Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Ajar Anak Menulis, 10 Tips Yang Pasti Membantu Mommy!

Cara Ajar Anak Menulis

Kredit gambar: istockphoto

Anak dah semakin membesar. Nanti nak mula masuk tadika dan belajar, eloklah kalau Mommy dan Daddy ajar anak cara menulis dengan betul.

Mungkin bukanlah sempurna dan mahir, tetapi sudah pandai menggunakan pensil dan ada minat, okay lah tu.

Cara Ajar Anak Menulis, 10 Tips Yang Pasti Membantu Mommy!

Jadi macam mana caranya? Bukan boleh main suruh atau tiru kita je kan? Jom Mommy dan Daddy, kita cuba 10 tips ini supaya anak-anak boleh menulis dengan cepat dan betul:

#1. Buat demo menulis di depan anak

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Di usia 1 hingga 6 tahun ni, Mommy dan Daddy pun tahu lah kan? Mereka memang suka meniru segala yang orang dewasa di sekeliling mereka buat.

Apa kata kita mulakan dengan Mommy buat demo menulis di depannya? Pasti dia pun akan minta sebatang pensil juga nak cuba.

#2. Latih motor skill anak dengan memegang objek seperti pensil

Pensil ni, matanya tajam kan. Runcing gitu. Jadi sebab itulah agak susah nak pegang, imbangkan dan gerakkan pensil ni.

Jadi teknik kita untuk membiasakan anak memegang pensil ni, adalah bermula dengan mengasah motor skill mereka. Antara objek yang membantu adalah crayon.

Crayon kan bermata tebal. Lebih mudah untuk conteng-menyonteng dan saiznya pun lebih kurang jari-jemari anak kan? Cuba biasakan dahulu anak-anak memegang dan menggunakan objek seperti ini ya?

#3. Tarik minat anak dengan pensil warna-warni

Kredit gambar: istockphoto

Selain itu, kalau guna pensil karbon je, nanti anak-anak akan bosan. Jadi Mommy perkenalkanlah pensil warna yang warna-warni padanya.

Pasti mereka akan lebih seronok menulis!

#4. Mulakan menulis dengan buku latihan kanak-kanak

Pernah kan bila kita ke kedai alat tulis ke, kita tengok buku menulis kanak-kanak yang mengajar cara menulis dengan teknik yang pelbagai? Contohnya dengan mengikuti titik-titik yang membentuk tulisan dan objek.

Haa… kaedah ni memang membantu ya. Kalau di permulaan, memang elok ajar anak menulis menggunakan kaedah ni.

#5. Beli pensil pelbagai jenis

Kredit gambar: istockphoto

Bukan sahaja warna, bentuk dan jenis pensil pun menarik perhatian anak. Sekarang ni memang terdapat pelbagai jenis pensil dah di pasaran.

Ada yang ada kartun di kepalanya, ada yang isi karbon pensil yang boleh ditukar-tukar dan bermacam lagi. Jenis dan bentuk pensil pun memainkan peranan tau!

#6. Pegang tangan anak ketika menulis

Memang membantu kalau memegang tangan anak ketika menulis. Tetapi tak boleh buat selalu dan bila pegang tu, lembut je. Biar anak kita yang mengawal pergerakan pensil tu.

Kita hanya membimbing arah je tau. Itu pun, hanya perlu apabila anak memang memerlukan bantuan ya?

#7. Galakkan anak berkarya

Kredit gambar: istockphoto

Kalau kita fokus sangat pada pelajaran tu, nanti anak bosan dan rasa tertekan. Jadi kenalah biarkan mereka berkarya dengan bebas juga.

Biarkan mereka tulis dan lukis apa mereka nak dari masa ke semasa.

#8. Beri kata pujian dan dorongan

Bila mengajar anak menulis tu, kenalah beri kata pujian dan sokongan kepada mereka. Nanti mereka pasti lebih semangat untuk menulis dan mencuba.

Sokongan moral ni kena sentiasa ada ya.

#9. Buat perancangan penulisan bersama anak

Kredit gambar: istockphoto

Kita tak nak juga anak kita lari fokusnya kan? Jadi kita berbincang dengannya dari awal dan buat perancangan penulisan untuk waktu itu atau hari itu.

Sebagai contoh, hari ini kita nak belajar tulis huruf A, B, C dan nombor 1, 2, 3. Setkan perancangan yang ideal dan plan ini boleh diubah seiring dengan perkembangan dan penerimaan mereka ya?

#10. Hantar anak ke play school

Sekarang ni, dah ada banyak dah play school di negara kita. Ramai dah yang mula menyedari kepentingan play school ni.

Kalau Mommy dan Daddy sibuk atau memerlukan bantuan, boleh je hantar ke play school. Selain daripada belajar menulis, banyak lagi aktiviti menarik yang bagus untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

Cara Ajar Anak Menulis

Tak susah pun sebenarnya. Kita kan kenal anak kita Mommy. Boleh cuba kaedah-kaedah ini sewajarnya mengikut kesesuaian ya?

Semoga berjaya!

Sumber: ruangguru


Nak lagi menarik, daftarkan anak Mommy dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik di Motherhood Super Kids dan dapatkan pelbagai hadiah & tawaran menarik secara PERCUMA!