Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Periksa Semula Cara Bersihkan Telinga Anak Yang Betul Dengan Panduan Lengkap Ini

cara bersihkan telinga anak

Kredit gambar: istockphoto

Penjagaan kanak-kanak ni bukan mudah kan? Kena peka dan teliti dengan semuanya. Antara salah satu perkara yang ramai mak ayah leka atau kurang beri perhatian adalah cara bersihkan telinga anak yang betul dan selamat.

Bukan main korek je tau Mommy! Doktor pakar pun dah sahkan ia membahayakan. Tak semua cara bersihkan telinga tu selamat. Terdapat beberapa cara bersihkan telinga anak yang disyorkan dan Mommy boleh cuba di rumah.

5 Cara Bersihkan Telinga Anak Dengan Selamat

#1. Guna mineral oil

Biasanya kotoran telinga ni keluar dengan sendirinya. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila kotoran itu mengeras dan melekat pada dinding dalam telinga.

Pendengaran pun mula tak jelas dan ada banyak kes juga, semakin sakit. Kalau macam ni, Mommy dan Daddy tak boleh paksa keluar dengan pengorek telinga tau.

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah, melembutkan kotoran tu dengan mineral oil. Sapu dan oles mineral oil ni di sekeliling dinding dalam telinga dengan putik kapas atau pengorek telinga.

Tetapi mesti hati-hati ya. Perlahan-lahan je dan hanya di kawasan outer ear sahaja. Dah lembut nanti, barulah boleh cuba korek guna pengorek telinga.

#2. Bersihkan selepas mandi

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Perasan tak apabila kita mandi, segala kotoran dalam ruang rongga akan menjadi lembut? Kotoran dalam hidung, dalam telinga; memang akan jadi macam tu.

Lebih-lebih lagi kalau kita mandi air suam atau panas. Kalau nak senang, bersihkan je kotoran telinga anak Mommy selepas mandi ya?

#3. Bersih guna pengorek telinga yang sesuai

Ramai yang gunakan putik kapas kan untuk bersihkan telinga? Haa.. ini sebenarnya cara yang kurang sesuai dan boleh membuatkan keadaan bertambah teruk.

Yang sebetulnya, gunalah pengorek telinga yang diperbuat daripada besi atau kayu. Pastikan bahagian mulutnya tu tumpul ya. Kita tak nak lukakan dinding telinga anak nanti.

Kalau perlu juga guna putik kapas, pastikan Mommy guna yang khas untuk bayi tu. Saiznya kecil dan boleh digunakan untuk kanak-kanak jika perlu.

#4. Guna kain lembap suam

Kredit gambar: istockphoto

Kotoran pada telinga ni bukan di bahagian dalam je. Di kawasan luar telinga, di celah-celah dalam cuping tu, memang banyak kotoran ya.

Malah untuk sesetengah orang, memang banyak betul kotoran di bahagian tu. Bila berkumpul banyak-banyak, ia boleh memasuki ruangan dalam telinga.

Mommy kena perhatikanlah. Kalau anak Mommy sering ada kotoran di bahagian ni, memang kena selalu bersihkan dengan kain lembap yang dicelup ke dalam air suam ya?

#5. Masukkan air suam dan keluarkan

Ramai orang dewasa yang buat macam ni kan? Masukkan air ke dalam telinga dan sengetkan kepala ke arah yang berlawanan. Cara ini memang membantu.

Jika untuk kanak-kanak, boleh cuba cara ini dengan menggunakan air suam. Buat untuk beberapa kali dan pasti kotoran tu akan mula melembut dan ada yang akan keluar.

Cara Bersihkan Telinga Anak

Kredit gambar: istockphoto

Banyak je cara nak bersihkan telinga anak. Cumanya kena tengok kesesuaian lah. Kalau rasa perlu guna pengorek telinga, kena pilih yang sesuai dan bersihkan dengan perlahan-lahan.

Kalau hanya di bahagian luar sahaja, guna kain lembap suam pun dah memadai. Perhatikan anak Mommy dan tengok cara yang sesuai dengan mereka ya?

Selamat mencuba Mommy!


Dapatkan pelbagai tips kesihatan di SINI.