Ibu, Bayi & Kanak Kanak

50 Cara Mudah Membuatkan Anak anda Menjadi Bijak

smart baby

gambar daripada vision smart center

Pakar kanak-kanak mengatakan bahawa tahun pertama dalam kehidupan bayi merupakan waktu utama dalam proses pembelajaran bayi tersebut. Namun kadangkala ia mungkin sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang bayi anda. 50 cara menarik dan saintifik ini pasti akan memberikan inspirasi kepada anda.

Merangsang Penglihatan Bayi

  1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata bayi anda terbuka, lihatlah ke dalam anak matanya. Bayi kecil berupaya mengecam wajah-wajah yang dilihatnya – dan wajah anda sangat penting ! Setiap kali dia memandang anda, bayi anda sedang membina memorinya.
  2. Jelir lidah anda. Kajian mendapati bahawa bayi yang berusia seawal 2 hari berupaya meniru mimik muka – ia adalah petanda penyelesaian masalah awal.
  3. Biarkan bayi anda bertindak. Bawa bayi anda untuk melihat cermin. Pada mulanya dia mungkin berfikiran yang dia sedang melihat seorang bayi yang lain, namun lama kelamaan bayi anda akan menyukai refleksi wajahnya dengan melambaikan tangan dan senyum.
  4. Lakukan perbezaan. Tunjukkan bayi anda 2 keping gambar dalam jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci daripada wajahnya. Gambar-gambar tersebut hendaklah serupa tetapi mempunyai satu perbezaan kecil sahaja (mungkin satu mempunyai pokok dan satu lagi tiada pokok). Bayi yang kecil pun dapat membezakan perbezaan dalam gambar tersebut, yang mana dapat membantu bayi tersebut dalam peringkat mengenal huruf dan membaca nanti.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

Highlighted


Bersembang dan ketawa bersamanya

  1. Berbual dengan bayi anda. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
  2. GO GAGA.Bayi anda amat menyukai apabila anda bercakap seperti bayi.
  3. Menyanyikan lagu. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (”mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Kajian mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
  4. Berikan petunjuk kepada bayi anda. Apabila anda berkata “mak nak buka lampu sekarang” sebelum menekan suis, maka anda sedang mengajarnya tentang sebab dan akibat.
  5. Geletek bayi anda. Geleteklah seluruh badan bayi anda. Ketawa adalah peringkat pertama dalam proses perkembangan deria humour. Bermain permainan seperti “injit-injit semut” atau “tom-tom bak” dapat mengajar bayi anda untuk menjangka perkara yang bakal berlaku.
  6. Buat muka kelakar.Kembungkan pipi dan suruh anak anda menyentuh hidung anda. Apabila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
  7. Bergurau senda dengan bayi. Menunjukkan gambar Pak Cik Abu dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
  8. Menyusu badan, jika boleh. Lakukan selama anda boleh. Kenyataannya, kanak-kanak sekolah yang disusukan badan semasa kecil lebih tinggi IQnya. Tambahan pula, hubungan antara ibu dan bayi juga semakin rapat dengan sambil menyanyi, bercakap, dan membelai rambutnya.
  9. Manfaatkan masa menukar lampin. Gunakan saat-saat menukar lampin untuk mengajar tentang anggota badan badan atau bahagian pakaiannya. Ceritakan segalanya ketika memakaikan lampin untuk membantu bayi anda menjangka rutin.
  10. Menutup televisyen. Otak bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang mana tiada rancangan tv tidak kira walaupun siaran pembelajaran dapat sediakan.
  11. Berikan bayi anda rehat yang secukupnya. Luangkan beberapa minit setiap hari bersama bayi anda dengan hanya baring di atas lantai– tanpa muzik, lampu yang terang atau permainan. Biarkan bayi anda untuk meneroka dan lihatlah kemana dia bawa anda.
  12. Taman permainan. Baring atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak pada anda. Ianya lebih murah daripada gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat membantu bayi anda untuk meningkatkan koordinasi dan kemahiran penyelesaian masalah.
  13. Bina halangan. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan diatas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
  14. Mengoyangkan badan. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina
  15. Bermain permainan bergerak mengikut pergerakan. Merangkak di dalam rumah dengan kelajuan yang berbeza. Berhenti pada lokasi yang sesuai untuk bermain..
  16. Mengikut kemahuannya. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
  17. Bawa bersiar. Bawa bayi anda bersiar dengan cara sling atau galasnya dengan beg pendukung bayi dibelakang. Ceritakan apa yang anda lihat— “ tengok anjing itu” atau “tengoklah pokok-pokok itu” ataupun “adakah kamu dengar itu?” – untuk membantu anak anda menambah perbendeharaan kata.
  18. Membeli belah.Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
  19. Mengubah tempat.  Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yang lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
  20. Berikan kejutan. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
  21. Permainan meneka. Letakkan beberapa buah cawan kosong, sembunyikan mainan bayi anda dalam salah satu cawan tersebut dan biarkan dia mencari mainannya.
  22. Bermain sorok-sorok. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
  23. Mengutip benda yang jatuh. Walaupun bayi anda kelihatan sengaja menjatuhkan mainannya berulang kali hanya untuk membuatkan anda marah, kutiplah mainan tersebut. Sebenarnya bayi anda sedang belajar dan menguji hukum gravity. Berikannya beberapa helai kertas yang dironyok seperti bola, ataupun bola tenis, dan letakkan bakul di bawah kerusinya. Biarkan dia bermain.
  24. Berikannya tisu. Jika bayi anda suka mencabut tisu daripada kotak, biarkan saja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari
  25. Sentuh dan rasa bayi anda.Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
  26. Lakukan dengan cara anda. Berjalan sekeliling rumah dengan mendukung bayi anda, letakkan tangannya di tingkap, pakai yang lembut, daun pokok, dan barangan selamat yang lain sambil melabel item yang selamat.
  27. Biarkan anak anda bermain dengan makanannya. Apabila anak anda sudah bersedia, hidangkan makanan dalam pelbagai jenis bentuk.—termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta, ataupun cebisan daging yang dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
  28. Sesame Street.  Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
  29. Mengajar mengira. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
  30. Membaca buku. Lagi sekali, saintis mengatakan bahawa bayi-bayi seawal usia 8 bulan boleh belajar mengenal urutan perkataan dalam sesebuah cerita apabila ia dibaca 2 atau 3 kali sekali gus.
  31. Cerita dongeng. Pilih cerita kegemarannya, gantikan watak utama dengan namanya untuk membuatkan cerita tersebut lebih menarik.
  32. Perpustakaan.Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
  33. Album keluarga. Masukkan sekali gambar-gambar saudara-mara yang terdekat atau jauh,lihat untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
  34. Cipta buku koleksi binatang. Selepas melawat zoo, kumpulkan koleksi gambar-gambar haiwan untuk dimasukkan ke dalam album. Kemudian, bacakannya bersama sambil memberi pelajaran tentang binatang-binatang tersebut dengan membuat bunyi-bunyi seperti binatang dan cerita dongeng.
  35. Tunjukkan padanya. Bersama-sama menonton video bayi anda mandi buat pertama kali, berguling dan bermain bersama atuk. Ceritakan kisah tersebut bagi meningkatkan penggunaan bahasa dan sebagai kenangan.
  36. Permainan memori keluarga. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya)
  37. Banyakkan bercerita. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa harimau marahkan kucing??”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik tengok labu?”)
  38. Main hujan.Lompat ke dalam lopak. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
  39. Kadangkala jadikan beliau bos.Bina keyakinan dirinya dengan memberi anak anda pilihan antara dua pilihan : memberinya mangkuk berlainan warna ketika makan contohnya. Anak anda akan belajar mengenai membuat keputusan – serta dapat berlatih mengenal warna.
  40. Bermain dengan pakaian. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya, cari topi-topi lama, scarf, ataupun sarung tangan lama. Layankan kerenah anak anda dan lihatlah bagaimana kretiviti dan imaginasinya membawa anda.
  41. Bermain dengan permainan lama. Cari semula permainannya yang lama ketika anak anda kecil. Anda pasti kagum melihat anak anda bemain dengan cara baharu untuk bermain permainan tersebut.
  42. Luahan perasaan. Peluklah anak anda sebelum tidur, Tanya anak anda apakah yang membuatkan dia gembira atau sedih pada hari tersebut. Perkara yang membuatkannya marah—atau bangga? Anda akan membantunya untuk mengingati semula tentang hari tersebut, dan mengajarnya tentang emosi. Perbuatan ini perlu dikekalkan sehingga anak anda melanjutkan pelajaran di universiti.
  43. Mencari serangga. Cari gambar-gambar serangga yang tidak merbahaya, (kumbang, cengkerik, rama-rama) dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman dan cari serangga tersebut.
  44. Bermain warna.Apabila keluar bersama,pilih satu warna (kuning atau biru) kemudian minta anak anda untuk mencari warna-warna tersebut ketika dalam perjalanan. Kemudian biarkan anak anda pilih warna dan anda pula mencari warna tersebut.
  45. Berikan anak anda kerja untuk dilakukan. Kanak-kanak kecil boleh membantu untuk mengasingkan pakaian yang berlainan warna di rumah. Anak anda juga boleh mengetahui baju miliknya sendiri.
  46. Ajarkan mengenai isipadu.Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Ajarkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
Artikel dikreditkan kepada https://www.parents.com/