Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buka Akaun ASB Anak Secara Mudah dan Cepat di Cawangan dan Dalam Talian

cara buka akaun asb anak

Kredit gambar: asnb.com.my

Kalau pada zaman dahulu, orang tua-tua akan beli emas untuk anak-anak sejak dari kecil lagi sebagai simpanan untuk masa hadapan mereka.

Sekarang ni, pada zaman yang serba canggih dan adanya banyak kaedah pelaburan yang lain, ramai ibu bapa yang memilih untuk menyimpan duit anak dalam akaun pelaburan seperti ASB.

Apakah Amanah Saham Berhad (ASB)?

Menurut eCENTRAL, ASB adalah singkatan untuk amanah saham berhad. Ia adalah satu tabung unit amanah yang berada di bawah pengurusan ASNB yang merupakan anak syarikat kepada PNB (Permodalan Nasional Berhad).

Harga tawaran seunit ASB ni adalah tetap iaitu RM1 untuk seunit. Pada setiap tahun, pelabur akan mendapat pulangan pelaburan yang dinamakan dividen.

Cara Buka Akaun ASB Anak Secara Online

Ada 2 cara untuk buka akaun ASB ni; secara online dan di cawangan ASNB. Khas untuk ibu bapa yang sibuk berkerja, bolehlah cuba buka akaun ASB anak secara online.

Boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja!

#1. Muat turun aplikasi myASNB

Yang pertama sekali, Mommy dan Daddy hendaklah muat turun aplikasi myASNB.

Highlighted

Kredit gambar: ecentral.my

#2. Isi maklumat yang dikehendaki

Kemudian, Mommy dikehendaki untuk mengisi maklumat seperti nombor kad pengenalan dan akaun bank.

Kredit gambar: ecentral.my

#3. Verifikasikan identiti

Seterusnya, Mommy akan diminta untuk verifikasikan identiti dengan penetapan ID dan kata laluan.

Kredit gambar: ecentral.my

#4. Mulakan pelaburan dengan pembayaran melalui bank yang dipilih

Apabila sudah ada akaun sendiri, bolehlah mulakan pelaburan anak Mommy dengan membuat pembayaran melalui bank pilihan dengan cara yang tertentu.

Pelaburan ini adalah serendah RM10 ya.

Cara Buka Akaun ASB Anak Di Cawangan ASNB

Kalau ada kesempatan dan Mommy lebih memilih untuk ke cawangan ASNB, boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

#1. Buat janji temu di portal ASNB

Untuk memudahkan proses pembukaan akaun, Mommy hendaklah membuat janji temu di portal ASNB terlebih dahulu.

Pergi ke pautan ini ya: Portal ASNB

Kredit gambar: asnb.com.my

#2. Sediakan dokumen yang diperlukan

Kemudian, sebelum ke pejabat cawangan ASNB, Mommy hendaklah sediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun ASB ni.

Untuk anak yang berumur 18 tahun ke atas, sediakanlah kad pengenalan dan untuk yang di bawah umur; myKid/myKad/Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga.

Selain daripada itu, boleh juga kalau nak buka akaun ASNB melalui ejennya.

Kebaikan Buka Akaun ASB

Senang je kan nak buka akaun ASNB ni? Mudah dan boleh mendapat pulangan yang berbaloi, rugi kalau Mommy tak buka untuk anak-anak.

Antara kebaikan ada akaun ASNB ni adalah:

  1. Akan mendapat pulangan dividen yang agak tinggi berbanding platform pelaburan yang lain
  2. Pelaburan untuk masa hadapan, bukan sekadar simpanan
  3. Caj pengeluaran adalah percuma
  4. Pelaburan boleh dihentikan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang caj atau yuran
  5. Kaedah pengurusan akaunnya yang mudah

Jika dinilai secara menyeluruh, memang mudah dan banyak manfaatnya untuk buka akaun ASB ni. Lebih-lebih lagi di masa hadapan, dividen akan semakin bertambah dan bertambah sekiranya Mommy tidak keluarkan unitnya.

Cara Buka Akaun ASB Anak

Rugilah kalau Mommy tak buka awal-awal akaun ASB ni untuk anak. Lagi awal kita bermula, lagi banyak nilai unitnya. Ramai ibu bapa yang simpankan duit raya anak dan simpanan lebihan mereka dalam akaun ASB ni.

Bila anak dah besar nanti, pasti pelaburan ini sangat menguntungkan dan boleh bertindak sebagai dana dan pelaburan kecemasan untuknya.


Dapatkan pelbagi into kewangan yang berguna di SINI.