Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Cara Bersihkan Lala Dari Pasir dan Selut Yang Paling Mudah

cara bersihkan lala

Kredit gambar: kisahsidairy.com

Renyah tak cara bersihkan lala? Soalan ini paling banyak diutarakan bagi mereka yang jarang makan dan masak menu berbahankan lala ini. Bukannya tak suka, tapi disebabkan rasa yang lala ni sangat payah untuk dibersihkan.

Jadinya, menu yang berasaskan bahan utama ini dipandang sepi walaupun hati meronta-ronta nak makan.

Oleh itu, kali ini Motherhood nak bantu anda semua dengan kongsikan bagaimana cara bersihkan lala yang paling mudah dan gerenti bebas pasir dan selut! Terdapat beberapa cara bersihkan siput lala yang sangat manis rasanya ini.

Untuk mengetahui apakah cara basuh lala atau siput lala yang betul, ikuti entrinya di bawah ini. Jom ambil tahu!

Cara Bersihkan Lala Yang Paling Senang

#1. Menggunakan Garam dan Minyak

Highlighted

Kredit gambar: helloglow.co

Basuh sekali dan rendam dalam air dengan 1 sudu teh minyak dan garam. Biarkan selama 1 jam, lumpur di dalam lala akan masuk ke dalam air jika lala tidak mati.

Jika anda melihat tiada yang terbuka sama sekali, itu bermaksud lala tersebut telah mati atau hanya lumpur di dalamnya. Kemudian, bilas beberapa kali di bawah air sehingga semua lala bersih.

#2. Cara Bersihkan Lala Menggunakan Tepung Jagung

Kredit gambar: markaindo.com

Caranya adalah dengan memasukkan tepung jagung ke dalam baldi besar yang diisi dengan air bersih. Rendam lala di dalamnya selama sejam sebelum membilasnya sehingga bersih.

#3. Menggunakan Air Laut

Kredit gambar: permatamama.wordpress.com

Jika anda mempunyai akses kepada air laut, dapatkan sebekas air laut dan biarkan kesemua lala terendam di dalamnya selama semalaman di dalam peti sejuk. Cara ini juga dapat mengekalkan kesegaran lala tersebut.

#4. Cara Bersihkan Lala Menggunakan Cili Kering atau Cili Merah

Kredit gambar: www.fiezasani.xyz

Mula bersihkan lala dengan air paip sehingga bersih. Kemudian masukkan air bersih dan beberapa tangkai cili kering yang telah dipotong. Mommy boleh juga gunakan cili merah yang dipotong untuk masukkannya ke dalam lala.

Bilas seketika dan biarkan dalam setengah jam. Selepas setengah jam, lala akan terbuka dan keluarkan segala kotoran dan selut di dalamnya. Buang air tersebut dan bilas sehingga bersih.

#5. Cara Basuh Lala Guna Ketulan Ais

Kredit gambar: baconfatte.com

Mula-mula, basuhkan lala dengan air paip. Bilas dan tuang air tersebut. Kemudian, ulang langkah yang sama beberapa kali. Setelah itu, masukkan beberapa blok ais untuk sejukkan lala tersebut untuk segarkannya.

Kemudian buka lala sedikit di bawah air untuk bersihkan di dalamnya dan buang lala yang busuk. Ramas semua lala dengan air sehingga kotoran keluar. Kemudian tuang air dan bilas sehingga bersih. Setelah itu, masukkan ais dan rendam selama 45 minit. Lala akan keluarkan segala kotoran.

#6. Simpan di Tempat Sejuk Beku

Kredit gambar: myresipi.com

Masukkannya ke dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum membersihkannya. Lala akan terbuka dengan sendiri dan anda boleh mula mencucinya.

#7. Cara Basuh Lala Guna Garam dan Tepung Jagung

Basuh lala beberapa kali dan rendam lala di dalam air dan masukkan 1 sudu garam. Biarkan selama 15 minit barulah dicuci bersih. Anda akan lihat semua lumpur dan pasir halus keluar dari lala tersebut.

Ambil 2 sudu garam dan 2 sudu tepung jagung masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk 1 liter Kacau sebati semua bahan. Kemudian masukkan lala kedalamnya, tutup dan letakkan di tempat tertutup selama 2 jam.

#8. Guna Garam dan Serai

Kredit gambar: www.finedininglovers.com

Cuci bersih lala, kemudian rendamkannya di dalam air bersih. Masukkan beberapa sudu garam dan beberapa helai daun serai.

Tujuan daun serai digunakan adalah untuk hilangkan bau hanyir lala tersebut. Ramas semua bahan bersama lala sehingga yakin bersih. Buang lala yang busuk dan dipenuhi lumpur di dalamnya. Cuci sehingga bersih.

Banyak kan cara basuh lala ni? Mommy boleh pilih mana satu kesukaan Mommy. Semoga selepas tahu cara bersihkan lala ini, Mommy sudah boleh masukkan lala dalam senarai menu masakan Mommy!


Mommy boleh cuba pelbagai lagi tips atau petua masakan menarik yang lain di SINI.