Ibu, Bayi & Kanak Kanak

4 Cara Bayi Tunjukkan Rasa Sayang

sayang-ibubapa-bayi

credit: Motherly

Pernah tak tengah jalan lepas tu ada baby senyum dekat kita? Apa rasa? Seronok kan? Apa tandanya tu? Mengikut kajian, kalau ada baby senyum dekat kita tu tandanya dia suka kita. Tapi nak tahu tak ada lagi cara lain yang bayi boleh tunjuk yang dia sayang kita?

Teruskan membaca.

4 Cara Bayi Tunjukkan Rasa Sayang

1. Suka dengar suara kita

Macam mana tu? Memang dari dalam perut lagi bayi dah kenal suara ibubapa dia, terutama sekali mak. Jadi tak hairan la kalau dengar suara mak je, bayi akan gembira dan berhenti menangis. Tapi ni boleh jugak diaplikasikan untuk orang luar contohnya ibu saudara. Kalau bayi tu sayang orang tertentu, bayi tu akan cenderung berpaling ke arah suara orang yang dia sayang. Even bila kita tengah syok berborak pun bayi tu akan mencari suara yang dikenali sebab dia nak tengok orang yang dia sayang, dan macam tu cara bayi tunjuk rasa sayang kepada kita.

Highlighted

credit: Today Show

2. Tenung muka orang yang dia sayang

Yang ni rasanya semua orang dah tahu, kalau ada orang suka kita pun, mereka akan tenung kita. Apatah lagi baby. Bayi akan tunjuk dia sayang kita bila dia tenung kita dan senyum. Mesti cair kan? Hehe

3. Selesa dalam dakapan anda

Pernah tak peluk bayi, lepas tu bayi tu siap boleh tertidur? Untuk para ibu memang benda biasa la kan sebab nama pun ibu, bayi memang akan selesa. Menurut kajian juga, degupan jantung seorang ibu akan membuatkan bayi merasa tenang, sebab tu bayi senang je nak tidur dalam dakapan ibu. Untuk orang luar pula, kalau nak tahu bayi tu suka dan selesa dengan kita ke tak, cuba la dodoikan dia. Kalau bayi tu tertidur maknanya memang bayi tu selesa dengan kita. Tertidur sebab dia percaya kita dan rasa tenang. Comel kan?

4. Panggil nama anda

Bukan paggil nama la, biasa bayi akan start dengan nama panggilan, macam “mama” “papa”, kalau bayi tu sebut nama kita, maknanya dia suka kita dan nak perhatian.

credit: Time Magazine

Nak baca banyak lagi info tentang keibubapaan? Klik di sini.

Nak dapatkan barang bayi best dan murah? Sila Klik disini!