Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Ambil Mudah! Ini 6 Cara Basuh Baju Baby Yang Betul

cara basuh baju baby

Kredit gambar: henryandgrace.com

Kebersihan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita. Bukan sahaja persekitaran dan tubuh badan sahaja perlu bersih malah, pakaian juga haruslah bersih untuk mengelakkan dari sebarang penyakit.

Begitu juga dengan bayi. Penting untuk pastikan pakaian bayi sentiasa bersih dan bebas dari kuman pembawa penyakit dengan mengamalkan cara basuh baju baby yang betul.

Namun, mencuci baju bayi bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan perhatian yang khusus. Hal ini kerana, kulit bayi lebih sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa.

Oleh itu, perkongsian kali ini akan memfokuskan cara basuh baju bayi yang betul. Ikutinya di bawah!

Cara Basuh Baju Baby Yang Betul

Highlighted

Kredit gambar: hellocharlie.com.au

#1. Cara Basuh Baju Baby dengan Menggunakan Sabun Pembasuh Khas Bayi

Pastikan Mommy gunakan sabun pembasuh baju atau detergen yang direka khas untuk mencuci pakaian bayi. Kulit bayi yang halus dan sensitif mungkin akan menyebabkan kerosakan pada kulit bayi.

Hal ini kerana, sabun pembasuh baju yang biasa digunakan untuk mencuci pakaian orang dewasa mungkin mempunyai bahan yang tidak sesuai dengan kulit bayi.

Tambahan lagi sekiranya bayi Mommy sememangnya mempunyai masalah kulit seperti ekzema. Pastikan Mommy memilih sabun pencuci yang hipoalergenik.

Antara bahan yang perlu dielakkan dalam sabun pembasuh baju bayi adalah pewangi dan pewarna yang digunakan.

#2. Asingkan Baju Bayi dengan Baju Mommy dan Daddy

Cara yang seterusnya ialah elakkan mencampur baju Mommy Daddy dengan baju bayi. Sebolehnya Mommy asingkan baju Mommy dan Daddy dengan bayi.

Ini kerana, apabila dicampurkan khuatir bakteria dan kuman yang ada pada baju Mommy berpindah ke pakaian bayi. Apabila ini terjadi, bayi Mommy mungkin akan naik ruam atau menjadi punca alergik.

#3. Cara Basuh Baju Baby dengan Elakkan Penggunaan Pelembut Kain

Kredit gambar: www.bhg.com

Tahukah Mommy pelembut kain adalah tidak sesuai untuk digunakan pada pakaian bayi? Pelembut kain mempunyai banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

Selain itu, penggunaan pelembut juga boleh menyebabkan fungsi kalis api yang terdapat pada sesetengah baju hilang.

Oleh itu, elakkan penggunaannya semasa mencuci baju bayi. Cukuplah dengan penggunan sabun pencuci khas bayi.

#4. Keringkan Baju bayi di Bawah Sinaran Matahari

Selain pakaian cepat kering, menjemur baju di bawah cahaya matahari juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada baju.

Oleh itu, elakkan menjemur pakaian bayi Mommy di tempat yang teduh atau tertutup seperti di dalam rumah.

#5. Simpan Pakaian di Tempat yang Tertutup

Cara basuh baju bayi terakhir ialah selepas mencuci pastikan baju bayi Mommy disimpan di tempat yang tertutup.

Bukan sahaja akan nampak kemas tetapi juga dapat dapat menghindarkan baju anak Mommy terkena habuk atau najis binatang seperti najis cicak.

Tetapi jika tempat simpanan baju anak Mommy jenis yang terbuka, cukuplah dengan alaskan sehelai kain di atas lipatan pakaian anak Mommy.

#6. Basuh Baju yang Baru Dibeli

Kredit gambar: lifewithkids.cuterascals.com

Sebagai tambahan, Mommy harus membasuh pakaian yang baru dibeli walaupun secara mata kasarnya terlihat cantik dan bersih.

Hal ini kerana, baju yang baru dibeli ini telah dipegang oleh banyak tangan sebelum Mommy membelinya. Oleh itu, sebaiknya basuh terlebih dahulu sebelum dipakai untuk kesihatan anak Mommy.

Kesimpulannya, jangan lupa untuk mencuci pakaian bayi secara kerap dan pastikan ianya sentiasa bersih dan segar. Mommy juga boleh menggunakan kaedah lain seperti mesin basuh, tetapi pastikan untuk memilih program yang sesuai supaya tidak merosakkan baju bayi.

Dengan adanya penjagaan yang betul, barulah baju bayi akan kekal bersih, segar dan selesa untuk digunakan.

Tak lama lagi dah nak bergelar Mommy dan Daddy. Tapi, ilmu berkaitan si manja belum ada. Macam mana? Jom ke laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mommy dan Daddy nanti.

Klik link yang kami berikan ini untuk lebih informasi dan yang lebih istimewa lagi banyak voucher dan hadiah lain yang menanti tau!

Jangan lupa juga untuk join program “New Mom Program” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan berguna yang lain di SINI!