Di kala COVID-19 semakin mencabar rutin dan norma harian kita, ramai keluarga berpendapatan rendah terus terjejas, khususnya lantaran sumber yang yang tidak mencukupi untuk menyara diri dan keluarga mereka.
Situasi yang serba tidak menentu juga memusnahkan harapan untuk menyambut Raya bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dalam suasana yang mencabar ini, rakyat Malaysia telah bersatu hati dan memaparkan bahawa Ada Kebaikan Pada Setiap Insan, di mana ramai yang bangkit menghulurkan bantuan, sama ada menerusi derma kepada badan kebajikan atau menyumbangkan barangan keperluan harian kepada komuniti yang memerlukan.
Diinspirasikan oleh amalan kedermawanan ini, Cadbury Dairy Milk, jenama konfeksi terkemuka di bawah Mondelez International telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation dalam menyokong usaha mereka demi membantu golongan yang mengalami kesan negatif COVID-19.
#KuihRayaDariHati bersama Cadbury Dairy Milk
Pada bulan Ramadan baru-baru ini, Cadbury Dairy Milk telah mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyediakan kuih raya menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati, di mana rakyat Malaysia digalakkan untuk mencipta semula resepi kuih raya klasik dengan keenakan Cadbury Dairy Milk, seperti Kek Batik Coklat, Biskut Keju Cadbury, Almond London Cadbury dan Tat Coklat Cadbury.
Mereka kemudiannya berkongsi foto kuih raya tersebut di media sosial dengan tanda pagar #KuihRayaDariHati. Hasil setiap hantaran yang dimuat naik dapat menyumbangkan Pek Prihatin istimewa yang mengandungi barangan keperluan makanan, duit raya dan Kuih Raya Cadbury Dairy Milk kepada 500 keluarga berpendapatan rendah.
Kempen tersebut telah memanfaatkan lebih 4,400 penerima dari 1,100 keluarga yang memerlukan dan berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM80,000 yang kemudiannya disumbangkan kepada Food Aid Foundation bagi menyokong program komuniti mereka.
RM30,000 daripada sumbangan tersebut adalah hasil daripada kerjasama Cadbury Dairy Milk, OREO dan 99 Speedmart, yang mana RM0.50 daripada setiap pembelian dua bungkusan kongsi bersama Cadbury Dairy Milk atau dua paket OREO disalurkan kepada inisiatif tersebut.
Sumbangan tersebut dihulurkan kepada para ibu tunggal dan anak-anak mereka, serta keluarga berpendapatan rendah.
“Kini, kita hidup dalam situasi yang mencabar dan ianya menuntut kita agar bersatu-padu dan saling bantu-membantu demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga dan orang yang tersayang. Kami amat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan memeriahkan inisiatif #KuihRayaDariHati. Kami berasa gembira kerana usahasama dan semangat kekitaan tersebut telah berjaya menceriakan sambutan Raya bagi keluarga yang memerlukan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih Food Aid Foundation yang sentiasa bekerja keras demi membantu komuniti tempatan,” jelas James Kane, Pengarah Urusan Mondelez International, Malaysia dan Singapura.
Sumbangan ini adalah kesinambungan daripada inisiatif Cadbury Dairy Milk demi membantu keluarga berpendapatan rendah dengan menyumbangkan barangan keperluan harian, di awal penularan COVID-19 pada bulan Mei 2020.
Noor Amilan Che Azmi, seorang ibu tunggal dan penerima sumbangan meluahkan, “Kebiasaannya, kami akan mengunjungi ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan Hari Raya, tetapi tahun ini ianya agak berbeza. Terima kasih kerana sudi menyampaikan Pek Prihatin, duit raya dan kuih raya kepada kami, ianya amat bermakna buat saya dan anak-anak.”
“Sambutan Raya tahun ini sememangnya tidak sama seperti dulu, namun saya bersyukur di atas sumbangan ikhlas ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Raya untuk anak-anak saya,” tambah seorang lagi penerima sumbangan, Puteri Yong Suri.
Food Aid Foundation merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan bank makanan komuniti yang berusaha untuk mengoptimumkan lebihan makanan dengan mengumpulkan dan mengagihkannya kepada golongan yang memerlukan, seperti rumah-rumah kebajikan, dapur sup, komuniti pelarian, Orang Asli dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, layari Facebook @CadburyMalaysia.
Manakala inisitif oleh Food Aid Foundation boleh didapati di laman sesawang foodaidfoundation.org/ atau Facebook @foodaidfoundation.