Mommy tahu tak cara bersihkan siput sedut yang betul? Kalau tak cuci dengan betul, jawabnya berlendir la nanti. Bau hanyir dan paling teruk ada rasa selut dalam masakan!
Jadi, kali ni Motherhood nak kongsikan sedikit panduan untuk Mommy semua cara cuci siput sedut yang betul dan dijamin bebas selut dan lendir.
Jom lihat
Cara Bersihkan Siput Sedut
Berikut merupakan cara cuci siput sedut paling mudah dan cepat bersih iaitu:
#1. Masukkan siput sedut ke dalam periuk yang agak-agak muat. Basuh sehingga bersih selama beberapa kali. Setelah itu, rendamkannya di dalam air selama 3 hingga 4 jam untuk keluarkan lendir dari tubuh.
Kemudian, bilas lagi selama beberapa kali dan toskan airnya.
#2. Cara simpan siput sedut, anda gaulkannya terlebih dahulu dengan hampas kelapa, selepas itu biarkan ia semalaman. Tujuannya adalah supaya siput tersebut muntahkan segala kotoran yang terdapat dalam badan dia.
#3. Pastikan anda menutup dengan rapat menggunakan penapis dan tindihkan dengan lesung batu atau benda berat.
#4. Keesokannya, anda akan lihat hampas kelapa tersebut sudah bertukar warna kerana siput sedut telah muntahkan segala kotoran dalaman.
#5. Ambil siput sedut tersebut dan kerat hujung bontot siput menggunakan cutter tetapi sila pastikan jangan pendek sangat, takut susah nak sedut.
#6.Gosok siput sedut dengan daun pucuk ubi sehingga kotoran yang melekat tertanggal dan cuci bersih kesemua siput sedut tersebut dan boleh terus masak.
Petua Untuk Siang Siput Sedut
Berikut merupakan cara siang siput sedut iaitu:
- Boleh guna playar atau cutter.
- Pecahkan sedikit di bahagian bawah cengkerang siput sedut iaitu hanya 2 alur dari bawah sahaja.
- Selepas selesai siang, terus basuh dan buang air cucian yang kotor. Anda perlu lakukan proses cucian ini berulang kali bagi memastikan siput sedut benar-benar bersih.
- Kemudian, rendam siput sedut dengan air garam selama 5 hingga 10 minit.
Semoga dengan perkongsian cara cuci siput sedut ini, Mommy semua sudah tahu bagaimana caranya yang betul!
Dapatkan juga pelbagai tips dan petua masakan yang lain di SINI!