Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Betul Ke Macam Ni Mommy? Cara Yang Betul Untuk Beri Anak-anak Ubat Cecair

Bayi yang kecil semestinya tidak boleh telan ubat seperti orang dewasa dan mereka sering diberi ubat dari bentuk cecair. Tetapi, tak semua kanak-kanak mudah untuk makan atau menelan ubat tersebut kerana rasanya yang pahit dan ini merupakan salah satu cabaran yang para ibu harus lalui—iaitu memberi anak kecil makan ubat.

Apabila anak mula demam ataupun menunjukkan gejala-gejala penyakit, Mommy pun pening memikirkan nasib yang mendatang.

Alamak anak demam panas ni tapi dia taknak makan ubat!

Ah sudah, macam mana nak pujuk ni Mommy?

Mesti peningkan nak bagi anak makan ubat. Lagi-lagi semasa mereka tengah ‘kemuncak’ sakit. Tidak kira la demam ke, batuk ke, mesti wajib makan ubat untuk cepat sihat! Mujur ada Dr Erna Nadia yang kongsikan satu Facebook post tentang tips memberi ubat cecair kepada anak kecil.

Jika anak Mommy mempunyai masalah makan ubat, boleh baca lebih lanjut di bawah.

Tips Bagi Ubat Cecair Pada Anak Kecil 

Highlighted


Jika anak kecil anda tak sihat dan doktor sudah tentu akan bagi ubat cecair pada mereka. Jika bagi 2 jenis ubat (contoh ubat demam dan ubat antibiotik), mesti pembantu klinik atau pegawai farmasi akan bagi 2 buah ‘syringes’ (penyedut tarik tarik ubat tu).

Maka,

  • Janganlah campur campur ‘syringe’ untuk ambil atau sedut keluar ubat tu ya. Satu ‘syringe’ untuk satu jenis ubat.
  • Tarik hanya sekali. Jangan dah tarik lepas tu lepaskan semula. Nanti kurang berkesan dah ubat tu.
  • Dah selesai bagi ubat untuk satu sesi tu, terus cuci syringe tersebut. Setiap kali habis guna mesti kena cuci.

Ikutlah dos yang betul dan habiskan seperti yang disarankan.

Untuk baca dengan lebih lanjut, Mommy boleh klik di sini.

Oh, macam tu rupanya! Ada banyak juga yang Mommy harus take note bukan?

Banyak tips yang telah dikongsikan oleh Dr Erna. Banyak juga ilmu baru yang kita dapat. Semoga ia bermanfaat untuk Mommy dan sekeluarga. Sekarang pun musim anak banyak sakit dan macam-macam virus yang ada. Jangan lupa Mommy, sentiasa menjaga kebersihan diri di mana sahaja Mommy berada.

Selamat mencuba dan jaga diri~