak-anak kita. Bukan sahaja anak, ibu bapa pun turut rasa seronok apabila nyanyikan alunan ini.

Lebih-lebih lagi ia senang untuk dihafal kerana lagunya semua pendek-pendek je. Ia juga seronok dibacakan oleh Mommy kerana ia terdiri daripada lirik yang pendek serta mudah dihafal.

Selalunya buku seperti ini boleh dihabiskan dalam 1-2 minit, ia sesuai sangat dengan perhatian anak-anak kita yang pendek.

4. Buku Bergambar 

Kredit gambar: kaplanco.com

Bayi tidak mempunyai penglihatan yang jelas semasa mereka kecil dan penglihatannya sentiasa berkembang. Untuk pengetahuan Mommy, buku yang mempunyai imej berkontras tinggi adalah buku yang paling mudah untuk bayi lihat.

Mommy boleh cari buku yang pendek dan senang untuk mereka fahami. Contohnya, untuk bayi bawah 18 bulan, dapatkan buku yang mempunyai satu gambar menonjol dengan latar belakang kosong. Pastikan perbezaannya ketara untuk mereka mudah faham.

Buku seperti ini sesuai untuk kenalkan si kecil dengan huruf, nombor, warna, haiwan, dan banyak lagi.

5. Buku Dengan Gambar Bayi 

Kredit gambar: momtomadre.org

Mungkin Mommy tak percaya tapi, sesetengah bayi suka melihat bayi lain. Oleh itu, Mommy boleh bacakan mereka buku yang mempunyai gambar bayi juga.

Dengan ini, ia boleh menunjukkan emosi bayi dan aktiviti yang dilakukan dalam buku untuk mudah dikaitkan dengan diri mereka sendiri. Ia sudah menjadi naluri manusia untuk lebih suka dengan perkara yang mereka boleh relate dan ia termasuk bayi!

Adakah Mommy tahu anak Mommy akan serap semua perkataan, ilmu yang diturun kepada mereka? Oleh itu rajin-rajinlah kendalikan rutin membaca dalam diri mereka.

Untuk memudahkan Mommy, Mommy boleh mendapatkan buku-buku ini secara atas talian di Motherhood.com.my atau kedai buku yang berdekatan.

Semoga bermanfaat untuk Mommy sekeluarga! Mana tahu besar nanti mereka menjadi pencinta buku bukan? Selamat mencuba~


Dapatkan tips dan kaedah yang boleh membantu perkembangan si manja Mommy melalui perkongsian lain DI SINI.