Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara Ajar Anak Bercakap Yang Paling Cepat – Boleh Mula Dari Usia 1 Tahun

cara ajar anak bercakap

Kredit gambar: www.thestar.com.my

Macam mana cara ajar anak bercakap dengan cepat dan lancar? Usia bila anak boleh mula belajar? Mommy boleh ikut entri ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. Kebiasaannya anak-anak akan mula bercakap ketika mereka memasuki usia 12 bulan hingga 24 bulan dan umur paling awal untuk bayi keluarkan perkataan pertama adalah pada usia 12 bulan.

Malah, terdapat satu kajian yang dilakukan terhadap 241 orang bayi, 91% daripadanya menunjukkan bahawa bayi mampu mengeluarkan perkataan pertama sekitar usia mereka 9 bulan. Oleh itu, langkah mengajar anak yang paling awal untuk bercakap pada umur 1 tahun adalah permulaan yang baik.

Bagi membantu Mommy mengajar anak bercakap, di bawah ini kami kongsikan cara-caranya. Jom lihat panduan tersebut!

10 Cara Ajar Anak Bercakap 

Highlighted

Kredit gambar: www.healthline.com

#1. Sentiasa Wujudkan Peluang Komunikasi

Asas utama untuk kemahiran bercakap adalah “sebab untuk bercakap”. Jadi Mommy perlu cari sebab untuk wujudkan komunikasi dengan anak-anak.

Contohnya seperti meminta barangan, meminta pertolongan atau lain-lain perkara yang boleh mewujudkan komunikasi.

#2. Guna Model Perkataan atau Ayat Betul

Mommy perlu tahu, anak banyak belajar bercakap menggunakan ayat atau perkataan yang Mommy dan orang sekeliling ucapkan. Oleh itu, pastikan setiap perkataan yang keluar mudah untuk difahami dan diikuti mereka.

Elakkan juga bahasa kasar dan tiada makna. Sebagai contoh anda boleh sebut “Terima kasih sebab tolong” atau lain-lain ayat yang kerap digunakan.

#3. Elakkan Banyak Bertanya Soalan dan Beri Arahan

Mengapa perlu elakkan dari bertanya banyak soalan dan juga memberi arahan? Pakar menjelaskan bahawa dengan pertanyaan soalan dan beri arahan, kanak-kanak hanya akan menguasai perkataan atau ayat yang ditanya dan diberi sahaja.

Jadinya, tidak akan wujud komunikasi dua hala.

#4. Cara Ajar Anak Bercakap Dengan Cari Kedudukan Komunikasi Yang Tepat

Kredit gambar: www.todaysparent.com

Untuk dapatkan komunikasi yang berkesan, Mommy perlu berkomunikasi pada eye-level anak iaitu kedudukan mata Mommy adalah selari dengan mata anak.

Jadinya, anak akan lebih dapat melihat mimik muka dan pergerakan mulut serta memudahkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan dan meniru sebutan tersebut.

#5. Tunggu Reaksi

Bagi anak-anak yang baru nak mula belajar bercakap, Mommy perlu berikan mereka sedikt masa untuk memberi respon ketika komunikasi berlaku. Jadi, masa ini Mommy perlu sedikit kesabaran menunggu.

Sekiranya dalam tempoh 10 hingga 15 saat anak masih terkapai-kapai, Mommy boleh membantunya membina ayat.

#6. Komunikasi Yang Sempurna

Kredit gambar: raisingchildren.net.au

Wujudkan komunikasi yang tepat dan betul di mana jika anak inginkan sesuatu dan perkara tersebut adalah berbahaya, tidak baik dan tidak boleh diberikan, jangan terus katakan “tidak”. Tunjuk dahulu sebab apa ia tidak boleh, berbahaya baharulah beritahu anak yang dia tidak boleh dapatkan benda tersebut.

Sama juga seperti benda yang dia boleh dapatkan contohnya mainan patung, sebagai contoh guna ayat ini “Unna nak patung ke?”. Tunggu responnya dahulu, jika ya terus guna ayat ini pula “Sebentar Ummi ambilkan”.

#7. Beri Arahan Terangkan Tujuan

Kredit gambar: www.scienceabc.com

Kebiasaannya, ibu bapa akan memberi arahan tanpa ada contoh terhadap arahan tersebut. Seperti “Piya, simpan mainan yang bersepah di atas lantai itu!”. Tukarkan kepada, “Ummi tengok dekat depan macam tak cantiklah, apa kata kalau Piya pergi simpan balik semua mainan tu?”.

Jadinya, anak akan tahu mainan yang bersepah boleh buat rumah tak cantik dan selepas main perlu simpankan semula. Malah, ayat ini juga anak akan gunakan untuk orang lain sekiranya kejadian itu berulang.

#8. Cara Ajar Anak Bercakap Dengan Ulang Ayat

Sekiranya anak gagal meniru ayat yang Mommy sebut, ulanglah beberapa kali sehingga dia boleh meniru sama ada satu perkataan atau dua. Asalkan dia mampu bercakap itu merupakan satu perkembangan yang bagus.

#9. Biarkan Anak Berkawan

Kredit gambar: www.busybeeschildcare.co.uk

Cara yang cepat untuk ajar anak bercakap adalah biarkan dirinya berkomunikasi dengan semua orang. Setiap komunikasi itu akan berbeza, jadinya anak akan belajar satu atau dua ayat baru yang dia dengar.

#10. Cara Ajar Anak Bercakap Dengan Bacakan Buku Cerita

Antara cara lain untuk ajar anak bercakap adalah dengan membacakan buku cerita kepada mereka. Melalui cerita yang dibacakan itu juga, anak-anak akan menangkap ayat dan memudahkan dirinya bercakap.

Salah satu alternatif buat Mommy dan Daddy yang bekerja di siang hari, bolehlah manfaatkan masa di waktu malam ketika anak ingin tidur dengan membaca buku buat mereka.

Mengajar anak bercakap bukanlah mudah apatah lagi buat Mommy dan Daddy yang bekerja. Tetapi tidak ada yang mustahil jika disertakan dengan usaha dan kesabaran yang tinggi. Semoga dengan perkongsian ini, ia sedikit sebanyak boleh dijadikan cara untuk Mommy dan Daddy praktikkan.


Boleh dapatkan juga tips dan panduan berguna yang lain di SINI!


Mommy juga boleh menyertai program New Mom Program yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi eksklusif untuk dimenangi.

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood sekarang!