Ibu, Bayi & Kanak Kanak

4 Tips atau Cara Cairkan Susu Ibu Yang Betul – Mommy Take Note!

cara cairkan susu ibu

Kredit gambar: www.sheknows.com

Impian bagi setiap ibu yang melahirkan untuk menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

Oleh itu, kerana perlu bekerja, ramai ibu yang bekerja memilih untuk mengepam susu dan menyimpannya di dalam peti sejuk untuk memastikan susu tersebut dapat bertahan lama dan selamat untuk diminum oleh anak mereka.

Susu yang disimpan di dalam peti sejuk dikenali sebagai Expressed Breast Milk (EBM). EBM ini perlu disimpan dan dicairkan dengan cara cairkan susu ibu yang betul untuk memastikan ianya selamat untuk diminum serta nutrisi yang ada di dalamnya tidak hilang.

Untuk ketahui bagaimana cara cairkan susu ibu yang betul, teruskan ikuti perkongsian ini!

Cara Cairkan Susu Ibu

Highlighted

Kredit gambar: www.northcountrypublicradio.org

Antara cara yang Mommy boleh gunakan untuk mencairkan susu ibu yang baru dikeluarkan dari peti sejuk ialah seperti berikut.

#1. Cara Cairkan Susu Ibu dengan Letakkannya di Bahagian Chiller Peti Sejuk

Cara yang pertama yang juga cara yang terbaik untuk mencairkan susu ibu ialah dengan meletakkannya di dalam chiller peti sejuk. EBM dapat bertahan selama 24 jam sekiranya diletakkan di bahagian chiller.

Oleh itu, jika Mommy merancang untuk gunakan susu tersebut pada esok hari sebaiknya susu tersebut dikeluarkan dari bahagian freezer pada waktu malam. Biarkan selama semalaman dan susu tersebut akan mencair secara perlahan-lahan.

Kebaikan cara ini adalah dapat mengekalkan khasiat susu kerana susu mencair secara perlahan-lahan. Keburukannya pula ialah cara ini mengambil masa yang lama untuk susu tersebut mencair.

Seeloknya, rancanglah terlebih dahulu bila Mommy perlukan susu tersebut.

#2. Lalukan di Bawah Air Paip yang Mengalir

Kredit gambar: insured.amedadirect.com

Cara yang kedua untuk cairkan susu ibu ialah dengan melalukannya di bawah air paip yang mengalir. Lakukannya dalam bekas yang tertutup samada dalam botol atau plastik yang digunakan untuk menyimpan susu.

Lalukan botol atau plastik di bawah air yang mengalir sehingga susu cair sepenuhnya. Penting untuk Mommy pastikan bahawa air paip yang mengalir bukanlah air panas samada air panas dari shower mandian atau dari kesan dari cuaca panas di Malaysia.

Cara atau kaedah kedua ini mengambil sedikit masa dan juga akan menyebabkan pembaziran air berlaku.

#3. Cara Cairkan Susu Ibu dengan Rendam di dalam Bekas Berisi Air Suam

Kredit gambar: nurturingmilk.com

Cara yang ketiga untuk mencairkan susu ibu yang beku ialah dengan merendam susu tersebut dalam bekas berisi air suam.

Tetapi harus diingat, air tersebut tidak boleh terlampau panas kerana akan menghilangkan nutrisi yang ada pada susu tersebut.

Caranya ialah keluarkan EBM dari freezer dan letakkan ke dalam bekas yang berisi air. Air tersebut hendaklah air panas yang disuamkan terlebih dahulu atau air campuran air pada suhu bilik dengan air panas.

Bagaimanapun cara Mommy, pastikan ianya suam.

#4. Jangan Cairkan di Atas Api Dapur atau Menggunakan Microwave

Mommy boleh mencuba untuk cairkan susu ibu yang beku menggunakan tiga cara di atas. Harus diingat jangan sesekali cairkan susu yang beku di atas api dapur atau pun menggunakan microwave.

Hal ini kerana, cara ini akan membuatkan khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam susu ini hilang. Selepas dicairkan dan ingin dipanaskan Mommy boleh menggunakan bottle warmer untuk memanaskan susu tersebut.

Namun, pastikan mengikut suhu bersesuaian untuk mengekalkan nutrisi dalam susu tersebut.

Kesimpulannya, walaupun mencairkan susu ibu yang dibekukan in nampak seperti mudah dan remeh, namun ia sebenarnya sangat penting bagi memastikan bayi Mommy mendapat khasiat dari susu yang diminum.

Semoga perkongsian ini akan membantu Mommy yang baru ingin memulakan breastfeeding mereka. Semoga membantu!

Tak lama lagi dah nak bergelar Mommy dan Daddy. Tapi, ilmu berkaitan si manja belum ada. Macam mana? Jom ke laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mommy dan Daddy nanti. Klik link di atas ini untuk lebih informasi dan yang lebih istimewa lagi banyak voucher dan hadiah lain yang menanti tau!

Jangan lupa juga untuk join program “New Mom Program” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.


Selain tips di atas, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips penyusuan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.