Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Jangkitan Kulat Pada Lidah Bayi! Ikut Tips dan Cara Bersihkan Lidah Bayi Yang Berkesan Ini

cara bersihkan lidah bayi

Kredit gambar: www.healthline.com

Bayi akan mula tumbuh gigi ketika usia mereka memasuki 4 bulan. Oleh itu, sebelum gigi bayi tumbuh, kebersihan mulut bayi perlulah sentiasa dijaga dengan cara bersihkan lidah bayi menggunakan kaedah yang betul.

Tabiat suka membiarkan susu ibu atau sisa susu formula di dalam mulut bayi selama beberapa hari boleh menyebabkan bakteria membiak dalam mulut mereka di mana ia akan menyebabkan jangkitan kulat berlaku.

Jangkitan kulat yang dinamakan sariawan mulut atau Oral thrush ini boleh dikenalpasti dengan rupanya yang putih berkrim di dalam mulut bayi Mommy.

Ia dapat merebak dengan cepat dan bayi akan mengalami rasa yang tidak selesa dengan kesan seperti terbakar di mana membuatkan mereka sukar untuk makan atau minum susu.

Oleh itu, untuk mengelakkan berlakunya masalah jangkitan ini, dalam perkongsian di bawah, kami telah senaraikan beberapa cara yang Mommy dan Daddy boleh lakukan untuk membersihkan lidah bayi tersayang.

Jom lihat!

Cara Bersihkan Lidah Bayi Yang Betul & Berkesan

Highlighted

Kredit gambar: parentinghealthybabies.com

Mommy dan Daddy perlu tahu bahawa lidah merupakan organ utama untuk penyusuan. Oleh itu, lidah bayi harus dibersihkan secara tetap untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan kulat, bakteria atau kuman lain.

Bukan sahaja kepada kanak-kanak yang lebih berumur, bayi yang baru lahir juga sangat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mulut kerana sistem imun mereka yang masih belum mampu berkembang dengan sepenuhnya.

Oleh itu, untuk kekalkan kesihatan bayi yang berpanjangan adalah menjadi satu kepentingan dan kewajiban bagi Mommy dan Daddy untuk mula membersihkan gusi dan lidah bayi lebih awal.

Mommy perlu membiasakan diri mengelap lidah, gusi dan gigi mereka sebaik sahaja bayi selesai minum susu atau makan bagi mengelak sebarang kotoran atau sisa makanan melekat pada permukaan lidah dan gusi bayi.

Cara-cara Untuk Membersihkan Lidah Bayi

#1. Mula-mula, Mommy perlu basuh tangan untuk memastikan ia bersih.

#2. Kemudian, ambil sekeping kain kecil atau kain kasa dan balut pada jari tangan kanan. Basahkan kain tersebut dengan air yang suam.

#3. Setelah itu, Mommy buka mulut bayi menggunakan tangan kiri dengan lemah lembut dan letakkan jari yang telah dibalut kain sebentar tadi pada lidah bayi dan gosok perlahan-lahan di permukaan lidah dalam bentuk bulatan.

#4. Selepas lidah sudah kelihatan bersih, Mommy gosok pula di bahagian gusi dan bahagian dalam pipi bayi.

#5. Lakukannya setiap kali bayi selesai minum atau makan.

#6. Sekiranya Mommy lihat kesan tompokan putih pada lidah bayi tidak hilang, dapatkan nasihat doktor untuk memeriksa jika terjadinya sariawan pada mulut bayi.

Tips Bersihkan Lidah Bayi

Kredit gambar: www.walmart.ca

#1. Kenalpasti Sama Ada Jangkitan Kulat atau Hanya Lapisan Susu

Mommy perlu kenalpasti terlebih dahulu apakah ia hanya lapisan susu yang masih boleh dibersihkan ataupun sudah terdapat jangkitan pada permukaan lidah dan mulut bayi. Sekiranya ia adalah jangkitan, segera bawa bayi berjumpa dengan doktor.

#2. Lakukan Pembersihan

Cuba bersihkan terlebih dahulu tompokan putih yang terdapat pada permukaan lidah bayi dan sekiranya Mommy gagal untuk membersihkannya barulah bawa bayi berjumpa doktor kerana dikhuatiri sudah berlaku jangkitan.

#3. Jadikan Rutin Bersihkan Lidah Selepas Makan dan Minum

Untuk elakkan terjadinya sariawan, Mommy perlu masukkan rutin pembersihan lidah secara harian dan pastikan juga payudara dan semua alatan penyusuan dicuci bersih setiap kali ingin menyusu.

#4. Beri Minum Air Suam

Mommy juga boleh cuba memberikan air suam kepada bayi sekiranya bayi sudah memasuki usia 6 bulan setiap kali selesai menyusu sebagai cara untuk membilas mulutnya.

#5. Kenalpasti Tanda Amaran

Sekiranya Mommy mendapati terdapat tompokan putih pada lidah bayi, segeralah mencucinya. Hal ini bagi mengelakkan bakteria membiak dengan cepat dan sekaligus berlakunya jangkitan kulat.

Semoga dengan perkongsian ini, Mommy dan Daddy dapat maklumat yang selengkapnya.


Dapatkan juga pelbagai lagi tips kesihatan dan penjagaan bayi serta panduan keibubapaan yang menarik di SINI!


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood sekarang!