Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Report Polis Online Terkini – Senang Dan Cepat!

cara buat polis report online

Kredit gambar: nadz.my/

Sekarang ni, jika berlaku kes kehilangan barang ataupun dokumen, tak perlu dah susah-susah nak ke balai polis. Pihak Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan sistem online yang terbaru di mana rakyat Malaysia yang tinggal di Kuala Lumpur boleh buat report polis secara online je.

Namun kategori kes untuk buat report polis secara online ni hanyalah untuk kes kehilangan sahaja dan bukanlah jenayah seperti:

  • Kehilangan laptop
  • Kehilangan kad pengenalan
  • Kehilangan kad kredit
  • Kehilangan telefon bimbit

Cara Buat Report Polis Online – Step by Step

Harus diingatkan ya, hanya rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh mengisi report polis online ini. Jom, Motherhood tunjukkan satu persatu cara untuk buat report polis online. Senang je Mommy!

#1. Buka portal e-reporting

Highlighted

Kredit gambar: ereporting.rmp.gov.my

Mula-mula, buka portal e-reporting. Akan keluar paparan macam di atas ni.

#2. Isi maklumat untuk ‘Daftar Pengguna”

Kredit gambar: nadz.my/

Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada ‘Daftar Pengguna’. Jika berjaya, Mommy akan boleh akses portal e-reporting ni dengan kad pengenalan dan kata laluan.

#3. Klik pada 2 kotak kecil pada kotak dialog

Kredit gambar: nadz.my/

Akan keluar kotak dialog seperti ini. Mommy perlu klik pada 2 kotak kecil di bawahnya untuk mengesahkan kelayakan umur dan tiada unsur jenayah pada polis report yang ingin dibuat ini. Teruskan dengan klik pada ‘Sambung’.

#4. Jangan tanda pada pilihan dalam kotak ditandakan merah

Kredit gambar: nadz.my/

Akan keluar pula kotak dialog satu lagi yang Mommy perlu isikan pilihan tertentu. Tetapi Mommy tidak boleh pilih pilihan yang dalam kotak merah ini ya. Portal ini hanyalah untuk kes yang tidak berunsurkan jenayah dan tidak memerlukan siasatan lanjut.

Jika tidak, akan keluar penyataan seperti ini:

Kredit gambar: nadz.my/

#5. Akses semula ke portal e-reporting dan tekan ‘Seterusnya’

Kredit gambar: nadz.my/

Bila dah selesai mengisi pilihan dan menjawab soalan-soalan dalam kotak-kotak dialog tadi, Mommy dah boleh akses semula portal e-reporting tadi untuk meneruskan polis report.

Nanti akan keluar maklumat yang Mommy dah isikan dan teruskan je dengan klik pada ‘Seterusnya’.

#6. Isi butiran kejadian

Kredit gambar: nadz.my/

Kemudian, akan keluarlah paparan seperti ini iaitu butiran kejadian yang Mommy perlu isikan.

Cara Buat Report Polis Online

Memang senang kan? Cuma report polis online ni khas untuk Mommy yang tinggal berdekatan di Balai Polis Kuala Lumpur je.

Semoga kelak, sistem ini akan diperkasakan lagi dan boleh digunakan meluas untuk seluruh rakyat Malaysia.