Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara-Cara Membuat Makanan Bayi

Membuat Makanan Bayi

1 / 5

Membuat makanan bayi adalah lebih senang dari yang anda fikir, dan juga lebih murah daripada membeli makanan bayi yang sudah siap. Ia juga sangat mudah kerana anda boleh menggunakan bahan-bahan segar yang sudah sedia ada di rumah anda. Yang paling best sekali, anda tahu sepenuhnya apa yang si kecil anda makan. Anda boleh melenyekkan (puree) apa sahaja makanan yang ada sediakan untuk keluarga anda, dan jadilah makanan bayi homemade untuk si kecil anda. Cara ini juga boleh membiasakan bayi anda untuk memakan makanan yang sama seperti anda, supaya bayi anda akan membesar menjadi anak yang tidak terlalu memilih makanan. Gambar dibawah adalah idea resipi untuk makanan bayi seperti, puree halus, tekstur yang lebih kasar, dan makanan ringan.

Gambar daripada Thayer Allyson Gowdy

 

Highlighted


2 / 5

Pilih alat yang bersesuaian

Anda memerlukan alat untuk mengisar atau puree makanan untuk si kecil anda. Sama ada, pembuat makanan bayi elektrik atau pun alat tradisional seperti garfu, boleh menjadi pilihan anda:

    • Pembuat makanan bayi. Alat semua dalam satu ini boleh stim makanan kemudian puree buah, sayur, dan juga daging. Sesetengah model boleh mencairkan dan memanaskan makanan yang sudah siap.
    • Blender atau food processor. Sesetengah ibu bapa suka menggunakan dua alat ini, tapi ada juga yang merasakan alat ini terlalu rumit untuk digunakan. Alat ini juga haruslah dicuci bersih setiap kali digunakan.
    • Blender tangan. Blender ini boleh mem-puree makanan seperti blender biasa. Bezanya adalah, anda harus meletakkan blender ini di dalam mangkuk berisi makanan, bukan meletakkan makanan didalam blender.
    • Pengisar manual (hand-turned food mill) ini mempunyai pisau yang berlainan untuk menghasilkan pelbagai tekstur pada makanan bayi anda. Ramai ibu bapa mengatakan alat mudah alih ini adalah alat kegemaran mereka.
    • Pengisar makanan bayi. Tanpa elektrik, mudah alih, dan harga yang berpatutan. Alat ini boleh menghancurkan makanan seperti pengisar pelbagai bilah, namun hanya ada satu pilihan tekstur yang boleh dihasilkan. Baca review sebelum anda beli – pengisar ini selalunya tidak berfungsi seperti yang dijanjikan. Tetapi, ada juga ibu bapa yang masih menyukai alat ini.
    • Garfu. Alat ini boleh dikatakan ada dalam semua rumah, dan boleh melenyekkan makanan seperti ubi keledek, avocado, dan pisang dengan senang sekali.

 

3 / 5

Beli hasil makanan yang terbaik

Pilih buah-buahan dan sayuran yang paling segar untuk membuat makanan untuk bayi anda, dan cuba gunakan bahan ini dalam masa sehari atau dua hari selepas pembelian. Jika buah dan sayur segar susah untuk didapati, buah dan sayur beku boleh dijadikan pilihan kedua.

American Academy of Pediatricians menyarankan supaya anda tunggu sehingga bayi anda berusia 4 ke 6 bulan sebelum memberi mereka makanan pejal. Jika anda pilih untuk mula terlebih awal, anda dinasihatkan supaya jangan memberi sayuran yang tinggi nitrate kepada bayi anda yang berusia kurang dari 3 bulan – seperti beetroot, carrot, kacang hijau, bayam, dan squasy.

 

4 / 5

Patutkah saya risau tentang nitrate?

Tidak. Nitrate adalah kimia yang dijumpai dalam air, tanah, dan sesetengah makanan seperti beetroot, bayam, carrot, kacang hijau, dan squasy. American Academy of Pediatrics (AAP) memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak memberi makanan ini kepada bayi yang berusia kurang dari 3 bulan kerana konsentrasi nitrate di dalam makanan ini boleh menjadi toksik kepada bayi kecil.

Tetapi, anda tidak perlu bimbang, kerana AAP tidak menyarankan makanan pejal kepada bayi sehinggalah mereka berusia 4 ke 6 bulan. Dalam usia ini, sistem penghadaman bayi sudah cukup matang untuk menerima nitrate di dalam sayuran, dan makanan penuh nutrien ini akhirnya boleh dimasukkan ke dalam menu anda.

 

5 / 5

Tip Penyediaan dan Penyimpanan

Daripada menambah rasa kepada menyejukkan lebihan, ini adalah tip tambahan untuk membuat makanan bayi.

  • Hidangkan makanan yang suhunya kurang dari suhu badan.
  • Berhati-hati jika menggunakan microwave. Microwave memanaskan makanan secara tidak rata dan hanya memanaskan sebahagian dari makanan – dan menimbulkan bahagian yang lebih panas dari bahagian lain. Jadi, pastikan untuk mengacau makanan selepas dipanaskan didalam microwave, dan biarkan dahulu beberapa minit, sebelum menyuap bayi anda.
  • Hanya hidangkan jumlah yang bersesuaian untuk bayi anda makan dalam satu masa. Jika tidak, anda perlu membuang lebihan makanan yang tidak habis kerana air liur bayi anda boleh membuatkan bakteria tumbuh di dalam makanan.
  • Jangan menambah manisan kedalam makanan bayi anda. Bayi tidak perlukan gula tambahan. Madu juga boleh menyebabkan keracunan makanan (botulism) yang boleh membawa maut kepada bayi oleh disebabkan bakteria yang tumbuh didalam makanan yang dibekaskan.
  • Gunakan perasa. Walaupun makanan bayi dikenali sebagai tawar dan boring, si kecil anda juga boleh menikmati pelbagai perasa lain.
  • Sejukkan lebihan makanan di dalam bekas kedap udara, dan gunakan dalam masa 2 hari. Anda juga boleh sejukkan lebihan makanan di dalam tray air batu. Selepas kiub makanan sudah beku, keluarkan, dan simpan di dalam beg freezer. Buah-buahan dan sayuran yang dibekukan dengan cara ini boleh bertahan dalam 6 ke 8 bulan. Daging dan ikan boleh bertahan dalam 1 ke 2 bulan.