Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenalpasti 10 Tanda Cacing Dalam Perut Anak – Rawat Segera Sebelum Ia Lebih Serius!

cacing dalam perut

Kredit gambar: www.healthshots.com

Cacing dalam perut anak mungkin adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ramai Mommy dan Daddy. Seperti yang kita ketahui, cacing dalam badan boleh memberi kesan pada kesihatan anak dan jika dibiarkan ia boleh membawa kesan yang lebih serius.

Oleh itu, penting bagi Mommy Daddy untuk mengetahui tanda-tanda keberadaan cacing dalam badan anak  supaya tindakan segera boleh diambil untuk mengatasinya.

Bagi mengetahui apakah tanda tanda ada cacing dalam perut anak, ikuti perkongsian di bawah!

Tanda Cacing Dalam Perut Anak

Highlighted

Kredit gambar: www.parents.com

Berikut merupakan 10 tanda cacing dalam perut manusia dewasa atau kanak kanak iaitu:

#1. Cacing Dalam Perut Boleh Sebabkan Kembung

Salah satu tanda cacing dalam badan yang paling biasa dan ketara ialah perut anak akan kembung.

Ini akan menyebabkan anak Mommy berasa tidak selesa dan mungkin akan menyebabkan mereka merengek.

Cacing perut boleh menyebabkan perut menjadi bengkak.

#2. Tiada Selera Makan

Antara tanda tanda ada cacing dalam perut adalah anak anda mungkin akan hilang selera makan. Ini disebabkan cacing perut menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan oleh anak Mommy.

#3. Berat Badan Yang Tidak Stabil

Cacing kerawit dalam perut boleh mempengaruhi penyerapan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan anak-anak. Ini akan menyebabkan berat badan mereka tidak stabil, turun ataupun naik bergantung pada jenis cacing.

#4. Cacing Perut Boleh Buat Anak Alami Sakit Perut

Kredit gambar: www.onlymyhealth.com

Anak-anak yang mengalami cacing dalam badan mungkin mengalami sakit perut yang teruk. Gejala ini boleh terjadi secara tiba-tiba dan menjadi semakin teruk dalam masa beberapa hari.

#5. Cirit Birit/Najis Yang Tidak Normal

Anak-anak yang mengalami cacing dalam badan dapat dilihat melalui najis. Sekiranya Mommy melihat najis anak tidak seperti biasa bawalah segera berjumpa doctor.

Cirit birit juga boleh diakibatkan oleh cacing di dalam tubuh.

#6. Keletihan Yang Ketara

Kredit gambar: www.babyyumyum.co.za

Anak-anak yang mengalami cacing dalam badan mungkin akan keletihan yang ketara. Hal ini kerana kekurangan nutrien dalam badan dan kurangnya pengambilan makanan yang berkhasiat disebabkan oleh hilangnya selera makan.

#7. Cacing Perut Boleh Sebabkan Anemia

Di samping itu, cacing dalam badan juga boleh mengakibatkan masalah Anemia berlaku. Ini berlaku kerana cacing di dalam badan terutamanya cacing kerawit akan memakan darah si perumahnya.

Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah dalam badan.

#8. Kegatalan

Anak-anak yang mengalami cacing kerawit dalam perut mungkin akan mengalami gatal-gatal yang teruk. Gejala ini boleh berlaku pada tubuh badan terutamanya di bahagian dubur.

Terdapat juga yang rasa gatal pada bahagian belakang dan kemaluan.

Kegatalan ini akan menjadi-jadi pada waktu malam. Kulit anak Mommy juga mungkin akan timbul ruam atau kemerahan yang disebabkan oleh telur cacing dan kerap digaru.

#9. Kurang Berat Badan Walaupun Selera Makan Tidak Terjejas

Bagi sesetengah kes, anak-anak tidak menunjukkan tanda-tanda lain untuk keberadaan cacing di dalam badan, tetapi hanya kurang berat badan walaupun selera makannya tidak terjejas.

Jika anak Mommy mempunyai tanda seperti ini mungkin anak Mommy mempunyai masalah cacing perut.

#10. Serangan Jangkitan Yang Sering Berulang

Kredit gambar: www.momjunction.com

Selain itu, anak Mommy yang mengalami cacing dalam badan mungkin akan mengalami serangan jangkitan yang berulang-ulang, seperti demam, selsema atau jangkitan kulit.

Hal ini disebabkan sistem imun tubuh yang lemah akibat kekurangan nutrien.

Jika anak anda mengalami gejala-gejala ini, sebaiknya berjumpa doktor segera untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Mommy juga harus memastikan anak mempunyai gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan.

Elakkan makanan yang tidak bersih dan pastikan kebersihan tangan dan kaki sebelum makan juga membantu mencegah risiko cacing dalam badan.

Sekiranya anak Mommy sudah dikesan menghidap cacing perut, dapatkan rawatan dengan segera untuk mengelakkan kesihatan anak menjadi semakin teruk.


Mommy dan Daddy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info menarik berkaitan kesihatan anak di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.