Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Cara Bersihkan Kipas Angin: Tips Praktikal Untuk Kipas Bersih dan Bebas Habuk

cara bersihkan kipas angin

Kredit gambar: www.lovetoknow.com

Kipas angin merupakan salah satu peranti yang sering kita gunakan, tetapi sayangnya, ia juga sering menjadi tempat pengumpulan habuk yang tidak diingini.

Jika Mommy bosan dengan rutin lama membersihkan kipas tetapi habuk tetap kembali melekat dalam masa yang singkat, jom ikut kami terokai beberapa cara bersihkan kipas angin paling mudah dan yang bestnya, kipas anda tetap kekal bersih untuk tempoh yang lama jika guna cara ini!


Cara Bersihkan Kipas Angin Agar Habuk Tak Melekat

Stress bukan main kan apabila kipas yang baru dibersihkan kembali berhabuk dalam masa yang singkat? Namun, jangan risau, terdapat cara mudah untuk mencegah habuk melekat pada bilah dan jaring kipas. Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pertama sekali, bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Kemudian, campurkan pelembut pakaian, cuka makan, dan air dalam bekas lain dengan nisbah campuran 1:1:1 untuk setiap bahan.

2. Semburkan campuran yang telah disediakan secara rata pada bilah dan jaring kipas. Pastikan seluruh permukaan terkena campuran.

Highlighted

Kredit gambar: storables.com

3. Biarkan campuran tersebut bertindak selama 5 minit. Selepas itu, lap permukaan bilah dan jaring kipas dengan kain lembab. Pastikan kering sebelum digunakan semula.

Kredit gambar: tranphat.net.vn

4. Untuk hasil yang optimum, ulangi proses ini setiap 2 atau 3 bulan. Ini akan membantu kipas kekal bersih tanpa habuk melekat untuk tempoh yang lebih lama.


Cara Bersihkan Kipas Guna Sarung Bantal

Cara ini memudahkan proses pembersihan jenis kipas siling bagi mengelakkan habuk berselerak. Ikuti langkah-langkah berikut:

#1. Sarungkan bilah kipas dengan menggunakan sarung bantal. Pastikan bilah kipas tertutup sepenuhnya.

Kredit gambar: Instagram @byjillee

#2. Pegang hujung sarung bantal yang terbuka dan urutlah bilah kipas dari luar. Habuk akan tersimpan dalam sarung bantal, menjadikan proses pembersihan lebih cepat dan bersih.


Kipas Anti-habuk dengan Magic Spray

Kredit gambar: www.thespruce.com

Ingin memiliki kipas yang bersih dan anti-habuk? Jom cuba magic spray yang boleh anda buat sendiri. Berikut adalah ramuan rahsia:

  • 1/2 cawan air
  • 4 pam sabun cuci pinggan
  • 1/2 sudu olive oil
  • 1/2 sudu cuka makanan (vinegar)
  • Beberapa titik essential oil (pilihan)

Campurkan semua bahan dalam botol spray dan goncangkan sehingga sebati. Selepas membersihkan habuk dengan berus, semburkan magic spray ini pada bilah dan jaring kipas, lalu lap dengan kain. Cara ini tidak hanya mudah tetapi juga cepat.

Dengan mengamalkan salah satu atau gabungan dari cara-cara di atas, anda boleh menikmati udara yang lebih segar dan sejuk daripada kipas angin tanpa risau tentang habuk yang melekat. Ingatlah untuk mengulang langkah-langkah tertentu secara berkala untuk hasil yang optimum. Selamat mencuba!


Dapatkan pelbagai lagi info dan DIY hacks yang lain di SINI!