Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Puas Hati Tengok Keladak Semua Keluar Dengan Cara Cuci Mesin Basuh Ini!

cara cuci mesin basuh

Kredit gambar : www.mingguanwanita.my

Cara cuci mesin basuh sebenarnya tidak memerlukan pakar kerana proses mencucinya adalah sangat mudah dan ia boleh dilakukan sendiri di rumah. Boleh dikatakan setiap rumah menggunakan mesin basuh automatik atau manual untuk mencuci pakaian.

Oleh kerana kita kerap menggunakannya, tidak mustahil segala kotoran akan terkumpul di dalam bahagian dalam mesin basuh yang boleh menyebabkan bau hapak atau kotoran tersebut melekat pada pakaian yang sedang kita cuci. Keadaan ini menunjukkan bahawa mesin basuh anda perlu di cuci.

Bagi mereka yang menggunakan mesin basuh automatik, terdapat satu butang ‘soak’ yang direka khas untuk membolehkan kita mencuci mesin basuh supaya ia menjadi bersih semula. Di sini kami kongsikan cara cuci mesin basuh bagi membantu anda membersihkan mesin basuh di rumah anda.

Panduan Mudah Cara Cuci Mesin Basuh

1. Serbuk pencuci ‘tub hygiene’

Highlighted

Kredit gambar: SirapLimau

Beli serbuk pencuci untuk ‘tub hygiene’ yang sesuai, untuk mencuci mesin basuh rumah Mommy. Boleh sahaja menggunakan sebarang jenama yang terdapat di pasaran.

2. Semak arahan pada kotak

Sebelum menggunakan sabun cucian, baca dan semak arahan pada kotak.

3. Tuangkan serbuk pencuci

Tuangkan sepaket serbuk pencuci ke dalam mesin basuh.

4. Pilih menu ‘cycle-wash’

Kredit gambar: SirapLimau

Kemudian tekan butang ‘circle-wash’ menggunakan paras air maksimum dan biarkan mesin basuh anda berputar selama 5 jam atau lebih untuk mendapat kebersihan yang terbaik.

5. Bilas atau tekan butang ‘Rinse’

Kredit gambar: SirapLimau

Sarungkan plastik pada tangan dan kaup semua keladak atau kotoran yang terapung sebelum anda menekan butang ‘rinse’ untuk mengeluarkan air. Boleh juga menggunakan penapis yang sudah tidak digunakan lagi.

6. Cabut penapis

Kredit gambar: SirapLimau

#7. Cuci sehingga bersih segala kotoran.

Kredit gambar: SirapLimau

8. Ulang proses tersebut sehingga tub mesin basuh Mommy bersih dan tiada keladak/kotoran.

Kredit gambar: SirapLimau

Untuk mendapatkan hasil terbaik, Mommy boleh mengulang semua proses di atas sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Cara Cuci Mesin Basuh Dengan Soda Bikarbonat dan Cuka

Selain itu, Mommy juga boleh mencuci mesin basuh Mommy dengan menggunakan soda bikarboat dan cuka. Mudah je! Jom lihat cara-cara di bawah:

  1. Mula-mula, isikan air ke dalam mesin basuh hingga paras paling atas.
  2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan soda bikarbonat ke dalam mesin basuh yang telah dipenuhi air.
  3. Seterusnya, tambahkan dengan 2 cawan cuka putih ke dalamnya.
  4. Tekan butang ‘start’ dan biarkan mesin berjalan seperti biasa selama beberapa jam.
  5. Setelah kotoran mula terapung, ‘pause’ mesin basuh Mommy dan buangkan kotoran yang ada dengan menggunakan penapis atau kaup menggunakan tangan yang telah disarung plastik. Boleh sahaja menggunakan apa cara sekali pun mengikut keselesaan asalkan semua kotoran atau keladak tersebut dapat dikeluarkan.
  6. Selepas itu, biarkan mesin beroperasi seperti biasa sehingga selesai.
  7. Mommy boleh sahaja ulangi langkah di atas sehingga air menjadi bersih atau sehingga Mommy berpuas hati.

Kesimpulannya, mesin basuh juga memerlukan rutin penjagaan yang sesuai bagi memastikan ia boleh beroperasi secara optimum dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

Mommy disarankan supaya mencuci mesin basuh Mommy sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan mesin basuh Mommy dalam keadaan bersih dan pakaian juga menjadi lebih bersih dan berbau segar.

Selain itu cuci juga bahagian luar mesin basuh dengan mengelap menggunakan cuka atau bahan pencuci yang sesuai. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda menjaga mesin basuh agar kekal elok supaya boleh digunakan untuk tempoh yang lama.


Dapatkan tips atau hacks rumah yang lain DI SINI.