Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara Ajar Anak Ke Tandas Yang Sering Digunakan Mak-mak di Malaysia

cara ajar anak ke tandas

Kredit gambar: www.parents.com

Sebelum Mommy mengaplikasikan semua langkah atau cara ajar anak ke tandas, pastikan Mommy membuat beberapa persediaan terlebih dahulu.

Bukan sahaja untuk Mommy, tetapi persediaan tersebut juga harus merangkumi anak-anak. Ia disebabkan oleh kejayaan latihan tandas yang Mommy ingin lakukan ini bukan berdasarkan umur anak-anak, tetapi lebih kepada pencapaian fizikal, perkembangan dan tingkah laku mereka.

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mula menunjukkan tanda mereka bersedia untuk latihan tandas apabila memasuki usia 18 hingga 24 bulan. Namun begitu, terdapat juga segelintir yang hanya bersedia ketika mereka mencapai umur 3 tahun.

Lakukan persediaan yang rapi sama ada secara mental atau fizikal. Sekiranya Mommy yakin dan bersedia begitu juga anak-anak, boleh ikuti panduan yang dikongsikan oleh Motherhood di bawah ini tentang bagaimana cara untuk mengajar anak ke tandas.

Jom lihat!

Cara Ajar Anak Ke Tandas Guna Teknik Mudah

Highlighted

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

#1. Pastikan Anak Sudah Bersedia

Pastikan anak anda sudah bersedia untuk latihan tandas dengan melihat tanda-tanda persediaan tersebut kerana latihan tandas yang terlalu awal akan berakhir dengan kegagalan.

#2. Libatkan Diri Mereka

Ketika anda berada di rumah atau keluar ke mana-mana tempat, bawa sekali anak untuk bersama-sama menggunakan tandas. Tunjukkan kepada mereka satu persatu cara penggunaannya beserta dengan penerangan yang jelas.

#3. Cara Ajar Anak Ke Tandas Dengan Beli Seluar Dalam Bercorak

Tunjuk dan terangkan kepada anak-anak apakah fungsi seluar dalam. Tambah keseronokan mereka dengan membeli pakaian dalam yang mempunyai corak dan warna yang menarik. Lagi menarik jika anda membeli seluar dalam yang mempunyai watak kartun kegemaran mereka.

#4. Terangkan Lokasi Tandas Berada

Mommy perlu tunjukkan kepada anak di mana tandas berada dan bilakah mereka perlu menggunakannya. Tunjukkan cara menggunakannya juga. Jika perlu ulang berkali-kali tentang lokasi tandas, maka ulanglah sehingga mereka tidak perlu menyoal lagi.

#5. Cara Ajar Anak Ke Tandas Dengan Buat Jadual Pencapaian Tandas

Lebih baik dan berfungsi jika Mommy menyediakan jadual tandas yang mudah. Sebagai contoh, Mommy boleh galakkan anak membuang air besar setiap pagi untuk jadikannya sebagai rutin. Untuk nampak lebih menarik, tampalkan pelekat yang comel untuk tunjukkan penggunaan dan kemajuan anak-anak.

Lebih menarik lagi, jika mereka sendiri melekatkan penilaian prestasi tersebut.

#6. Cara Ajar Anak Ke Tandas Dengan Beri Pujian

Setelah mereka berjaya menggunakan tandas, Mommy perlulah memberikan kata pujian yang memberangsangkan kepada mereka. Hal ini bagi menaikkan lagi semangat mereka untuk berdikari menggunakan tandas tanpa bantuan orang lain.

#7. Guna Tandas Sebelum Dan Selepas Tidur

Untuk elakkan anak kencing ketika tidur, Mommy perlu ingatkan mereka untuk kencing sama ada sebelum atau pun selepas bangun dari tidur keesokkan harinya. Ini merupakan rutin yang terbaik bagi mengelakkan anak-anak terbabas.

#8. Kejutkan Anak

Mommy perlu kejutkan anak lebih kurang 2 ke 3 jam selepas anak tidur malam untuk seketika waktu bertujuan mengaturkan mereka buang air kecil dan elakkan terbabas.

#9. Peka Dengan Tingkah Laku Anak

Selain itu, Mommy juga perlu peka dengan perubahan sikap anak. Terdapat kanak-kanak yang akan menunjukkan sikap seperti menyorok di balik meja atau pun terlebih dahulu jika ingin membuang air besar. Sekiranya Mommy menyedari perubahan sikap ini segeralah mengarahkannya untuk ke tandas.

#10. Selang Waktu Ke Tandas

Paling penting Mommy tak perlu tunggu anak beritahu ingin ke tandas, terus aturkannya untuk pergi ke tandas setiap 1 jam sekali selama seminggu.

Semasa ingin mengajar anak ke tandas, Mommy perlu berfikiran positif dan kekal dengan kesabaran yang tinggi untuk mengendalikan latihan tandas ini. Walau apa pun, dengan langkah dan penerangan yang tepat dan jelas, anak-anak pasti berjaya melepasi latihan tandas ini. Semoga berjaya!


Ceriakan si manja tersayang Mommy dengan daftarkan mereka di program Super Kids oleh Motherhood.com.my. Anak-anak Mommy berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik mingguan, mendapatkan Kotak Aktiviti Super Kids PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai jenis bengkel dan aktiviti serta kupon diskaun menarik.


Boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan penjagaan anak yang lain di SINI!