Bakal ibu yang sedang mengandung tentu tidak sabar untuk menemui si comel buat kali pertama kan?
Sebelum tu, macam-macam persediaan yang perlu dibuat sebelum ketibaan si kecil. Salah satu daripadanya tentulah di mana bakal ibu bercadang untuk melahirkan anak.
Pilihan untuk bersalin di hospital sangat penting kerana doktor-doktor, jururawat, dan staf hospital lain sedia ada untuk membantu bakal ibu jika berlaku apa-apa komplikasi.
Hospital kerajaan di Malaysia adalah sangat lengkap dari segi staff dan peralatan perubatan untuk menyambut kelahiran bayi dan menjaga bakal ibu sejurus selepas bersalin.
Pastikan bakal ibu memilih hospital yang paling dekat dengan kediaman supaya senang jika perlu bergegas ke hospital.
Selain itu, ada beberapa perkara-perkara lain penting yang bakal ibu perlu tahu jika merancang untuk bersalin di hospital kerajaan.
Antaranya termasuklah caj-caj yang diperlukan seperti caj wad dan caj bersalin hospital kerajaan serta proses untuk mendaftar bersalin.
Mari kita tengok perkara-perkara ini dengan selanjutnya:
Caj-Caj Perubatan Bagi Warganegara
Caj Rawatan Bersalin Hospital Kerajaan
JENIS RAWATAN | KELAS SATU (RM) | KELAS DUA (RM) | KELAS TIGA (RM) |
---|---|---|---|
Pembedahan Cesarean | RM1,200 | RM400 | RM100 |
Bersalin dengan bantuan (Forcep/songsang/vakum) | RM600 | RM200 | RM50 |
Bersalin kembar | RM600 | RM200 | RM50 |
Bersalin biasa | RM450 | RM150 | RM10 |
Caj Bilik Prosedur
JENIS RAWATAN | HARGA (RM) |
---|---|
Bilik bersalin (setiap kemasukan) | RM120 |
Dewan bedah (setiap kemasukan) | RM120 |
Caj Wad Awam
CAJ SEHARI BAGI SEORANG | TIDAK BERHAWA DINGIN (RM) | BERHAWA DINGIN (RM) |
---|---|---|
Kelas Satu – Bilik dengan satu katil | RM90 | RM120 |
Kelas Satu – Bilik dengan dua katil | RM60 | RM90 |
Kelas Satu – Bilik dengan tiga katil | RM45 | RM60 |
Kelas Dua | RM25 | RM40 |
Kelas Tiga | RM3 | RM3 |
Caj Wad Eksekutif
KELAS | CAJ SEHARI (RM) |
---|---|
Bilik dengan satu katil (orang kenamaan) | RM225 |
Bilik dengan satu katil | RM180 |
Bilik dengan dua katil | RM150 |
Caj-caj Perubatan Bagi Warganegara Asing
Fi Pesakit Luar
PROSEDUR | Kos perkhidmatan bagi satu rawatan (RM) |
---|---|
Rawatan obstetrik dan ginekologi | RM40 |
Perkhidmatan postpartum | RM40 |
Calitan Pap | RM45 |
Perkhidmatan bersalin | RM200 |
Fi Wad
PROSEDUR | Kos perkhidmatan bagi wad sehari (RM) |
---|---|
Eksekutif – bilik 1 katil (VIP) | RM500 |
Eksekutif – bilik 1 katil | RM400 |
Eksekutif – bilik 2 katil | RM340 |
Kelas Satu – bilik 1 katil | RM320 |
Kelas Satu – bilik 2 katil | RM240 |
Kelas Satu – bilik 3 katil atau lebih | RM200 |
Kelas Dua | RM180 |
Kelas Tiga | RM160 |
Bilik bersalin | RM300 |
Nurseri | RM60 |
Nurseri rawatan khas | RM140 |
Nurseri dengan rawatan incubator | RM170 |
Bakal ibu boleh juga melihat caj-caj berkenaan yang lain di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini adalah anggaran kos sahaja dan mungkin berbeza-beza dari satu hospital kerajaan ke hospital kerajaan lain.
Contoh pengiraan mengikut kadar untuk Hospital Selayang adalah seperti berikut:
PERKARA | NORMAL | SONGSANG | CESAREAN |
---|---|---|---|
Deposit | RM3,000 | RM3,000 | RM3,000 |
Pendaftaran | RM10 | RM10 | RM10 |
Wad 1 bilik | RM130/hari | RM130/hari | RM130/hari |
Wad bilik berasingan | RM80/hari | RM80/hari | RM80/hari |
Wad 4 katil | RM35/hari | RM35/hari | RM35/hari |
Lawatan khas | RM60 -RM180 sehari | RM60 -RM180 sehari | RM60 -RM180 sehari |
Wad materniti | RM250 | RM250 | RM250 |
Kelahiran | RM401 – RM600 | RM601 – RM750 | RM750 – RM1,000 |
BTL | – | – | RM751 |
Anaesthesia | – | – | RM600 |
Kardiologi (CTG) | RM100 | RM100 | RM100 |
Kiraan darah penuh | RM30 | RM30 | RM30 |
Profil buah pinggang | RM51 | RM51 | RM51 |
Ujian fungsi hati | RM51 | RM51 | RM51 |
Kumpulan darah | RM10 | RM10 | RM10 |
P/Cell @ W/Blood | RM170/pint | RM170/pint | RM170/pint |
HPE | RM170 | RM170 | RM170 |
Ubat-ubatan | Bergantung | Bergantung | Bergantung |
Epidural | RM250 | – | – |
Anggaran Kos | RM2,000 – RM2,50 | RM2,500 – RM3,000 | RM3,000 – RM5,000 |
Proses Bersalin di Hospital Kerajaan: Dari Mendaftar ke Pembayaran
Pada awal kehamilan, ibu mengandung hanya perlu buat pemeriksaan bayi dalam kandungan di Klinik Kesihatan sahaja, belum perlu ke hospital.
Apabila sidah masuk trimester kedua, bakal ibu boleh mula berbincang dengan encik suami di hospital mana bakal ibu nak melahirkan anak, seperti di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
Secara umumnya, bakal ibu hanya dibenarkan untuk masuk wad apabila doktor sudah dapat pastikan yang bakal ibu sudah ada tanda-tanda untuk bersalin, selalunya apabila bakal ibu sudah mencapai ‘active labor’, atau peringkat kelahiran aktif.
Jadi bila bakal ibu dah terasa kesakitan contraction, bolehlah bergegas ke hospital yang dipilih.
- Pendaftaran
Setelah sampai ke hospital, bakal ibu boleh ke unit bersalin dan daftarkan diri. Pastikan bakal ibu membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan atau pasport, buku rekod kehamilan (atau lebih dikenali sebagai buku pink), dan surat rujukan dari doktor jika ada.
- Penukaran Pakaian
Selesai mendaftar, bakal ibu akan diminta untuk menukar ke pakaian hospital yang selalunya berwarna pink di hospital kerajaan, dan diminta untuk membuat ujian air kencing. Pastikan bakal ibu simpan baju yang dipakai tadi serta barang-barang peribadi sendiri di dalam bag dengan selamat.
- Pemeriksaan Awal
Bakal ibu akan diminta pula untuk membuat pemeriksaan awal selepas mengambil ujian air kencing tadi seperti tekanan darah, suhu, dan nadi. Staf atau jururawat juga akan bertanya kepada bakal ibu apakah tanda-tanda atau simptom bersalin yang sedang di alami, untuk memastikan peringkat kelahiran.
Pemeriksaan Serviks
Untuk memeriksa kedudukan bayi dalam kandungan, jururawat akan meminta bakal ibu untuk baring supaya mereka boleh memeriksa perut dan melakukan pemeriksaan serviks atau ‘vaginal examination’.
Jika ini kali pertama bakal ibu, jangan risau kerana ini adalah proses normal untuk memastikan bayi sudah bersedia untuk keluar. Pastikan bakal ibu amalkan teknik pernafasan yang betul.
Pemantauan Bayi
Untuk memeriksa kedudukan bayi dalam kandungan, jururawat akan meminta bakal ibu untuk baring supaya mereka boleh memeriksa perut dan melakukan pemeriksaan serviks atau ‘vaginal examination’.
Jika ini kali pertama bakal ibu, jangan risau kerana ini adalah proses normal untuk memastikan bayi sudah bersedia untuk keluar. Pastikan bakal ibu amalkan teknik pernafasan yang betul.
Fasa Kelahiran
Semasa serviks bakal ibu sudah terbuka dalam peringkat kelahiran bayi aktif, doktor atau jururawat akan membuat vaginal examination secara berkala, sampai lah bakal ibu bersedia untuk meneran keluar bayi.
Setelah selamat melahirkan bayi, jururawat mungkin akan menjahit luka jika perlu. Kemudian ibu dan bayi akan dibawa ke wad bersalin.
Perlepasan
Untuk ibu yang bersalin normal atau tiada komplikasi, ibu dan bayi boleh pulang dalam masa satu hari.
Sebelum pulang, ibu kena buat pemeriksaan luka dulu untuk pastikan tiada masalah. Bayi pula akan diberi suntikan BCG. Pasangan ibu atau sesiapa yang menemani ibu di hospital pada waktu ini boleh membuat pembayaran sebelum pulang ke rumah.
Proses kelahiran di hospital kerajaan sangat mudah, straightforward, dan tidak rumit.
Mungkin satu perkara yang tak berapa seronok ialah encik suami tidak dibenarkan berada di labour room, dan tak boleh berada lama-lama di wad bersalin.
Tapi takpe lah, memandangkan musim COVID-19 ni pun memang tak digalakkan untuk berkumpul ramai-ramai kan?
Pastikan bakal ibu membuat persediaan yang memadai dan jangan lupa kemaskini beg hospital bila dah nak hampir due date!
Semoga artikel ini bermanfaat dan selamat melahirkan bayi di hospital pilihan ibu.