Pasangan pengantin baru jangan terkejut kalau doktor beritahu yang si isteri sudah mengandung enam minggu tapi baru kahwin sebulan!
Walaupun ia satu berita yang sangat gembira untuk dikurniakan zuriat sejurus selepas berkahwin, mungkin ada segelintir pasangan yang mungkin rasa resah untuk sampaikan berita gembira tersebut kepada orang tua kerana takut mereka akan fikir si isteri telah bunting pelamin.
Apa Itu Bunting Pelamin?
Jika pasangan suami isteri tidak tahu, istilah ‘bunting pelamin’ dicipta kerana dianggap si isteri telah mengandung sebelum bernikah.
Hakikatnya bukan itu yang terjadi. Tetapi disebabkan orang dulu-dulu tidak ada banyak pengetahuan tentang kitaran haid, maka terjadilah andaian bahawa pasangan dikatakan telah mengandung lebih lama dari tempoh lepas bernikah.
Isteri yang dikatakan bunting pelamin selalunya akan mendapati umur bayi dalam kandungan adalah satu atau dua minggu lebih awal dari tarikh pernikahan.
Ada juga yang mungkin tiga minggu lebih awal, bergantung kepada individu sama ada mereka mempunyai kitaran haid yang normal atau tidak menentu.
Bagaimana Usia Kandungan Bayi Di Kira?
Untuk mengira usia kehamilan, doktor akan mengenalpasti tarikh haid isteri yang terakhir, dan mengambil hari pertama tempoh haid tersebut dan menghitungnya sebagai hari pertama usia kandungan.
Doktor tidak akan mengambil kira tarikh perkahwinan atau pun tarikh pasangan suami isteri melakukan hubungan kelamin.
Sebab itu lah usia kandungan bayi kadang-kadang lebih ‘tua’ dari usia perkahwinan!
Mari kita ambil contoh dengan tarikh haid berikut:
April 2021
[tabgroup layout=”horizontal”]
[tab title=”Isnin”] 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30[/tab]
[tab title=”Selasa”][/tab]
[tab title=”Rabu”][/tab]
[tab title=”Khamis”][/tab]
[tab title=”Jumaat”][/tab]
[tab title=”Sabtu”][/tab]
[tab title=”Ahad”][/tab]
[/tabgroup]
Mei 2021
[tabgroup layout=”horizontal”]
[tab title=”Isnin”] 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31[/tab]
[tab title=”Selasa”][/tab]
[tab title=”Rabu”][/tab]
[tab title=”Khamis”][/tab]
[tab title=”Jumaat”][/tab]
[tab title=”Sabtu”][/tab]
[tab title=”Ahad”][/tab]
[/tabgroup]
Tarikh hari pertama haid: 1 April 2021
Tarikh bernikah: 17 April 2021
Tarikh jumpa doktor: 13 Mei 2021
Kiraan usia kandungan = 1 April 2021 – 13 Mei 2021 = 6 minggu
Jadi anda boleh nampak kan, walaupun baru kahwin sebulan, kira-kira dalam empat minggu, usia kandungan dikira lebih awal dari itu, iaitu hari pertama kitaran haid isteri, atau last menstrual period (LMP).
Tambahan pula, pasangan yang belum kahwin tu tak boleh pun bersama sewaktu mengalami haid!
Informasi ini sangat penting untuk dipelajari supaya dapat mengelakkan fitnah yang tidak menyenangkan tentang pasangan suami isteri yang baru kahwin.
Menjaga kitaran haid juga penting bagi isteri atau bakal isteri yang ingin merancang kehamilan supaya dapat meningkatkan peluang untuk mengandung, atau sebaliknya pula jika pasangan suami isteri belum bersedia untuk mempunyai anak.
Terdapat banyak aplikasi yang kaum wanita boleh muat turun dan gunakan untuk mengawasi kitaran haid bulanan.
Kitaran haid normal selalunya mengambil masa sebanyak 28 hari.
Hari pertama haid akan dikira sebagai last menstrual period (LMP) untuk menentukan usia kandungan jika seseorang wanita di dapati hamil.
Selepas habis tempoh haid, ovari akan menghasilkan telur pada waktu anda paling subur, iaitu lebih kurang hari ke-14 hingga 16.
Sebab itu, kalau anda berdasarkan contoh tarikh di atas, jika pasangan suami isteri melakukan hubungan kelamin pada hari perkahwinannya dan pensenyawaan berlaku, ia akan berlaku pada waktu si isteri sangat subur, maka isteri pun berjaya hamil.
Sperma pula boleh hidup atau bertahan di dalam uterus selama lima hari sebelum pensenyawaan.
Oleh sebab itu, anggaran usia kandungan menggunakan tarikh hubungan kelamin tidak boleh diguna pakai, jadi doktor menggunakan tarikh LMP seorang wanita.
Apa Perlu Buat Kalau Dapat Tahu Bunting Pelamin?
Pasangan pengantin baru janganlah khuatir untuk menyebarkan berita gembira kehamilan anda!
Kalau ada keluarga atau rakan-rakan yang bertanya, senang saja nak terangkan tentang kitaran haid dan bagaimana usia kandungan dikira.
Kalau dah muat turun aplikasi kitaran haid atau selalunya di panggil period tracker, tentu lagi senang nak tunjuk dan jelaskan kepada sesiapa yang masih tak faham.
Jadi istilah ‘bunting pelamin’ itu sebenarnya tak boleh pakai, kerana si isteri memang tak hamil lagi atas pelamin!
Yang pasti, isteri atau bakal ibu jangan rasa malu atau takut dan sengaja ‘menukar’ tarikh kehamilan semata-mata kerana risau orang akan menganggap kandungan adalah anak luar nikah.
Lebih ramai orang tahu tentang mitos bunting pelamin dan faham tentang pengiraan usia kandungan, lebih cepat kita dapat membasmikan kekeliruan dalam masyarakat tentang hal ini dan mengelakkan lontaran fitnah yang boleh menyinggung perasaan.